Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BATA HASILKAN KASUT ANTI BAKTERIA, TAMPILKAN WAJAH ANGKASAWAN NEGARA


Sempena persekolahan baharu akan datang, BATA yang terkenal sebagai jenama kasut mampu milik memperkenalkan dua siri kasut sekolah baharu rona hitam.

Sudah temtu ini sejajar dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya semua murid sekolah rendah dan menengah diwajibkan memakai kasut hitam  menjelang 2021 namun sehingga tempoh itu, mereka dibenarkan memakai kasut putih atau hitam bagi tahun 2020.


Sehubungan itu, pengeluaran kasut terbaharu BATA menampilkan wajah angkasawan negara, Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sebagai influencer sosial media bagi mempromosikan kasut buatan anti bakterianya.

Angkasawan negara pertama ini dipilih berdasarkan kepada pencapaiannya yang menjadi contoh terbaik kanak-kanak malah Pengarah Urusan BATA Malaysia, Encik Ajay Ramachandran menyifatkan ciri-ciri yang dilengkapi pada kasut inovasi BATA mencerminkan keperibadian Dr. Sheikh sendiri yang pentingkan kebersihan dan sentiasa inovatif dalam kerjayanya sebagai seorang pakar perubatan.

Penerapan bahan semula jadi yang mempunyai elemen anti bakteria pada buatan kasut dapat menghapuskan sekurang-kurangnya 99% bakteria sekali gus menyahkan bau busuk pada kaki dan melindunginya agar sentiasa sihat.

Berikutan pemilihannya sebagai 'influencer sosial media' Dr. Sheikh menganggap ia satu penghormatan bagi dirinya yang sentiasa percaya kepada langkah memberi kepada komuniti.

Seramai 20 kanak-kanak yang mewakili 150 rakan mereka dari gereja St. Mark menerima sepasang kasut sekolah masing-masing yang disampaikan oleh Dato Dr. Sheikh Muszaphar di kedai BATA Nu Sentral baru-baru ini.

Sempena kempen 'Back To School" BATA menawarkan dua pasang kasut anti bakterial ini pada harga RM79.

Berita lanjut sila ke ruangan 'Post' di SINI.

Artikel berkaitan KLIK SINI.



Kak Fas: Dah lama tidak ketemu dengan Dr. Shiekh sejak majlis pelancaran parfumnya 'Inspire' dan 'Desire' bersama Datin Dr. Halina kira-kira 3 tahun lalu.

Jadi dah tentulah Kak Fas kena 'selfie' dengan Angkasawan Negara pertama ini kan hihi?

#batamalaysia #backtoschool #sheikhmuszaphar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan