Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KOH GEN DO, PRODUK JEPUN SERLAH KECANTIKAN ASLI


Dah 30 tahun rupanya produk kosmetik berjenama Koh Gen Do diasaskan di Tokyo malah ia menjadi pilihan utama bintang-bintang filem di set penggambaran di seluruh dunia.

Namun hanya baru-baru ini sahaja Kak Fas sedar mengenai kewujudan Koh Gen Do apabila hadir ke majis pelancarannya yang dirasmikan oleh Cik Yune Jang, Pengurus Besar Pembangunan Jualan Luar Negara, Koh Gen Do yang berlangsung dalam suasana penuh meriah dan glam bertempat di sebuah kafe berhadapan pusat membeli-belah Farenheit 88, Bukit Bintang.

Jenama ini menggabungkan bahan botani berharga dengan teknologi penjagaan kulit Jepun untuk menyuburkan dan memelihara keupayaan kulit untuk kembali pulih.

"Kami sangat berbesar hati kerana dapat menawarkan produk kami kepada rakyat Malaysia, dan juga kerana memperoleh rakan kongsi yang terbaik untuk pelbagai saluran pemasaran seperti PLAY UP untuk saluran runcit, Hermo untuk saluran dalam talian, Air Asia dan Our Shop untuk rakan saluran bebas cukai. Pelanggan di Malaysia kini dapat menikmati produk kami yang terjual laris secara global dan digemari selebriti terkenal seperti Aqua Foundation, SPA Cleansing Water, Base Color Makeup dan Illuminator", ujar Cik Yunje Jang dalam ucapan aluannya.

Nak tahu bagaimana produk ini mula wujud?

Pelakon terkenal Jepun, Ai Saotome, mencipta produk Koh Gen Do kerana bimbang tentang keadaan kulitnya yang tertekan selepas berjam-jam di set filem. Dengan menggunakan bahan pelembap yang berasaskan tumbuhan, tradisi penjagaan kulit Jepun dan teknologi, produk penjagaan kulit dan solekan ini dapat mengekalkan kulit sihat berseri tidak kira di dalam mahupun di luar penggambaran. Produk Koh Gen Do juga dapat meningkatkan keupayaan kulit untuk pulih secara semula jadi, justeru menjadikan kulit lembut, licin dan sihat.

Salah satu produk Koh Gen Do yang terlaris secara global ialah Aqua Foundation, foundation muka pilihan ramai bagi jurusolek professional untuk menjadikan kulit mudah bernafas, lembap, tidak mudah comot, dan sesuai untuk pemakaian sepanjang hari. 

Aqua Foundation dapat menyuburkan kulit menerusi kandungan mineral yang diperolehi dari perairan Bretagne, Perancis. Selain daripada Minyak T3 (formulasi Koh Gen Do yang diperbuat daripada minyak jojoba, minyak ‘squalene’ zaitun dan mentega shea), Moist Drop Powder juga ditambah untuk mengekalkan hidrasi, kelembutan dan kelenturan kulit. Dengan formulasi Gloss Film Powder® pula, krim ini membolehkan sapuan yang sekata, tidak pecah dan tahan lama.  

Produk yang terbaik untuk digunakan dengan Aqua Foundation ialah Aqua Foundation Illuminator yang dapat mencerahkan kawasan tepi mata, tulang pipi dan busur bibir dengan segera. Dengan berus solek baharu, kawasan-kawasan yang rumit boleh disapu dengan mudah. Dirumus dengan Gloss Film Powder, highlighter tahan lama ini dapat menyerikan kulit untuk rupa yang terbentuk dan kelihatan sempurna.

Kak Fas memang rasa tertarik dengan Aqua Foundation ini apatah lagi dengan harga RM190 pembeli dapat memperoleh berus muka secara percuma.

Disebabkan itu, Kak Fas tidak segan untuk bertanya kepada jurusolek terkenal yang dijemput melakukan demonstrasi pada majlis pelancaran itu iaitu, Gary Cheok.

Lega bila dapat tahu warna apa yang sesuai dengan kulit muka Kak Fas hihi...

"Foundation nombor 143 sesuai untuk anda, " nasihat Gary.

Selain itu, sntara produk utama jurusolek artis ialah Makeup   Colour Base. Primer berprestasi tinggi dan bertekstur baldu ini direka untuk mencantikkan dan mencerahkan kulit sebelum penggunaan foundation. 

Dengan prinsip Koh Gen Do yang menekankan pemulihan kulit, Makeup Colour Base ini mengandungi 14 bahan yang berkhasiat untuk kulit, termasuk akar mulberry putih dan ekstrak mawar. Bahan antioksida di dalam Makeup Colour Base ini juga dapat mengekalkan hidrasi yang penting untuk memulihkan kulit yang sering terdedah kepada penghawa dingin. 

Koh Gen Do juga memperkenalkan produk popular SPA Cleansing Water ke Malaysia. Ia merupakan penanggal solekan bebas alkohol yang lembut dan diformulasikan dengan mata air yang diperkayakan dengan mineral, 6 ekstrak herba yang penting dan mengandungi 95% bahan pelembap. Ia menanggalkan solekan dan kotoran dengan lembut tanpa perlu dibersihkan atau dicuci secara mendalam, dan tidak meninggalkan residu yang berminyak. Satu sapuan lembut dengan pad kapas yang dibasahkan penuh produk ini mampu menanggalkan solekan kalis air.

"Koh Gen Do berpegang kepada konsep kecantikan pemulihan. Setiap wanita dikurniakan kecantikan dan Koh Gen Do ingin menyerlahkan kecantikan semula jadi mereka itu. Produk kami langsung tidak mengandungi warna tiruan, wangian atau minyak mineral yang berasaskan petroleum," akhiri Yunje Jang. 

Berharga antara RM125 hingga RM190, Koh Gen Do kini boleh didapati di PLAY UP, Hermo, AirAsia Duty Free dan Merchandise, Ourshop serta Lazada.

Mulai sekarang hingga 17 Oktober 2019, Koh Gen Do telah membuka kiosk di tingkat bawah Fahrenheit88. 

Pelanggan boleh melawati kiosk tersebut untuk mencuba Koh Gen Do sendiri serta memenangi beberapa hadiah yang menarik. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Koh Gen Do di https://kohgendo.com.my atau Instagram mereka di  https://www.instagram.com/kohgendo_malaysia/.


Kak Fas: Packagingnya pun menarik dan harga pula mampu milik. Akan cubalah Koh Gen Do ni... 

Kak Fas pasti anda pun 'can do' untuk kelihatan cantik gitu!



















21 ulasan:

  1. SA tak pernah dengar lagi product ni...first time baca kat entry akak..apapun product i nampak exclusive packaging dia..harga pun boleh tahan berpatutan..suka tgok lipstick dia tu sebab SA mmg pencinta lipstick

    BalasPadam
  2. First time dengar brand Koh Gen Do ni.. kalau brand dari jepun ni berani sikit nak guna sbb kita tahu produk keluaran negara jepun memang berkualiti tinggi..

    BalasPadam
  3. Thanks for sharing! How is the product so far? Mcm nice je

    BalasPadam
  4. first time dengar nama produk ni. okay tak produk ni lepas guna? Sekarang memang banyak pilihan jenama antarabangsa masuk dalam pasaran Malaysia, baguslah kita pun lebih banyak peluang untuk memilih yang terbaik

    BalasPadam
  5. Nampak menanrik produk dari Jepun nih! Sy memang suka makeup... perempuankan tak boleh tengok produk-produk macam ni, boleh try nanti

    BalasPadam
  6. Apsal nad baru tau nie??hehe..btw thanks for sharing..banyak juga pilihan aqua foundation tue..bab nk pilih foundation nie la yg nd fail..hahaa..trlbh crah kang jdi mcm tpung komakk..

    BalasPadam
  7. First time dengar nama produk ni. Kalau selamat dan berkesan tentu jadi rebutan juga nanti. Tahniah kepada founder

    BalasPadam
  8. Yeay. Ada pilihan permainan mekap baru untuk Rawlins cuba. Mudahan yang nie berkesan dan tidak memberikan kesan kepada kulit Rawlins yang super sensitif.

    BalasPadam
  9. Makin banyak kosmetik dari luar seperti jepun dan korea masuk malaysia sekarang ni kan. makin banyak pilihan sbb dr negara Asia, sesuai dgn kulit asia juga selalunya.

    BalasPadam
  10. Pertama kali mendengar jenama ini. Bagus juga ye produknya. Aqua foundation tu menarik. Teringin pula nak cuba heeee

    BalasPadam
  11. Baru tahu ada jenama koh gen do ni. Semoga dapat tempat di pasaran Malaysia

    BalasPadam
  12. menarikla foundation dia..pertam aklidengr pasl produk ni..tapi kalau bab makeup memng akan cuba mana je produk..hhehee..

    BalasPadam
  13. menarik sangat, ini pertama kali dengar brand ni. definitely will look into it. thanks for the infomatio ya

    BalasPadam
  14. Menarik ni... boleh variasikan pilihan alat solek kita kannnn... ni first time saya dengar tentang brand ni... semoga mendapat tempat di hati pencinta make-up... btw, hujung minggu ni nak try la testernya... hehehehe...

    BalasPadam
  15. wah first time dengar jenama ni. sebenarnya banyak juga jenama makeup dan sebagainya yang saya tak pernah dengar. sekarnag ni banyak ya produk makeup di pasaran. untuk wanita . ;)

    BalasPadam
  16. Not bad la produk ni. Nanti saya ingat nak cuba juga. Macam menarik. Walaupun first time dengar tp suka dengan pckaging dia

    BalasPadam
  17. Alah lia baru tau brand produk ni. Macam menarik je foundation tu. Boleh lah Cuba lepas ni

    BalasPadam
  18. Koh Gen Do ni dah lama dengar tapi senyap for a while now dah menyerlah balik maybe new marketing even same logo etc. Tapi tengok more products yang di bawa masuk kat Malaysia gayanya.

    BalasPadam
  19. I heard so much of this Koh Gen Do brand, famous for the liquid foundation! Im really excited where we can now shop Koh Gen Do product here.

    BalasPadam
  20. produk kecantikan jepun sekarang pon semakin mendapat perhatian dan tempat dalam kalangan rakyat kita. ternyata bagus rupanya produk kecantikan jepun. bolehlah cuba nanti

    BalasPadam