Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

3 ARTIS ASEAN BERGABUNG DI STEREO FEST SINGAPURA

ANTARA barisan artis yang hadir bersama Dian Rasid (tiga dari kiri), Aishah (4 dari kiri)  selaku Pengarah Projek pada sidang media Stereo Fest baru-baru ini. Pix - Max Lim.
Tiga negara di satu pentas antarabangsa bakal menyaksikan gabungan artis-artis popular dari Malaysia, Indonesia dan tuan rumah Singapura pada Stereo Fest anjuran Adi Media Pte Ltd selama dua hari bermula 22 hingga 23 Februari 2020.

Akan berlangsung di Palawan Green, Sentosa, Singapura, konsert berkenaan bakal mengetengahkan 20 barisan artis terkenal daripada negara Asean tersebut antaranya dari Malaysia seperti Ayda Jebat, Zee Avi, Elizabeth Tan, Ismail Izzani dan kumpulan popular 90an, 4U2C pimpinan Dato AC Mizal, Andi Bernadee dan New Boyz 

Selain itu turut diterbangkan pada festival muzik Melayu terbesar di kota Singa ini terdiri daripada penyanyi popular Indonesia, Judika manakala lain-lainnya adalah ANBS, Jat mahu pun Rahila Rashun mewakili Singapura yang  juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia 2016.

“Festival ini bakal menjadi acara tahunan malah kami berharap ia dapat meningkatkan martabat muzik Melayu di rantau ini dan juga menyediakan platform bagi penyanyi tempatan untuk berada di pentas yang sama sebagai artis terkenal,” ujar Pengarah Urusan Adi Media Pte Ltd, Dian Rasid.



Konsert pertama anjuran mereka, CelebFest2016 berjaya menarik lebih kurang 50,000 penonton memenuhi Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec.

Menurut Dian, kejayaan konsert itu menguatkan lagi semangat pihaknya untuk terus memberikan para peminat satu destinasi di mana mereka boleh menonton dan menikmati kesemua artis kegemaran di atas satu pentas.

Setiap artis yang diberikan masa lebih kurang sejam untuk persembahan bakal menyanyikan lagu-lagu popular masing-masing disamping lagu-lagu single terbaharu seperti antaranya Ayda Jebat dan Kumpulan 4U2C.

Ayda khabarnya bakal melancarkan single terbaharunya pada 28 November ini manakala 4U2C pula dijangka menerbitkan dua buah lagu single menjelang akhir tahun dan akan dilancarkan ketika membuat persembahan di Stereo Fest kelak.

“Kami akan menyampaikan 22 buah lagu yang akan dimedleykan kepada 8 buah lagu, “ ujar Dato AC Mizal yang menyifatkan kemunculan 4U2C di Singapura nanti sebagai ‘reunion’.



“Saya betul-betul tidak menjangka dapat kembali bersatu apatah lagi dua orang daripada ahli kami berada di Indonesia ketika ini tetapi segalanya menjadi kenyataan atas daya usaha isteri sebagai pengurus,” ujar plantun lagu ‘Fiona’ ini.

Pun begitu, beliau bersyukur kerana masih ada peminat yang tidak putus-putus menyokong 4U2C dan mahu kumpulan ini mengadakan konsert.

“Bab konsert saya tidak berani jamin sebab setiap anggota kami mempunyai komitmen tersendiri apatah lagi dua orang berada di Indonesia,” tambah AC.

Jadi bagi mereka yang merindui lagu-lagu 4U2C dan Zee Avi atau pun mahu berhibur dengan kelincahan Ayda Jebat dan yang lain-lain pastikan menempah tiket awal-awal sebelum kehabisan.

Festival yang akan berlangsung dari jam 3 petang hingga 10 malam itu turut dimeriahkan dengan kewujudan ‘Festival Village’ yang menawarkan setiap pengunjung pelbagai tawaran makan dan minuman dari vendor terkenal serta aktiviti-aktiviti yang boleh disertai seluruh keluarga.

Bagi yang berminat menyertai Stereo Fest, mereka mempunyai dua pilihan bagi pembelian tiket iaitu berharga RM204 (SGD68) untuk  tiket biasa pada hari pertama manakala RM384 (SGD128) bagi kemasukan pada hari kedua.

Disamping itu, ada tiket VIP yang ditawarkan pada harga RM594 (SGD198) untuk sehari.

Malah bagi yang mahu lebih intim atau mahu bertemu dengan artis kesayangan masing-masing pada sesi ‘Meet & Greet’ boleh memilih tiket kemasukan VIP 2 hari pada harga RM1,104 atau SGD368.

Jika ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh layari LINK INI.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan