DULJIT DOSANJH JANJI TAMPILKAN 'HEAVYWEIGHT BHANGRA' DI KL LIVE
PIX dari IG Diljit Dosanjh.
Mula mula dapat undangan untuk sidang media konsert "Bollyboom Diljit Dosanjh Live in Malaysi"ini, Kak Fas tengok wajahnya macam kenal... tetapi bukanlah kenal rapat haha... maksud Kak Fas muka itu 'familiar' laa...
Tiba-tiba pada masa yang sama, keluar siaran program realiti pertandingan tarian 'Dance Dewane' di satu saluran Astro ketika Kak Fas sedang mencari-cari program mana nak tonton.
Bila lihat kelibat Diljit Dosanjh sebagai juri barulah Kak Fas sedar beliau seorang artis Punjabi terkenal di India malah pernah melihat lakonannya dalam beberapa filem Hindustan cuma tak berapa nak hadam haha. Ya lah bila tonton filem Hindi tentu tumpuan pada hero kacak dan heroin yang jelita tak gitu?
Apa pun apa yang Kak Fas nak kongsikan kali ini tentu amat menggembirakan peminat Duljit di Malaysia kerana penyanyi, pelakon, pengacara tv malah merupakan selebriti sosial media untuk industri Hindi dan Punjabi akan berada di Kuala Lumpur kira-kira dua minggu lagi.
Diterbangkan oleh Hitman Solution selaku penganjur, Duljit Dosanjh akan menemui peminatnya untuk satu malam sahaja di KL Live pada 13 Disember depan bermula jam 8 malam.
Anak kelahiran Punjabi dalam usia 35 tahun ini dijangka menghiburkan 2,500 peminat buang julung kalinya di Malaysia selama lebih kurang 2 jam dengan kirs-kira 25 lagu popularnya seperti 'Do You Know,' '5 Taara', 'Put Jatt Da', 'Raat Di Gedi' dan banyak Iagi lah.
Dalam perbualan melalui telefon yang diadakan pada sidang media yang berlangsung di Tandoor Grill, Berjaya Central Park, Duljit melahirkan rasa terujanya untuk bertemu peminatnya di Malaysia.
"Ssys tidak sabar mahu menghiburkan mereka dengsn persembahan terbaik aoa tah lagi ini kali pertama saya berpeluang bertemu mereka malah akan memperkenalkan bagaimana 'heavyweight bhangra' dilakukan." ujar Duljit.
Dalam pada itu, walau pun cuma sehari sempat berada di Malaysia beliau akan mencari peluang menerokai KL dalam masa singkat.
Jadi korang yang minat tahap gaban pada plantun lagu 'Laembadgini' ini yang mendapat tontonan sebanyak 258 juta kali di laman YouTube haruslah cepat menempah tiket yang kini cuma tinggal tiket biasa berharga RM249.
"Tiket 'early bird' yang berharga RM199 serta tiket premium RM299 telah habis sejak penjualan dibuka 4 November lalu," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Solutions, Rohit Rampal.
Turut hadir Rishi Rampal selaku Pengarah Operasi Hitman Solutions.
Untuk pengetahuan mereka yang belum mengenali Duljit Dosanjh, artis terkenal India ini sudah meraih 20 anugerah sepanjang bergelar penyanyi dan 2 anugerah melalui lakonannya.
Antaranya beliau merupakan penerima anugerah "Most Popular Song of the Year' dan 'Best Bhangra Song of the Year" pada Anugerah Muzik Punjabi PTC.
Mempunyai 13 buah album dengan 40 buah single serta telah berlakon dalam 21 buah filem Bollywood dan Punjabi sepanjang kariernya yang bermula pada tahun 2004 melalui album pertamanya, 'Ishq Da Uda Ada'. Duljit merupakan penyanyi kedua Punjab selepas Gurdas Maan, yang berjaya menarik tontonan 'full house' pada satu konsert di Arena Wembley, London pada tahun 2016.
Hebat kan penyanyi Punjabi ini!
Jadi jika anda tidak mahu ketinggalan menyaksikan hebat ke tidak persembahan Duljit Dosanjh bolehlah menempah tiket biasa yang masih di jual pada harga RM249 malah untuk pembelian 'pakej' upper deck boleh menghubungi talian +60125015783/+60123805783 atau layari laman web www.myticket.asia.
Kak Fas: Pun tidak sabar nak tonton persembahan Duljit Dosanjh nanti. Nak tunjuk-tunjuk ke langit haha...
#duljitdosanjh #bollyboom #KLLive #bollywood #hitmansolution
Tiada ulasan:
Catat Ulasan