GV6 BERAKHIR, 'DANSA DAN SING' AMBIL ALIH. ADA KEJUTAN LAGI KE?
Selesai sudah 'Gegar Vaganza 6" yang mencipta sejarah dengan beberapa kejutan seperti pada konsert suku akhir, pihak produksi mengumumkan lanjutan kepada tiga kali lagi dan pada Ahad lalu di pentas akhir, satu lagi kejutan yang lebih menggemparkan apabila dua peserta diumumkan sekali gus sebagai Juara GV6 - Naqiu dan Hady Mirza.
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati waima kepada kedua-dua pemenang sekali pun terasa macam 'blur' apabia dua wajah mereka termampang di skrin pengumuman Juara.
"Saya fikirkan tentu gambar salah seorang akan terpadam dan bila diumumkan dua-dua juara macam 'blur' dan tak percaya," ujar Naqiu dan diangguk serentak oleh Hady Mirza ketika ditemui pada Konsert Akhir GV6 yang berlangsung di Auditorium MBSA Ahad lalu.
"Apa pun kami gembira yang kami berdua kongsi gelaran sama, itu adalah perancangan Allah," sambung Hady Mirza.
Kedua-dua peserta favaourite ini berkongsi markah sama sebanyak 87 peratus menewaskan Jatt Ali (76%); Nur Fatimah (68%); One Nation Emcees (67%) dan Sham Visa pada kedudukan keenam dengan 65%.
Keputusan tersebut berdasarkan kepada penilaian jurit tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan juri jemputan, Datuk Rizalman Ibrahim.
Ini jawapan dari Ketua Juri, Datuk Ramli MS:
"Naqiu dan Hady berkongsi markah sama selepas dicampurkan semua markah juri, jadi saya perlu berlaku adil dan tidak boleh memilih hanya seorang sebagai juara. Mereka memberikan persembahan yang setara dan nyanyian tidak sumbang. Atas faktor itu, saya berpendapat mereka layak bergelar juara.
Tidak salah ada dua orang juara. Saya tidak nampak mereka bersaing malah melihat mereka menyanyi sebagai satu keluarga, saling melengkapi dan ada keikhlasan."
Hadir sama mempersetujui keputusan juri, Ketua Strategi Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad (gambar atas, tiga dari kiri).
Kak Fas turut bersetuju dengan keputusan itu sebab memang keduanya, baik Naqiu atau Hady sama-sama bagus.
Bertolak dari situ, penganjurnya, ASTRO akan terus menghiburkan penonton pada malam Ahad dengan sebuah lagi program realiti terbaharu yang dinamakan 'Dansa Dan Sing' (DDD).
Cantik nama judul program itu kan? Bila 'Dan Sing" digabungkan bunyi seperti perkataan Inggeris 'Dancing" yang bermaksud dansa lah kan hihi...
Akan berlangsung di pentas yang sama, 'DDD' yang berkonsepkan gabungan elemen dinamik seni tari dan seni suara bakal menampilkan 10 barisan artis tanah air terdiri daripada penyanyi, pelakon mahu pun selebriti internet popular di Malaysia.
Mereka terdiri daripada Arja Lee bersama krew tariannya ‘The Pirates’; Shiha Zikir (Squad); Wani Kayrie (Delitz); Atilia & Yasmin Hani (The Lola); Harris Baba (Unique); Raja Syahiran (2Twenty2 Squad); Sophia Liana (Budak Ngam); Chubb-E (Zeppo Youngsterz Crew); Nik Qistina (DP Fam) dan plantun lagu ‘Rembau Most Wanted’ - Waris bersama kumpulannya Alamak.
Diacarakan oleh Sherry Al Hadad bersama seorang lagi pengacara yang masih dirahsiakan namanya sehingga konsert minggu pertama sebagai satu lagi kejutan huhu...
Pun begitu, dua juri tetap yang telah dipilih menyaksikan guru tari dan koreografer terkenal, Linda Jasmine yang cukup sinonim dengan penerbitan perintis program realiti di Malaysia, Linda Jasmine Hashim dan seorang lagi ikon masyhur dalam bidang rekaan fesyen negara, Datuk Rizalman Ibrahim.
PENGURUS Saluran Astro Ria, Emalina Mohd Kamal (dua dari kanan) memperkenalkan pengacara dan juri tetap pada majlis sidang media program 'Dansa Dan Sing' baru-baru ini. |
Dalam pada itu, seorang juri jemputan profesional juga turut diundang pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap bagi mengadili persembahan para peserta.
Format penjurian terbahagi kepada dua bahagian di mana nasib perserta akan diadili berdasarkan pemarkahan oleh barisan juri profesional dan undian peminat secara online.
Untuk bahagian pertama, 100% keputusan ditentukan oleh juri yang akan menilai para peserta berdasarkan pecahan markah sebanyak 70% untuk persembahan tarian dan 30% untuk persembahan nyanyian.
Manakala bagi bahagian kedua, kedudukan tiga peserta yang mendapat markah terendah adalah berdasarkan undian peminat secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/dansadansing.
Barisan juri akan membuat penilaian akhir berdasarkan kepada kedudukan tiga terendah untuk menentukan peserta yang tersingkir pada pusingan tersebut.
Jadi jangan lupa menyaksikan program terbaharu dari Astro ini yang akan bersiaran menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dan boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
#gegarvaganza2019 #dansadansing #ramlims #hettykoesendang #gv6
Tiada ulasan:
Catat Ulasan