Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GUNA 'AMBI PUR BATHROOM FRESH' TANGANI MASALAH TANDAS BERBAU


Sejak pulang mengerjakan umrah, nampak gayanya rezeki pelakon Amyra Rosli tidak terhenti apabila dipilih menjadi jurucakap dan duta kepada pewangi 'Ambi Pur Bathroom Fresh'.

Ditemui pada majlis pelancaran khas yang diadakan di Mydin USJ, Subang Jaya baru-baru ini, pelakon drama 'Nur' itu berkongsi kekecewaan dan pengalamannya  sendiri apabila berdepan dengan masalah bau tandas busuk. 

“Sebagai seorang ibu yang punyai anak kecil, memberikan ruang selamat, bersih dan segar untuk keluarga adalah satu keutamaan untuk saya. Kerja-kerja membersihkan tandas sememangnya adalah satu kerja yang tidak pernah diberikan terima kasih, ia jadi lebih menghampakan bila bau busuk itu selalu datang semula. Jadi, saya sangat gembira bila ada penyelesaian mudah dengan Ambi Pur Bathroom Fresh," kata Amyra.

Dalam sembang santai bersama penyampai terkenal, Hafiz Hatim, Amyra Rosli  memberitahu daripada empat bauan yang tersedia seperti Mild Lavender, Refreshing Soap, Zesty Lemon, dan Refreshing Apple, beliau lebih meminati Refreshing Soap memandangkan baunya amat segar dan wangi.

Pun begitu katanya, bauan lain pun tetap wangi dan mampu menghilangkan bau busuk tandas.

Sesungguhnya, bau tandas busuk adalah salah satu masalah yang membelungi kebanyakan rumah. 
Dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh Procter & Gamble di kalangan 400 suri rumah di Asia, 71.3% dari mereka meluahkan rasa gusar tentang bau tandas. 
Kebanyakan antara mereka juga mengadu tentang masalah bau busuk yang selalu timbul semula walaupun bilik air dicuci dengan kerap. 
Setelah membuat kajian mendalam, Ambi Pur mendedahkan sumber yang menyebabkan bau busuk untuk kembali menular, walaupun tandas baru sahaja dibersihkan adalah permukaan lembut – seperti kain yang diletakkan dalam tandas.
Permukaan-permukaan ini menyerap dan melepaskan semula bau ke udara melalui penyejatan, satu proses halus dari mata kasar yang berterusan dan bukan mudah untuk ditangani walaupun dengan cucian berulang kali.
Dengan menggunakan teknologi terbaharu dari Ambi Pur, penyegar tandas terbaharu ini menawarkan penyelesaian yang efektif untuk membantu pengguna mengekalkan bau segar dan bersih dalam tandas mereka.

Ambi Pur bukan sahaja menghapuskan bau udara busuk, tetapi juga memberi perlindungan terhadap bau busuk dan mengekalkan bau segar dan bersih dalam tandas.
“Ambi Pur mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam kejayaan inovasi dan kami cuba untuk memahami dan menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pengguna. Ambi Pur Bathroom Fresh adalah produk pertama ciptaan kami yang menggabungkan pembasmian bau dalam udara dengan penghalang bau dalam permukaan lembut. Kami mahu membuat hidup suri rumah lebih mudah, agar mereka tidak perlu lagi runsing tentang hal-hal menjaga kebersihan, keselesaan dan memghasilkan ruang bebas-bau untuk keluarga mereka,” kata Nantha Kumaran Kalimuthu, Pengarah Komersil, P&G Malaysia.
Ambi Pur Bathroom Fresh menawarkan cara penggunaan yang mudah dan berkesan, diaktifkan dengan sekali ketik, reka bentuk padat yang aerodinamik menghasilkan keberkesanan maksimum sambil melepaskan bau segar yang berkekalan. 
Dapatkan salah satu bau kegemaran Ambi Pur Bathroom Fresh di kedai-kedai runcit dan pasar raya yang berdekatan. 
Majlis yang berlangsung di Mydin turut memberi peluang kepada pengunjung bergambar dengan Amyra Rosli sementara pelbagai aktivi menarik lain diadakan seperti 'Roda Pusingan Hadiah' dan sebagainya. Hadiahnya berupa bag atau payung tetapi mereka yang layak mencuba perlu membeli produk Ambi Pur yang ketika itu ditawarkan dalam harga diskaun.






15 ulasan:

  1. kita suka bauan ambi pure. sebab tak sakit hidung. haha

    BalasPadam
  2. Bauan ambi pure ni biasa diletakkan di dalam kereta. Baunya sangat menenangkan. Kalau dalam rumah, seeloknya letak di dalam bilik. Ruang tamu tak mampu nak cover kawasan. Im fan of this perfume

    BalasPadam
  3. Yeah,....... I use Ambi Pur for my home toilet too. Memang it helps. Thank you for sharing your review. Have a good weekend.

    BalasPadam
  4. Eh amyra ni da pakai tudung eh.. Cantik dia ni... Suka tengok.. BTW Bau2 ambi pur memang best2 kan... Nak beli utk toilet tu la buat stock

    BalasPadam
  5. Bila tandas berbau nak mmebuang oun jadi tak selesa kan. Wangi Ambi Pur memang wangi kan. Paling suka wangian lavendar tu. Semerbak harum

    BalasPadam
  6. Wahh boleh la cari nanti. Memang betol hari2 cuci pon tetap bau ada kan. Mungkin sbab haruman tak kekal lama. Kena cuba yang ni pulak

    BalasPadam
  7. Suka bau ambi pur ni. Nak beli pon mudah. Mana2 kedai pon ada jual ni

    BalasPadam
  8. I love ambi pur for my car. Ada smell rose tu yang my favorite. Sampai sekrg masi pakai lagi.

    BalasPadam
  9. ambi pur ada bau yang sedap.. wangilah tandas yang pasang ambi pur.. cuma jangan hidu banyak sangat sebab ada bahan2 chemicals.

    BalasPadam
  10. jenama hrauman yang dipercayai dari dulu untuk harumkan dalam kereta atau dalam bilik dan almari serta tandas...

    BalasPadam
  11. Pakai juga Ambi Pur ni, memang sedap bau dia. Dalam banyak-banyak bau paling suka bau lavender. Ni pun masih ada lagi ni kat umah..:D

    BalasPadam
  12. mesti best dan wangi guna ambipur terbaru ni...sy memang pengguna brand ni..and memang selalu excited bila ada siri baru yg keluar

    BalasPadam
  13. Ambipur ni merupakan jenama yg memang kitorang guna kat rumah selama ni. Tapi yang baru ni belum cuba lagi. Nanti la nak try beli jugak.

    BalasPadam
  14. jenama yang dipercayai ni. bestlah ada wangian terbaru, dulu pernah pakai. insyaALlah nak cubalah yang baru ni

    BalasPadam
  15. Kami sekeluarga merupakan antara pengguna tegar Ambi Pur dari dulu, kini dan seterusnya... dengan adanya wangian baru ni, dia punya keterujaan untuk mendapatkannya tu, perghhhh... sangat excited gitu... dah ada kat pasaran kan... akan ku terjah pasaraya berhampiran untuk mendapatkan Ambi Pur kegemaranku ini... gitu... hehehehe...

    BalasPadam