NIKMATI DURIAN DI HOTEL CORUS KUALA LUMPUR
Kak Fas memang hantu durian. Maklumlah orang Perak lah katakan,
Teringatlah sebarris lagu arwah Mr. Os yang berbunyi " Oh Kome dorian dah berbunga...." dalam loghat Peraknya.... haha.
Korang mesti tertanya-tanya kan apalah kisah Durian lak yang Kak Fas nak ceritakan ni....
Kisahnya bagi pencinta durian yang sering menginap dihotel-hotel tetapi kepingin makan durian dalam hotel namun papan tanda "durian tidak dibenarkan' menghalang hasrat itu...
Kini jika anda mahu makan durian sambil menginap di hotel sudah boleh merasai pengalaman itu kerana buat julung kalinya, Hotel Corus Kuala Lumpur mencipta sejarah apabila menyediakan bufet durian dan bilik khas untuk menikmati durian segar.
Ya... anda tidak salah baca atau dengar. Hotel Corus yang terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur dipinggiran Jalan Ampang telah pun melancarkan program Durian365@Corus baru-baru ini.
Buat pertama kalinya juga, anda dapat menikmati bufet durian platter yang menyediakan lebih kurang 10 hingga 12 pencuci mulut berasaskan durian termasuk ais krim durian yang disediakan di ruang kopi Dondang Sayang berhampiran lobi hotel.
Set 'Duriam Platter' boleh dinikmati bermula pukul 12 tengah hari hingga 9 malam pada kadar RM78 sepinggan bagi dua orang termasuk minuman kopi atau teh.
"Menu khas ini ditawarkan tujuh hari seminggu sepanjang tahun malah sesiapa yang mahu merasai durian segar juga boleh dinikmati di sebuah bilik berhawa dingin yang kami sediakan," ujar pemilik Hotel Corus, Andrew Khoo pada media di majlis pelancaran program Durian365@Corus yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni & Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.
Menyokong usaha luar biasa tersebut, Muhammad Bakhtiar berharap lebih ramai lagi pihak swasta mampu mencontohi Hotel Corus dalam membantu Kerajaan mempromosikan kempen pelancongan durian atau 'duriotourism'.
Dalam memastikan bau buah Raja itu tidak menganggu tetamu, pihak hotel telah membelanjakan RM100,000 bagi tujuan tersebut.
"Memandangkan bufet durian platter ini merupakan pencuci mulut jadi bau durian amat minimal malah kami menyediakan sebuah bilik khas berhawa dingin bagi mereka yang mahu merasai durian segar," sambung Andrew.
Menurutnya, pembinaan bilik durian itu diispirasikan dari bilik mencuba cerut atau wain.
Berapa pula harga durian segar?
Kak Fas: Tidak ketinggalan merasai tiga jenis durian dalam bilik durian yang disediakan iaitu "Musang King'."Durian XO' dan "Durian Sultan".
Baca juga artikel berkaitan di SINI.
#corushotelkl #Durian365@Corus #duriotourism #pelancongan #durian
Teringatlah sebarris lagu arwah Mr. Os yang berbunyi " Oh Kome dorian dah berbunga...." dalam loghat Peraknya.... haha.
Korang mesti tertanya-tanya kan apalah kisah Durian lak yang Kak Fas nak ceritakan ni....
Kisahnya bagi pencinta durian yang sering menginap dihotel-hotel tetapi kepingin makan durian dalam hotel namun papan tanda "durian tidak dibenarkan' menghalang hasrat itu...
Kini jika anda mahu makan durian sambil menginap di hotel sudah boleh merasai pengalaman itu kerana buat julung kalinya, Hotel Corus Kuala Lumpur mencipta sejarah apabila menyediakan bufet durian dan bilik khas untuk menikmati durian segar.
Ya... anda tidak salah baca atau dengar. Hotel Corus yang terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur dipinggiran Jalan Ampang telah pun melancarkan program Durian365@Corus baru-baru ini.
Buat pertama kalinya juga, anda dapat menikmati bufet durian platter yang menyediakan lebih kurang 10 hingga 12 pencuci mulut berasaskan durian termasuk ais krim durian yang disediakan di ruang kopi Dondang Sayang berhampiran lobi hotel.
Set 'Duriam Platter' boleh dinikmati bermula pukul 12 tengah hari hingga 9 malam pada kadar RM78 sepinggan bagi dua orang termasuk minuman kopi atau teh.
"Menu khas ini ditawarkan tujuh hari seminggu sepanjang tahun malah sesiapa yang mahu merasai durian segar juga boleh dinikmati di sebuah bilik berhawa dingin yang kami sediakan," ujar pemilik Hotel Corus, Andrew Khoo pada media di majlis pelancaran program Durian365@Corus yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni & Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.
Menyokong usaha luar biasa tersebut, Muhammad Bakhtiar berharap lebih ramai lagi pihak swasta mampu mencontohi Hotel Corus dalam membantu Kerajaan mempromosikan kempen pelancongan durian atau 'duriotourism'.
Dalam memastikan bau buah Raja itu tidak menganggu tetamu, pihak hotel telah membelanjakan RM100,000 bagi tujuan tersebut.
Menurutnya, pembinaan bilik durian itu diispirasikan dari bilik mencuba cerut atau wain.
Berapa pula harga durian segar?
Dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 10.30 malam setiap hari, harga untuk durian segar bermula dari RM37.60 nett sekilogram.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian +603-2161 8888 atau layangkan emel ke fnb@corushotel-kl.com.
Baca juga artikel berkaitan di SINI.
#corushotelkl #Durian365@Corus #duriotourism #pelancongan #durian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan