Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

USIK MENGUSIK PENYERI MAJLIS PERKAHWINAN ADIK ALIFF SYUKRI


Siapa tidak kenal dengan usahawan kosmetik yang popular dengan panggilan ‘Abang Terlajak Laris’ - Dato Sri Aliff Syukri Kamarzaman.

Rasanya semua maklum Aliff Syukri seorang yang tegas tetapi kelakar.
Kak Fas dah beberapa kali bertemu beliau dalam majlis sidang akhbar yang dianjurkannya dan setiap sesi yang dihadiri, boleh dikatakan tidak kering gusi dibuatnya.

Dalam situasi serius sekali pun ada sahaja gelagat dan percakapannya yang menghiburkan.

Dan baru-baru ini ketika menghadiri sidang media sempena majlis perkahwinan adiknya, Aiman Hazeem, 23,  sekali lagi Kak Fas terhibur.

Bezanya kali ini walau pun di hadapan kaum keluarga dan bondanya, Rozita Ibrahim  bersama Kak Longnya, Noor Hayati serta isteri, Datin Sri Nur Shahida, suasana riang tetap dirasakan.

Sejujurnya, apabila ibunda Rozita mengetuai sesi bertemu media, Kak Fas fikir tentulah suasana akan menjadi formal dan lebih serius apatah lagi fokus persoalan utama berkait dengan perkahwinan anaknya, Aiman Hazeem yang dipanggil Ajim sahaja.

Namun sangkaan Kak Fas meleset apabila sidang media yang berlangsung santai dipenuhi gelak ketawa waima bonda Rozita pun terserlah keceriannya persis Aliff Syukri.

Dapat dilihat hubungan anak beranak cukup akrab malah gurau senda antara mereka berlangsung spontan.

Bayangkan apabila si anak boleh berkata ‘Emak saya ini seorang wanita yang amat kedekut” dan sebagainya, apa agaknya reaksi seorang ibu yang dipersendakan sedemikian.  Tentu rasa jatuh air muka ya tak?


Tetapi ibunda tetap senyum walau pun terasa 'diaibkan' anak sendiri namun ia dianggap gurauan seraya bonda sekadar berkata, "Aliff ini suka buat kontroversi'.

Tidak terbilang beberapa kali cuit mencuit berlaku antara ibu dan anak ini malah ketika berucap di pentas pun masih berlaku gurau senda.

Seronok pula tengok mereka 'bertikam lidah'. Barangkali itulah rahsia kebahagian keluarga usahawan ternama ini ya. Gurau senda pengikat kasih!

Berbalik kepada intipati dan tujuan sidang media,  bonda Rozita memberitahu segala tema dan konsep perkahwinan anak bongsunya, Ajim  yang berlainan bapa dari Aliff Syukri hasil ideanya sendiri.

“Pada mulanya saya memang mahu kecil-kecilan sahaja tetapi dibantah oleh Aliff memandangkan Ajim anak lelaki yang terakhir, jadi eloklah dilaksanakan dengan lebih meriah sekali gus  dapat merapatkan lagi silaturrahim keluarga dan rakan-rakan niaga, kata Aliff,” cerita pengasas produk Sendayu Tinggi ini.

Berkonsepkan rumah hutan dan peradaban Istana Melayu zaman dahulu, kos perbelanjaan perkahwinan khabarnya bernilai lebih daripada RM500,000 seraya Aliff pula mendedahkan yang bondanya turut menghadiahkan sebuah kereta mewah Mercedes kepada pasangan pengantin.

Lebih unik, ini pertama kali Kak Fas hadir  sebuah majlis perkahwinan yang ada ‘hadiah bertuah’ berupa bag tangan berjenama bernilai ribuan ringgit tajaan Aliff sebagai pengisian program. 

Kira-kira  1,000 tetamu yang hadir termasuk Dato Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Amirudin Shari (tengah) dan isteri.

Untunglah pemenang yang bertuah tu kan? Bukan sahaja dapat menyaksikan majlis perkahwinan gah waima halwa telinga dihiburkan oleh penyanyi terkenal, Dato Jamal Abdillah malah berpeluang membawa pulang bag tangan bernilai ribuan ringgit lagi.


Suasana di dalam Dewan Perdana Felda ternyata dihias mengikut konsep Peradaban Melayu beraromakan  bunga harum sundal malam, dengan sebahagian tetamu berpakaian tradisional lengkap bertanjak.

Ketibaan pengantin perempuan diarak masuk di atas  tandu diiring pahlawan dan dayang-dayang, disusuli ketibaan pengantin lelaki dengan langkah bersilat menghampiri ‘ratu’ nya.

Kedua mempelai diringi ke pentas mahligai pelamin berlatarkan rona emas bagaikan ‘Putera dan Puteri’ di Istana Ratu lagaknya.



Selain tarian gemelai  dan muzik ghazal memenuhi ruang udara, para tamu dipertontonkan dengan video pendek lakonan pengantin serta bonda Rozita sendiri.

Cerita  berkisar pada cinta antara dua darjat yang mendapat tentangan daripada Ratu apabila anakandanya, seorang putera jatuh hati dengan gadis biasa.

Rupanya kisah itu ada kaitannya dengan menantu baharunya itu, Siti Norhafizah yang sebenarnya adalah pekerjanya sendiri.

Kira pekerja bercinta dengan anak majikanlah ini tetapi realitinya bonda Rozita menerima siapa sahaja menjadi pilihan Ajim memandangkan wanita itu seorang yang lembut dan baik hati.

Pandai juga anak beranak ni berlakon, boleh jadi sebuah filem pendek gitu. 

Mesti penggambarannya juga menelan belanja puluhan ribu ringgit tu.Tetapi rasanya bayangan Aliff Syukri tidak kelihatan dalam sketsa tu? Tiada watak sesuai untuk dia kut haha…

Pendekata, beruntung Ajim mempunyai seorang ibu dan kakak serta abang yang menyayanginya bagaikan ‘anak sendiri’ memandangkan masa kecilnya Ajim banyak diasuh oleh Aliff dan Kak Longnya, Yatie Sendayu Tinggi.

“Walau pun kami berlainan bapa tetapi saya dan Kak Long membelanya bagaikan ‘anak’ sendiri apa tah lagi beza usia Ajim 10 tahun muda dari saya,” kenang Aliff Syukri.
Ketika majlis akad nikah. Pix IG Aliffsyukriterlajaklaris.
Menurut Aliff, perkahwinan adiknya ini bukanlah bertujuan hendak menunjuk-nunjuk tetapi lebih kepada sebuah majlis untuk meraikan kaum kelurga dan shabat handal serta rakan niaga. 

"Jika tidak berbuat secara besar-besaran begini sudah tentu tidak dapat mengumpulkan semua sekali gus," ujar Aliff Syukri.



Sebagai satu-satunya abang sulong, ini pesanan Aliff kepada adiknya:

“Jadilah seorang yang matang dan walau pun lahir daripada keluarga yang mampu Ajim harus bekerja keras dan tidak bergantung semata-mata pada ibu dan keluarga."

Kak Fas: Selamat Pengantin Baru Aiman Hazeem dan Siti Nurhafizah, moga kekal hingga ke jannah!


Sila lihat video penuh dalam 360% yang dirakamkan oleh  Escape travel trisixtymy.com #nokomen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan