'KEKASIH BY THE MELVINS' CETUS FENOMENA 'GIGIT JARI'
Nama produk ini sahaja dah unik - 'Kekasih by The Melvins'.
Bila pertama kali baca, tak terlintas pula ia jenama kosmetik. Memang menarik jenama yang diasaskan oleh adik beradik The Melvins ini.
Belum pun setahun berada di pasaran kosmetik 'Kekasih by The Melvins' pantas mencuri perhatian ramai.
Diasaskan oleh empat adik beradik cantik, Syatilla Melvin (kiri) Syida Melvin (duduk), Syafiqa Melvin (tengah) dan Syifa Melvin (kanan) sejak 1 Mei 2019, jenama yang hadir menerusi rangkaian lip matte dan krim foundation dengan harga mampu dimiliki ini mencipta fenomena tersendiri.
Kak Fas percaya nama-nama wanita jelita yang disebutkan tadi mesti berdering dalam telinga kan?
Ya Syatilla Melvin adalah pelakon dan isteri kepada Bintang Paling Popular, Shaheizy Sam waima adik-adiknyanya, Syifa dan Syida juga terlibat dalam industri seni lakon manakala kakaknya, Syafiqa adalah juara program realiti 'Gadis Melayu' musim kedua.
Gabungan adik beradik berempat ini menceburi bidang perniagaan dalam industri kecantikan ternyata tidak sia-sia.
Sejak memulakan pengeluaran lip matte di bawah nama kombo Zahir Batin dan Jiwa Raga, produk mereka sudah terjual 180,000 unit bagai pisang panas laris di pasaran.
Kini 'Kekasih by The Melvin' pantas menjadi perhatian semula menerusi promosi terbaharu kombo lip matte 'Tulus Suci' yang dilancarkan sejak 17 November lalu.
“Kali ini kami hadirkan kombo lip matte 'Tulus Suci' dengan pilihan warna menarik berbau strawberi pula. Sebelum ini menerusi kombo terdahulu, kita tampil dengan bau pisang dan coklat.
“Kami hadirkan juga ia dalam edisi bermusim yang cukup terhad. Jadi kena dapatkan segera di pasaran sebelum kehabisan,” kata Syatilla.
Bercerita lanjut mengenai lip matte rangkaian 'Kekasih by The Melvins', ia mempunyai empat warna pilihan lagi menawan.
Kandungan utama lip matte ini terdiri daripada minyak Argan, Shea Butter dan Vitamin E. Ia bersifat lightweight dan kalis air. Ia juga dalam bentuk cecair ringan namun kesan selepas pakai akan bertukar menjadi matte.
Wow! pasti menarik kan?
“Teksturnya sangat ringan seperti tidak langsung dicalit apa-apa. Ia tidak melekit dan melekat. Fungsinya mampu merawat garis halus pada permukaan bibir. Malah ia juga bertindak sebagai perawat dan pelembap bibir kering. Pada masa sama, ia juga tidak memberikan kesan hitam kepada bibir.
“Lebih utama, tiada bahan kimia dan bebas Paraben. Baunya juga wangi,” tambah Syatilla lagi.
Syatilla yang mewakili adik beradiknya yang lain berkata, sekalipun sedar persaingan sengit menjual rangkaian produk sama, mereka tetap optimis dan bangga dengan jenama sendiri.
“Bagi kami produk Lip matte contohnya memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Memang ia menjadi satu keperluan buat golongan wanita khususnya. Malah kami sepakat menggunakan nama 'Kekasih' ini kerana kita dilahirkan di dunia ini untuk sentiasa berpasangan. Begitu juga seperti lipmatte 'Kekasih' sendiri yang dipasarkan secara kombo (dua lipmatte) dengan harga RM39. Memang berbaloi baloi.... dengan harga itu dapat dua," jelas Syatilla yang turut mengeluarkan krim asas pada harga RM49.
Menurut Syatilla, mereka berempat tidak menafikan memang banyak jenama lipmatte lain di pasaran. Tapi 'Kekasih' agak berlainan dan tiada tandingannya.
"Ia menjadi pembakar semangat kepada kami empat adik beradik, pasukan kerja 'Kekasih by The Melvins' serta lebih 1,000 agen dan stokis berdaftar di seluruh Malaysia," jelas isteri kepada Shaheizy Sam ini.
Walaupun menggunakan tagline dan tanda pagar #Satukekasihcukupke? sebagai simbolik mempromosikan kombo lipmatte yang dijual dengan dua unit tetapi di alam realiti mereka cukup setia dengan seorang kekasih dan suami saja.
"Jangan main kayu tiga dalam hubungan sesama manusia. Tapi kalau nak beli produk Kekasih tak apa nak beli lebih pun. Kalau beli banyak buat stok lagi kami suka ,” ujar pemilik nama sebenar Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin ini.
.
'Kekasih by The Melvins' juga mengamalkan konsep membuka ruang kepada suri rumah atau mereka yang mahu mencari wang tambahan dengan menjadi agen dan stokis.
“Di Kekasih by The Melvins, kita kongsi sama rata dengan mereka yang di luar yang mahu menjana pendapatan sampingan. Alhamdulillah beberapa bulan di pasaran jenama kami sudah mampu membantu mereka di luar sana mendapat wang lebih dengan bergelar agen dan stokis.
“Berkat berniaga, kami bangga dapat membantu ramai pihak untuk meningkatkan ekonomi hidup. Ada yang mampu membeli emas, motosikal, perabot, kereta, mengubah suai rumah, melancong ke luar negara dan sebagainya.
“Dalam beberapa tahun lagi, kami juga mahu jenama ini melahirkan jutawan yang dermawan. Berniaga ini kena bersungguh sungguh. Tak boleh hangat hangat tahi ayam. Insya-Allah setiap usaha pasti berbayar,” akhiri ibu kepada dua orang cahaya mata, Syeriv Samheizy, hampir tiga tahun dan Sarima Samheizy, 7 bulan ini.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan info lanjut atau mahu memiliki produk yang sedang popular ini boleh menghubungi talian hotline di 010-9000001 atau layari Instagram @kekasih_hq mahu pun laman sosial facebook @kekasihhq.
Jangan nanti putih mata dan 'gigit jari' pula ya jika stok kehabisan sebab 'Kekasih by The Melvins' telah mencetus fenomena dalam industri kecantikan tempatan ketika ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan