FARISYA, HANNIS CURAH BAKTI ASAH GRADUAN TEMPOHI TEMUDUGA
Mengikut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia,, pada suku pertama 2019, negara merekodkan seramai 516,600 penganggur.
Malah pada masa sama, seramai 238,286 penganggur termasuk 174,327 siswazah, mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung.
Selain itu, berdasarkan dapatan Jabatan Statistik Malaysia dan Tinjauan Ekonomi 2019 Kementerian Kewangan pula, kadar pengangguran negara mengikut kaum dan tahap pendidikan pada 2017, menunjukkan pengangguran siswazah Melayu mencapai 4.6 peratus (%); pendidikan menengah 4%, pendidikan rendah 1.9% dan tiada pendidikan formal 1.5%.
Persoalannya apakah penyebab begitu tinggi perangkaan jumlah graduan menganggur?
Adakah kerana mereka terlalu memilih kerjaya mengikut tahap keilmuan yang diperoleh atau faktor lain seperti aspek keperibadian serta ketidakupayaan berkomunikasi antara penghalangnya?
Apakah segulung ijazah yang digenggam bukan lagi lesen besar untuk menempatkan diri dalam dunia pekerjaan andai kata pengalaman kosong malah kommunikasi sewaktu temuduga pula lemah waima cara menjawab pertanyaan seolah-olah tidak mencerminkan seorang pemilik ijazah?
Jika itulah kelemahan anda, barangkali inisiatif yang dilaksanakan oleh dua rakan baik ini, Nur Farisya Abdul Syukor (pix, kiri) dan Hannis Hisham yang mengendalikan kelas serta bengkel untuk graduan mencari pekerjaan boleh membantu.
“Memanglah sedih apabila selepas berusaha belajar keras untuk menggenggam ijazah, kemahiran serta ilmu yang dipelajari tidak dapat dipraktikkan pada saluran kerjaya tepat,” ujar Nur Farisya sebagai Pengurus Komunikasi Korporat & Pembangunan Perniagaan di sebuah firma latihan antarabangsa.
Farisya akui segulung ijazah kini bukan lagi lesen besar untuk menempatkan diri dalam dunia pekerjaan, sebaliknya pelbagai faktor lain yang berkait rapat seperti kegagalan berkomunikasi ketika temuduga atau mungkin 'resume' yang dikepilkan tidak cantik dan lengkap.
“Hakikat itulah yang menyebabkan saya dan Hannis mengambil initiatif membuka kelas bimbingan kepada graduan mahu pun individu menganggur untuk belaiar berkomunikasi serta cara betul menghadapi temuduga,” tambah Farisya.
Jadi bersama Hannis yang berpengalaman luas sebagai Eksekutif Kanan Perhubungan Awam (Rantau Asia) di sebuah firma multinational, mereka mengambil keputusan membuka kelas/bengkel latihan sendiri bermodalkan duit poket masing-masing tanpa sebarang pinjaman atau pun geran dari mana-mana pihak.
“Tujuan kami mahu membantu anak-anak tempatan yang kurang berkemampuan untuk mengikuti latihan yang perbelanjaannya mampu dilunaskan berbanding sedia ada yang mungkin mencecah ratusan atau ribuan ringgit sekali pun,” tambah Farisya.
Menurut beliau, yuran yang dikenakan amat rendah iaitu RM90 seorang sahaja malah setiap kelas selama 4 jam dihadkan kepada minimum 10 orang sehingga maksimum 30 peserta sahaja.
“Ini bagi memastikan agar tumpuan dapat diberikan kepada setiap peserta secara lebih ‘intimate’ supaya mereka rasa selesa dan konfiden berhadapan situasi temuduga sebenarnya kelak,” sambung Hannis ketika ditemui dalam sesi latihan program “Hunting Your First Job” di Hanawomen Hub@Q Sentral Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kak Fas berpeluang hadir selama lebih kurang 3 jam pada program tersebut bagi menyaksikan cara pengendalian latihan.
Dah lama sebenarnya Kak Fas tidak hadir pada sesi begini, Menarik juga melihat cara pengajaran yang dikendalikan Farisya serta Hannis kepada tujuh orang peserta yang terlibat.
Selalunya bila hadir ke sesi perkongsian begini adakalanya subjek atau topik yang dibicarakan agak membosankan apatah lagi jika ceramahnya panjang lebar. Tetapi pendekatan yang diatur Farisya dan Hannis terasa masa berlalu begitu pantas pula dan empat jam yang diperuntukkan macam tidak mencukupi.
Setiap peserta perlu melalui dua sesi yang telah diaturkan iaitu latihan temuramah secara berpasangan antara majikan dan calon temuduga vice-versa manakala sesi kedua menyaksikan bagaimana si calon harus berhadapan dengan persoalan daripada majikan.
Lebih menarik lagi mereka diajar bagaimana menjawab soalan-soalan yang sering ditanya di dalam temuduga dalam bahasa Inggeris.
Sungguh pun dilihat ada kelemahan dan kekuatan pada setiap peserta namun Kak Fas kagum dengan keberanian mereka menyahut cabaran menyertai program yang memang bagus untuk setiap graduan atau individu yang lemah dan kurang berpengetahuan bab tata susila berdepan temuduga.
Ya lah…. setiap daripada kita yang telah lulus cemerlang dalam pendidikan kadang kala lemah bila berhadapan dengan situasi kala temuduga.
Masa itulah timbulnya darah gemuruh dan sebagainya, Ada yang nak ke tandas beberapa kali dan Kak Fas percaya ada juga yang pada saat akhir tidak berani berhadapan sesi temuduga.
Menariknya lagi, peserta bukan sahaja diberikan latihan malah berpeluang menimba ilmu daripada penceramah jemputan yang berpengalaman dari pelbagai industri.
Sesi perkongsian pengalaman kali ini menyaksikan dua penceramah jemputan terdiri daripada seorang eksekutif Petronas, Siti Hamidah dan Haryani dari sebuah agensi media menceritakan pengalaman masing-masing dan apa yang perlu dihadapi semasa temuramah.
Pada sesi ini juga para peserta dibenar bertanya apa sahaja persoalan yang terbuku di hati dan memerlukan pencerahan. Tidak syak lagi banyak 'tips tips' yang mampu menjadi bekalan untuk dipraktikkan daripada sesi berkenaan.
Pendekata, memang menarik sekali kelas bimbimbingan Farisya dan Hannis ini.
Sebelum ini, Farisya telah mengendalikan program ‘Soft Skills and Public Speaking Workshop’ bulan September lalu di Shah Alam yang mendapat sambutan hangat daripada peserta yang mendaftar dengan yuran hanya RM50 sahaja.
Murah kan untuk memperoleh ilmu yang berguna untuk masa hadapan?
Jika korang dah terlepas… jangan khuatir bermula tahun Wawasan 2020 nanti, ada beberapa lagi program/bengkel yang bakal diaturkan oleh Farisya dan Hannis.
Pokoknya,mereka memberi jaminan tidak akan berhenti menyumbangkan tenaga dan bakti bagi memastikan anak-anak muda tidak putus asa dan terus mencari peluang pekerjaan sehingga berjaya.
“Jika anda mempunyai masalah komunikasi dan tidak konfiden carilah kami. Kami sedia membantu selagi terdaya sebab objektif kami bukan untuk mengaut keuntungan tetapi lebih kepada berbakti kepada bangsa dan negara,” ujar Farisya sambil diangguk Hannis.
Menurutnya, kelas bimbingan atau tunjuk ajar tidak bernokhtah selepas kelas tamat malah mereka turut membantu dalam mengemas kini 'resume' setiap peserta yang mahukan bantuan.
Setelah membaca situasi santai kelas bimbingan ini korang mesti rasa macam ala ruginya dah terlepas kan…?
Usah khuatir kerana sepanjang tempoh Wawasan 2020 tahun hadapan, Farisya dan Hannis bakal membuka tirai tahunan dengan satu lagi program latihan.
“InsyaAllah, kami akan umumkan nanti bagi pendaftaran untuk program seterusnya yang dijangka akan diadakan pada bulan Januari tahun hadapan,” Farisya dan Hannim memberi jaminan.
Sementara itu, untuk info lanjut berhubung program berkonsepkan ‘mentor-mentee’ ini boleh menghubungi talian +6018-2638360 supaya anda akan didaftarkan sebagai calon ‘Alpha’ sejajar dengan tagline pembelajaran ‘Sharpen Your Claws, or Stay Hungry’ (Asah ‘Kuku’ Anda atau Kekal Lapar’).
Kak Fas: Sila tonton video ringkas ini ya. Kak Fas memang rekomen korang yang mahu belajar cara terbaik masa temuduga boleh ikuti program terbaik dari Farisya dan Hannis ini.
Antara Tips ketika Temuduga/Public Speaking:
- Genggam sesuatu di tangan samada klip ke, duit syiling ke atau apa sahaja yang ada jika rasa gementar.
- Bila berbicara gunakan gesture tangan atau 'baby bird" bagi memberikan lebih kesan pada perbicaraan dan guna 'tangan di dada" bila nak cerita kisah sedih contohnya.
- Bila berdiri letakkan berat kaki di hujung jari agar posisi anggota badan nampak tegap dan konfiden.
Bagus bagus. Program sebegini perlu digiatkan memandangkan memang anak muda kurang pengetahuan dalam interview. Kena bagitahu kat diaorang so diaorang well prepared.
BalasPadambagus ni,bila dah diberi latihan dan bimbingan akan memupuk rasa yakin diri.Dah xgagap atau takut2 bila bercakap.
BalasPadamWah bagus jugak program macam ni. Macam-macam benda boleh belajar
BalasPadamAlhamdulillah bagus ada nya inisiatif Farisya dan Hannis ni. Tahniah di ucapkan! Penting soft skill ni bila berdepan dengan public. Semoga mereka beroleh pekerjaan dan keyakinan setelah join program Farisya dan Hannis ni.
BalasPadamYupe such initiative is really important as it allows people to be more employable. Hopefully those who join this program can gain more benefits from it.
BalasPadamGraduan kita buka tak layak tapi sebenarnya majikan tak berani nak ambil graduan kita. Tapi bagus ada kelas macam ni sekurangnya dapat memberi persediaan kepada graduan kita sebelum pergi interview...
BalasPadamBagusnya ada inisiatif macam ni. Memang sedih tengok tahap pengangguran graduan sekarang makin tinggi. Mungkin kementerian atau pihak universiti kena kaji lagi kenapa graduan kita susah nak dapat kerja. Yang kaknie lihat, ramai je tak memilih kerja pun. Ada degree tapi dapat kerja kerani pun dah bersyukur untuk zaman sekarang ni daripada tak kerja langsung. Mungkin juga soft skills yang kurang diasah. Insyaallah ada program macam ni harap lebih ramai graduan akan mudah dapat kerja
BalasPadamBagus juga buka kelas macam ni sebab boleh membantu mereka di luar sana. Kadar pengangguran di Malaysia juga tinggi kan jadi insiatif ini akan memberi mereka 1 ilmu yang boleh diaplikasi bila tiba waktu temuduga nanti.
BalasPadamBagusnya class mcmni. I think I pun need to attend this type of class to boost my public speaking skill.
BalasPadamWow!!!!!!! Program ini sgt bagus. Hope it will help. Kes pengangguran memang serious Di Malaysia. The govt really need to do something.
BalasPadamSuka tips last tu sebab selalu gugup. Agak mengejutkan ye setengah juta penganggur agak merunsingkanlah. Base pda pnglaman ena pon takboleh salahkn freshi jugak. Sbb amlost company pon terlalu cerewet. Contoh dgr kite dah kawen teruslah die cakap jawatan dah full sedangkan baru iklan semalam.
BalasPadamBagusnya bila ada kelas macam ni . Dia bantu untuk bina keyakinan diri sebenarnya. Ini terutamanya buat adik2 yg baru nak memulakan cari kerja
BalasPadamAda baiknya jugak ambik tips tips keyakinan diri macam ni.
BalasPadamStatistik pengangguran pun berdasarkan kursus di ambil di tally dengan kerja berkaitan kursus tu yang tinggi. Kebanyakkan graduan sekarang ni ambik kursus lain tapi kerja lain. Hehe.
Sbb kursus yang di ambik too limited rasanya.
Program mcm ni yg perlu adik2 fresh grad attend... Sebabnya byk fresh grad lack of communication n soft skills... Thumbs up pada organizer
BalasPadamalhamdulillah happy ada inisiatif macam ni. graduan kita bukannya tak layak sebenarnya, tapi masalah majikan la kan.
BalasPadamQiss kalau ada temuduga memang gemuruh. Tapi paling cepat habis temuduga la. Orang pun pelik tengok Qiss paling awal keluar. Ingatkan tak dapat kerja tu. Alhamdulillah dapat juga. Bagus ada tips macam ni.kalau buat open untuk graduan baru pun bagus.
BalasPadamBab pengangguran tu bagi saya banyak yg menyebabkan ianya berlaku. Bukann graduan sahaja, tetapi majikan,industri dan sebagainya. Terbaiklah program ni.
BalasPadamBagus program begini. Betul, skrg ni ada sijil tinggi2 tapi soft skills kurang, susah. Nak taknak kena improvekan.
BalasPadamSyukur ada usaha dan inisiatif macam ni. Saya la tu antara graduan yang pernah menganggur. Syukur la dapat juga kerja. Program camni sangat bagus la. Harap ramai graduan yang join.
BalasPadamTips best.. tq share
BalasPadam