Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SITI NURHALIZA PELAWA JADI STOKIS BEAUTESSENCE

PIX dari IG @ctdk
Sempena Konsert Mini ShopeeXSimplysiti yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menjalani satu episod kelainan daripada konsert-konsertnya sebelum ini.

Rasanya korang sudah pun baca pelbagai kisah menarik yang berlaku pada konsert selama lebih kuramg 2 jam setengah itu, apatah lagi melibatkan peminat serta pelanggan platfom e-dagang, Shopee sebagai penganjur bersama Simplysiti. Sudah tentu gamat suasana apabila gelagat mereka menimbulkan kelucuan terutama pada sesi 'gaming'.

Ditambah pula dengan usikan pengacara majlis, deejay Fiza O menambahkan lagi gelak tawa hadirin.

Berita berkaitan boleh baca LINK INI.



Selain menghiburkan peminat melalui perjalanan yang bermula dengan mengimbas memori keindahan lagu-lagu dari album pertamanya hingga ke album terkini, Siti turut melancarkan rangkaian terbaharu Simplysiti yang dinamakan BeauSiti.

Mereka yang hadir sudah tentu merupakan golongan pertama menyaksikan secara eksklusif minuman kecantikan sulong 'Beautessence' keluaran BeauSiti by Simplysiti ini.

Bahkan produk tersebut ditawarkan secara eksklusif juga di atas talian di Shopee mulai 14 September 2019 menerusi kedai rasmi BeauSiti.

Apa sebenarnya 'Beautessence'?

"Ia bukan jamu tetapi minuman botani yang dirumuskan khas untuk menawarkan solusi kecantikan menyeluruh bagi wanita," ujar Siti Nurhaliza yang lebih mesra disapa Tok Ti.

Dengan kombinasi Phytonutrient -C+ dan Teknologi Nutri-Lock, ramuan bersinergi ini diserap dengan cekap untuk memberikan keputusan optimum untuk kulit dan badan yang cantik dan juga kesejahteraan umum.

"Produk ini bukan sahaja dirumuskan oleh penyelidik berasaskan kajiam saintifik tetapi turut menerima pelbagai akredtasi daripada piawaian antarabangsa termasuk SIRIM dan Makmal Piawaian Antarabangsa UNIPEQ UKM," tambah Tok Ti pada sidang media bersama media selepas konsert.

Sehubungan itu juga, BeauSiti mermbuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi stokis utama dengan mendaftar melalui talian di LAMAN INI.


Bahang kehangatan Siti Nurhaliza diteruskan sehingga 18 September 2019 dengan pelanggan bertuah Super Brand Day SIMPLYSITI yang juga pemegang kad CIMB Islamic, akan menyertai majlis minum petang bersama penyanyi pujaan mereka di Grand Hyatt Kuala Lumpur.


Dan khas untuk mereka yang tidak berpeluang hadir pada Konsert Mini ShopeeXSimplysiti lalu mahu pun yang ingin mengimbas kembali malam tersebut boleh tandakan kalendar anda pada 26 September depan apabila konsert malam tersebut disiarkan di Astro Prima saluran 105 dari jam 9 malam hingga 11 malam.

Kak Fas: Layan tengok Siti 'Goyang Shopee' dengan lagu "Shopee Shark". Dah sebaris dengan bintang bola sepak Christiano Ronaldo gitu!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan