ADA KAH 'DRAMA' BAKAL JEJAK KE FINAL ATAU TINGGAL 'DRAMA' SAHAJA?
Kak Fas percaya ramai yang menonton Minggu pertama Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir (SFMM34) yang berlangsung semalam (15 November) kan?
Malam tersebut menyaksikan lagu ciptaan Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib dan Ammar Habir, berjudul Drama dinobat sebagai lagu terbaik.
Namun, ini tidak bermakna lagu nyanyian kumpulan Drama Band ini sudah layak untuk bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).
12 buah lagu yang berjaya untuk mara ke AJL34 hanya akan diumumkan di minggu terakhir SFMM34.
Apa pun orang kata peluang itu mesti ada ya tak. Kita tengok nanti bagaimana ya...berjaya atau tidak Drama Band terpilih.
Pun begitu berhubung pemilihan "Drama" sebagai lagu terbaik minggu berkenaan ini kata Aepul Roza:
“Sejujurnya memang kami langsung tidak jangka bahawa lagu terbaik untuk minggu pertama akan jatuh kepada kami. Insya Allah, sekiranya ada rezeki, kami berharap lagu Drama ini diberi peluang untuk bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu akan datang. Namun, sekiranya rezeki bukan milik kami, kami tetap akan terima dengan hati yang terbuka dan berasa bangga kerana berjaya memasuki peringkat separuh akhir.”
Selain Drama Band, minggu pertama SFMM34 turut menampilkan persembahan oleh Ara Johari (Paku), Shila Amzah (Tiada Dirimu), Sufian Suhaimi (Mencuba), Khai Bahar (123), Siti Nordiana & Khai Bahar (Satukan Rasa), Wany Hasrita (Terlalu Memuja), Siti Nordiana (Hatiku Milikmu), Ismail Izzani (Bidadari), Usop (Aku Yang Bersalah), dan Luqman Faiz (Kepuraanmu).
Setiap persembahan pada malam tersebut juga diadili oleh panel juri profesional yang terdiri daripada Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer sebagai ketua juri.
Pentas SFMM34 juga turut dimeriahkan dengan persembahan selingan oleh Ramlah Ram dan Nora yang telah mendendangkan lagu-lagu hit seperti Hanyalah Satu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi serta Romancinta.
Para peminat yang ingin hadir menyaksikan persembahan penyanyi kegemaran mereka, boleh mendapatkan tiket separuh akhir minggu kedua pada 20 November seawal pukul 3.00 petang di kaunter pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Maksimum 2 tiket untuk seorang (tiket adalah terhad).
Kepada para peminat yang ingin mengetahui maklumat lanjut, mereka boleh ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Instagram TV3 iaitu @tv3malaysia & @senangterhibur untuk pelbagai info menarik mengenai SFMM34.
Malah, para pengunjung juga boleh saksikan SFMM34 secara strim langsung di saluran www.tonton.com.my. Jangan lupa untuk hashtag #SFMM34 bagi menghangatkan lagi SFMM34 di laman media sosial anda.
Untuk minggu kedua pada 22 November nanti mereka yang bakal membuat persembahan terdiri daripada berikut:
2. Akim & THe Majistret - Rampas
3. Adira - Pujaan Hati
4. Naim Daniel - Sumpah
5. Ernie Zakrie - Ku Bersuara
6. Hafiz Suip - Kisah Cinta Kita
7. Muna Shahirah - Teguh Setia
8. Faizal Tahir - Ragaman
9. Sarah Suhairi - Pedih
10. Tomok - Bekas Kekasih
11. Haqiem Rusli - Lembah Kesepian
Menariknya minggu ini siapa agaknya yang akan menggantikan Dato Sri Siti Nurhaliza untuk membawa lagu "Anta Permana" ciptaan Hael Husaini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan