Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ALENA MURANG PERTAHAN MUZIK DUNIA, PERKENAL BUDAYA SARAWAK

ALENA Murang. Pix Kredit Wan Maestro.
Pertama kali bertemu dengan gadis tinggi lampai ini, bila dilihat sekali imbas mirip Marsha Milan Londoh mahu pun Datin Diana Danielle. 

Barangkali disebabkan wajah Pan Asiannya itu waima Alena Murang bukan sahaja berasal dari Bumi Kenyalang  tetapi berdarah kacukan Inggeris-Itali.

Tetapi yang menariknya, walau pun mendapat pendidikan di luar negara, gadis Sarawak berusia 30 tahun ini tetap mengagungkan tanah tumpah darahnya apabila mengambil langkah memperjuangkan muzik etnik berbahasa Kelabit.

Malah lebih istimewanya, memperkenalkan Sarawak khususnya Miri dan daerah Bario di mana terhasilnya lagu asal ‘Midang Midang’ yang kini diberikan nafas baharu melalui sebuah muzik video yang cukup berkualiti hasil usahasama team produksi ‘Project Room’.

Kak Fas dah pun menonton muzik video berkenaan pada majlis pelancarannya di GSC Quill Mall baru-baru ini dan sangat tertarik dengan layar lara yang dipersembahkan.

Cukup mempersona dan cantik sekali sehingga terasa nak terbang ke Bario, sebuah  perkampungan terletak di pertengahan Tanah Tinggi Kelabit, di timur laut Sarawak.

Ditanya kenapa gadis secantik Alena ini lebih tertarijk membawa muzik dunia daripada genre popular arus perdana?

“Jiwa saya tertarik pada ‘muzik world’ kerana tidak mahu lagu-lagu warisan pupus apatah lagi ditenggelami muzik-muzik moden ketika ini. Jika saya tidak mermpertahankan lagu-lagu rakyat khususnya yang diwarisi negeri kelahiran saya sendiri sudah tentu lama kelamaan ia akan lenyap di telan arus kemodenan,” ujar Alena ketika ditemui.


‘Midang-Midang’ bermaksud ‘berjemur panas’ dan lagu warisan ini amat penting dikletemgahkm demi mengekalkan bahasa, nilai-nilai dan kisah hidup kita agar ia sentiasa segar.

“Malah lagu-lagu Kelabit hampir sentiasa dipenuhi elemen alam, jadi kerana itu kami mengambil keputusan untuk melakukan penggambaran klip video di tempat lagu ini berasal iaitu di Miri dan kampung Bario.” tambah Alena.

Pada majlis pelancaran muzik video tersebut, Alena turut mempersembahkan bakatnya bermain sape yang dipelajari sejak berusia 11 tahun.

Siapa sangka kan, seorang yang berpelajaran dan berpendidikan tinggi malah menuntut ilmu di England tetap mencintai budaya asal usulnya.

ANTARA hasil lukisn Alena.
Selain itu, pemegang Sarjana Seni dari  La Salle College of Arts, Singapura mempunyai bakat dalam bidang lukisan.

"Saya sebenarnya mahu jadi pelukis tetapi akhirnya lebih ke arah bidang seni muzik," katanya senyum.

Kebanyakan hasil karya lukisannya juga berkisar pada seni warisan dan budaya.

Tetapi apakah cabaran yang dilalui Alena sebagai artis indie yang bergerak sendiri secara bebas dalam industri muzik arus perdana?

“Saya akui tidak ramai yang gemar mendengar muzik world, hanya ada kelompoknya yang tersendiri tetapi objektif saya bukannya mahu popular tetapi mengangkat muzik etnik ke tahap antarabangsa dan memperkenalkannya kepada dunia betapa indahnya Malaysia khususnya Bumi Kenyalang Sarawak,” jelas Alena.

Untuk itu katanya, beliau akan membawa muziknya ini untuk ke festival-festival music world antarabangsa apatah lagi namanya bukanlah asing waima Alena pernah membuat persembahan di pelbagai acara besar di seluruh dunia. 

Antaranya Minggu Fesyen Paris di Perancis, Festival Rudolstadt (Jerman), Festival Colours of Ostrava (Czech Republic) dan Festival Sejong & Minggu Muzik Seoul (Korea Selatan).

Wow hebat kan? Sungguh pun lagu ‘Midang Midang’ ini telah direkodkan pada tahun 2016 namun dengan wujudnya muzik video yang cantik ini ia akan terus dinikmati dan menjadi halwa telinga ramai.

Halwa telinga Kak Fas pun dah terngiang-ngiang dengan alunan muzik ‘Midang Midang’ - amat sejuk dan tenang  kedengarannya.

Tetapi mungkinkah Alena akan beralih ke genre muzik yang popular sekarang selepas ini?

“Rasanya tidak, jiwa dan muzik saya lebih ke arah genre lagu-lagu rakyat dan
akan terus memperjuangkan rentak sebegini. Tak tahu lah kut kemudian hati saya berubah tetapi setekat ini masih kuat mahu mempertahankan muzik dunia,’ akhiri Alena penuh harapan.

Bagi membuktikan kata-kata Kak Fas betapa cantiknya hasil rakaman video muzik  ‘Midang Midang’ ini … Kak Fas kongsikannya untuk korang layan ya….




#Midangmidang #alenamurang #bario #sarawak #videomuzik

13 ulasan:

  1. Cantik orangnya dan Sal ingat 'Minah Salleh' mana tadi .Untung Kak Fas dapat dekati empunya diri. Agaknya kalau Sal ditempat akak dah terkasima dok tenung Alena

    BalasPadam
  2. Cantik die ni tinggi lampai dan talented jugak

    BalasPadam
  3. Wow good to know that she is really talented in music and is a beauty as well at the same time. All the best to her.

    BalasPadam
  4. Sebagai anak asli Sarawak, Rawlins kagum dan bangga dengan semangat beliau untuk mengangkat seni budaya itu. Idup Sarawak.

    BalasPadam
  5. Bukan sahaja cantik dan menggoda tapi pandai juga main alat muzik tu bagus kalau ada wanita yang berbakat macam ni tak diketengahkan dan juga dimajukan dalam dunia seni bakat yang ada perlu di ketengahkan mula dengan youtube mesti popular nya..

    BalasPadam
  6. Wah.. Bagus industri seni negara mmg ketandusan org yg mempunyai bakat besar seperti ini.. Moga keunikan yg cuba di tampilkan diterima oleh masyarakat umumnya..

    BalasPadam
  7. Zul dah dengar alunan muzik dan suara Alena Murang ni, memang sedap dan merdu. Suka bila ada orang masih mempertahankan seni muzik kontemporarai untuk dikenalkan kepada dunia luar

    BalasPadam
  8. Saya ada tengok Alena main alat muzik Sape tu. Suka lah muzik klasik tradisional macam ni. Harap banyak lagi karya dari dia terhasil. Pastu masuk spotify. bleh saya follow. hehe

    BalasPadam
  9. Wahhh bagusnya anak sarawak mengalunkan muzik tempatn di persada. Ingatkan mat salleh tdi sbb cantik sangat. Rupanya org kita. Ramai perlu tahu bakat dia supaya dia diangkat seiring dgn penyanyi tempatan yg lain

    BalasPadam
  10. Betul laaa. Sekali imbas macam Marsha ada. Macam Diana Danielle ada. Kacuk rupanya. Dah la cantik. Berbakat besar pulak tu. Kagum dgn usaha dia mengangkat muzik tempatan ke mata dunia. Terbaik!

    BalasPadam
  11. Serious memang cantiklah dia.. mula mula tengok diana danielle .. ala ala Marsha pun ada.. baguslah memang ada seni suka pula tengok orang cantik cantik ni... local songs jadi menarik kalau orang cantik nyanyikann

    BalasPadam
  12. Artis baru ya kak. Nampak menarik pula bila dia cuba tonjolkan muzik tradisi dr sarawak

    BalasPadam
  13. bagus lah ada jugak yang nak pelihara musik sarawak. rasanya mek sendiri tak kenal dengan musik orang sarawak. pihak berwajip perlu bantu untuk kembangkan lagi. tetiba nak ke sarawak 2020.

    BalasPadam