MAHARAJA LAWAK MEGA 2019 KEMBALI MULAI 1 NOV. 2019
'Maharaja Lawak Mega 2019’ (MLM 2019), sebuah program realiti pertandingan komedi yang paling dinanti-nantikan oleh peminat tegar lawak di rantau ini bakal membuka tirainya secara rasmi pada setiap hari Jumaat mulai 1 November 2019, jam 9.00 malam selama 11 minggu berturut-turut.
‘MLM 2019’ akan disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124)dan distrim melalui platform Astro GO dan On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.
Antara barisan peserta yang akan menjayakan MLM 2019 terdiri daripada dua peserta solo dari Indonesia, Rahmet dan Popon, serta sembilan peserta berkumpulan – ‘Cali’ dari Brunei, ‘Bocey’, ‘Zero’, ‘Rare’, ‘Puteh’, ‘Stone’, ‘Jambus’, ‘Rojak’ dan juga juara program ‘Muzikal Lawak Superstar’ musim pertama, ‘J-Born’!
Menariknya lagi, edisi MLM kali ini membawakan satu episod istimewa, ‘Maharaja Lawak Mega 2019 – Kerusi Panas’ atau ‘Hot Seat’ yang akan bersiaran seminggu lebih awal (25 Oktober 2019, Jumaat, 9.00 malam), secara langsung di saluran Astro Warna dan Warna HD yang mana akan menyaksikan 12 peserta lawak berentap untuk meraih kedudukan di pentas utama MLM 2019.
‘MLM 2019 – Kerusi Panas’ ini akan dihoskan oleh pengacara sensasi, Nabil Ahmad, dan tiga nama besar dalam industri bakal terlibat untuk mengadili persembahan peserta.
Mereka adalah pengarah tersohor, Sabri Yunus, pelakon wanita popular, Fasha Sandha dan produser filem, Mejar (K) David Teo.
Sebelum ini, gandingan duo Mr. Os & Abon - OSBON (2011), Johan & Zizan – JOZAN (2012), Jep, Shuib & Rahim – SEPAHTU (2013), Atu, Syaiful & Sharif – ZERO (2014), Achey, Abam dan Fad – BOCEY (2016 & 2017), dan Sharol & Ajak – SHIRO (2018) juga pernah dinobatkan sebagai juara ‘Maharaja Lawak / Maharaja Lawak Mega’ untuk musim-musim yang terdahulu.
Format pemarkahan kekal - 70% jumlah pemarkahan akan diberikan oleh barisan juri tetap manakala 30% daripada undian penonton melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS)
#Trivia
* Buat julung kalinya, ‘MLM 2019’ mengalu-alukan kedatangan peserta dari Brunei, ‘Cali’. Disertai oleh dua orang pelawak, Khai dan Tony, mereka akui ini merupakan percubaan pertama kumpulan duo ini bertanding di luar negara.
* Cukup sinonim dengan jenama ‘Maharaja Lawak Mega’, pengacara tersohor dan versatil tanah air, Dato’ AC Mizal buat sekian kalinya diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas hos ‘MLM 2019’. Ini merupakan penampilan kelapan beliau sebagai pengemudi utama program ini.
*. Bersiaran seminggu awal, kali pertama edisi khas ‘MLM – Kerusi Panas’ diperkenalkan adalah pada tahun 2013 dan diikuti dengan tahun 2014. ‘Kerusi Panas’ memberi peluang kepada barisan pelawak dari pelbagai latar, baru dan lama untuk mencuba nasib berada di senarai teratas bersama peserta MLM yang lain. Ini kerana, format asal MLM menyaksikan peserta yang terlibat dijemput secara eksklusif untuk menyertai program ini. Menerusi ‘MLM – Kerusi Panas’, peluang turut dibuka kepada pemain komedi yang lain.
* Kumpulan ‘J-Born’ yang dianggotai Khir Rahman, Vicha dan Joey merupakan Juara program komedi muzikal Astro Warna, ‘Muzikal Lawak Superstar’, dan ini adalah penyertaan sulung bagi pelakon, penulis dan pengarah, Khir Rahman.
Barisan peserta:
Bocey (Abam, Fad, Achey)
.. Zero (Atu, Syaiful, Syarif)
Rare (Ajak, Ropie, Pak Ya)
Puteh (Mamak, Ali, Man)
n. Stone (Mamat, Azlee, Acong)
Jambus (Tauke, Tapai)
Rojak (Bell, Chiwan, Rahim)
J-Born (Khir Rahman, Vicha, Joey)
Cali (Khai, Tony) – Brunei
Rahmet (Solo) – Indonesia
Popon (Solo) – Indonesia
Hadiah-hadiahnya:
Juara – RM 500,000 dan sebuah trofi
Naib Juara – RM 250,000 dan sebuah trofi
Tempat Ketiga – RM 150,000 dan sebuah trofi
Tempat Keempat – RM 50,000 dan sebuah trofi
Tempat Kelima – RM 15,000 dan sebuah trofi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan