Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JALANI UJIAN 'DIABETES' DI FARMASI CARING


Sejajar dengan namanya 'Caring" yang bermaksud 'Penyayang", initiatif yang dianjurkan pengendali rangkaian farmasi komuniti, CARING Pharmacy Retail Management dalam menganjurkan forum awam "Live Well with Diabetes" harus dipuji.

Ya lah apabila bab kesihatan ni bukan ramai yang rajin nak baca ya tak apatah lagi jika ia agak rumit untuk difahami waima bahasa perubatan hanya orang tertentu sahaja yang faham.

Kak Fas percaya tentu ada kalangan masyarakat yang khususnya tinggal di kampung-kampung umpamanya tidak mengerti apa itu 'Diabetes' tetapi jika disebut dalam bahasa pasarnya 'Kencing Manis' sudah tentu mereka faham.


Usahasama yang dilaksanakan bersama Nestle Health Science yang merupakan julung kalinya diadakan baru-baru ini cukup menepati objektif forum yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap diabetes, di samping menyediakan perkhidmatan nilai tambah kepada pesakit-pesakit 'kencing manis'.

Baru-baru ini bertempat di Dewan Oak, Menara OBYU, Damansara Perdana, Kak Fas sempat hadir ke forum yang dianjurkan bagi melihat pelbagai 'stesen'  yang disediakan berkaitan diabetes.

Setiap stesen-stesen pembelajaran ditempatkan di serata dewan dengan satu tema spesifik untuk mendidik hadirin tentang pemakanan, nutrisi dan senaman.

Sejujurnya, Kak Fas ni dah lama tidak melakukan ujian kesihatan. Jadi apabila adanya stesen ujian darah untuk melihat tahap glukos dalam darah Kak Fas sudah tentu tidak melepaskan peluang tersebut.

Masih ingat lagi, jika dahulu kala, zaman teknologi perubahan belum advance, mengambil ujian darah agak menakutkan.... selalunya Kak Fas akan paling muka apabila melihat jarum besar digunakan mencucuk jari haha.'

Kini ujian hanya dilakukan dengan alat yang bila dicucuk tidak terasa pun... macam gigit semua je dah keluar darah...

Dan bila diuji Alhamdullilah tahap glukos Kak Fas tidak tinggi sekadar 6.9 sahaja dan terkawal, kata adik yang membuat ujian tu.

Forum Awam “Live Well with Diabetes”  dirasmikan oleh Encik Chong Yeow Siang, Pengarah Urusan CARiNG Pharmacy bersama-sama Cik Maria Rica Mier, Pegawai Eksekutif Perniagaan Kluster Nestlé Health Science. 
Sebagai sebahagian daripada pelbagai program jangkauan awam tentang diabetes yang dilaksanakan oleh CARiNG, termasuklah penerbitan buku “You Can Live Well with Diabetes” dan “Diabetes Corner” yang telah dilancarkan pada November tahun lepas, tarikan utama forum adalah acara penyampaian sijil para peserta yang telah melalui Cabaran Glucocare.
Para peserta yang mengambil bahagian dalam cabaran itu dikehendaki menjalani ujian tiga bulan merangkumi kaunseling pesakit, pemantauan paras glukosa darah berterusan dan perancangan pemakanan yang direka khusus yang turut mengandungi NUTREN® Untuk Diabetik keluaran Nestlé Health Science.

Berhubung kejayaan program cabaran berkenaan ini komen Pengarah Urusan CARiNG Encik Chong Yeow Sian: 
“Diabetes adalah satu penyakit yang diberi fokus utama oleh organisasi kami. dan kami berbangga bahawa forum ‘Live Well with Diabetes’ ini adalah salah satu daripada pelbagai usaha jangkauan awam yang kami laksanakan untuk membantu meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini. Kami berbesar hati untuk menjalankan usahasama dengan Nestlé Health Science, dan mengambil peluang ini untuk berkongsi hasil positif yang didapati dari kolaborasi Cabaran Glucocare kami. Cabaran ini menunjukkan perubahan positif dalam setiap peserta dan menggalakkan peserta untuk menjaga kesihatan mereka."

Sesungguhnya apa yang dilakukan CARING ini sesuatu yang amat bermanfaat waima kajian dari Kementerian Kesihatan menunjukkan, kira-kira 3.6 juta rakyat Malaysia adalah penghidap diabetes, yang mana angka ini adalah yang tertinggi di Asia, dan antara yang tertinggi di dunia. 

Turut dianggarkan bahawa kira-kira tujuh (7) juta rakyat Malaysia dijangka menghidap diabetes menjelang tahun 2025.

Wow! Satu angka yang menakutkan  kan?

Sehunungan itu, pakar-pakar penjagaan kesihatan dari Becton Dickinson Sdn. Bhd., Duopharma Biotech Berhad dan Bionime Malaysia Sdn. Bhd. turut diundang untuk memberikan ceramah tentang mitos dan salah faham mengenai diabetes dan insulin, teknik-teknik suntikan insulin dan juga ekosistem e-kesihatan diabetes.

Pakar pemakanan Nestlé Health Science, Cik Rachel Liu turut berkongsi tentang bagaimana kita boleh mencari keseimbangan yang sempurna menerusi pengenalan gantian-gantian makanan sebagai sebahagian daripada perancangan pemakanan harian kita.

Beliau kemudiannya turut memberikan ceramah yang menarik tentang kepentingan mencipta satu perancangan makanan yang seimbang dengan memasukkan formula khas diabetik yang sesuai untuk mereka yang menghidap diabetes.
Ujian guna app 'R'.
Malah bagi pesakit diabetes atau yang mahu mengetahui lanjut mengenai kesihatan, bolehlah ke kedai CARING kerana sempena meraikan Hari Diabetes Sudunia 2019, CARING memperkenalkan perkhidmatan farmasi  melalui Sistem Pengurusan Diabetes CARING (OMS).

OMS adalah sebuah platform maya yang menghubungkan ahli farmasi dengan pesakit untuk mengawasi bacaan paras glukosa darah menerusi pengurangan waktu perjalanan, kesilapan pemindahan data, dan memperbaiki kecekapan pengurusan glukosa darah. 


Dengan Aplikasi Mobil Rightest Care, ahli-ahli farmasi CARiNG akan dapat membantu pesakit-pesakit untuk menjalankan kehidupan yang sejahtera walaupun menghidapi diabetes.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan