Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'KOYAKKAN MUKA BILA NAK JUAL' - MUHAMAD RIDUWAN

Rasanya semua maklum bahawa mengikut hadis Nabi S.A.W sembilan persepuluh pintu rezeki datangnya dari berniaga.

Perniagaan adalah perkara penting dalam Islam, malah sering menjadi satu terminologi yang disebut dalam ayat-ayat al-Quran.

Bagaimana pendapatan dijana dan untuk apa keuntungan kemudiannya digunakan bergantung kepada cara masing-masing menguruskannya.

Berniaga juga membuka ruang yang luas untuk bersedekah dan membantu orang lain, seperti memberikan perlindungan kepada anak-anak yatim mahu pun membuka peluang pekerjaan kepada fakir miskin.

Mengambil contoh Rasullullah SAW, baginda bekerja keras dengan menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupannya sekeluarga tetapi demi mengukuhkan potensi agar orang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka bagi digunakan Baginda untuk tujuan perniagaan.

Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapat unsur bantu membantu di kalangan mereka yang kaya dan kurang berkemampuan.

Sikap seperti itulah yang dapat Kak Fas lihat melalui pertemuan dan bicara selama hampir sejam bersama Datuk Muhamad Riduwan Safrizal,  pengasas syarikat HSA Trading Capital Bhd yang mengasaskan produk tempatan di bawah jenama ‘Sherwanis’

Mendengar kisah pahit manisnya seawal menapak dalam dunia perniagaan terserlah juga sifat gigihnya yang tidak mengenal erti kekecewaan walau pun pernah jatuh bangun sebanyak empat kali sehingga merempat dan tinggal di dalam kereta selama sebulan di perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Akibat mengalami kerugian jutaan ringgit gara-gara dikhianati rakan niaganya, Muhamad terpaksa gulung tikar perniagaannya yang bermula di Melaka.
Di saat dilanda kesempitan wang, beliau yang ditemani isterinya,Datin Nurul Aiza, menjadikan rumah Allah sebagai motivasi untuk terus bermuhasabah diri selain ditemukan dengan seorang sahabat yang memberi galakan dan motivasi untuk berniaga semula.
“Saya kembali ke Melaka, mencagarkan kereta sedia ada untuk mendapatkan modal semula bagi memproses rempah ratus hasil daripada formulasi sendiri yang sebelum ini berjaya mendapat sambutan di pasaran Tengah dan Selatan Malaysia.
“Perniagaan kembali berjalan secara berperingkat-peringkat dan saya berjaya membangunkan empayar bisnes yang punah sebelum ini dengan mengaut keuntungan yang baik,” jelasnya.
Bebekalkan keyakinan diri dan pengalaman serta berkeyakinan terhadap kekuatan Solat Dhuha, Surah Al-Waqiah dan Ayat seribu dinar, beliau kembali bangkit.
“Ajaibnya doa dan bersedekah walaupun hanya RM1 sehari, menjadi antara kunci kejayaan saya untuk kembali bangkit daripada kesusahan lalu,” ujar Muhamad.
Panjang lebar ceritanya. Tetapi itu kisah lama. 

Terkini, setelah kembali membina empayar perniagaan, figura berbadan tegap berkopiah ini tidak pula mahu senang berseorangan.

Berpegang pada seruan Rasullullah SAW, Muhamad Riduwan melihat kejayaannya dan pendapatan yang diraih perlu dikongsi kepada mereka yang memerlukan khususnya yang minat berniaga.

Sehubungan itu, melalui pelaburan sebanyak RM2.8, beliau membeli sebuah banglo di Taman Melawati bagi dijadikan pusat tahfiz dan pusat pembelajaran agama secara percuma kepada pelajar cemerlang yang dinamakan Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin’.

Anda mungkin akan terkejut apabila melihat perkataan ‘international’ di dalam nama Akademi itu kan?
Maksudnya, Muhamad Riduwan menghantar pelajar yang berpotensi cemerlang sehingga ke universiti Azhar, Jordon atau mana-mana Universiti tempatan agar mereka dapat menimba ilmu paling tinggi.
Setiap pelajar yang ditaja akan kembali bertugas dalam HSA Trading Capital Bhd untuk kembangkan pasaran dan menguatkan lagi  strategi jualan dalam tempoh 5 tahun.
Sebagai langkah awal menempuh Wawasan 2020, HSA Trading bakal membuka pasar raya mini sulungnya di Ukay Perdana pada awal Januari yang dikenali sebagai HSA Cheaper Mart bermodalkan RM80,000.
Pasar raya itu merupakan penjenamaan semula Sherwanis Mart yang sebelum ini memiliki 10 rangkaian di selatan tanah air.
“HSA Cheaper Mart akan dibuka pada 5 Januari 2020 dan ketika ini kerja-kerja operasi berada pada peringkat akhir untuk memuatkan premis ini dengan pelbagai barangan keluaran muslim dan menaikkan papan tanda perniagaan.
“Dengan pembukaan sulung ini hasil penjenamaan daripada Sherwanis Mart, syarikat sudah bersedia mengorak langkah untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kepada masyarakat,” ujar pemegang Ijazah Sarjan dalam Perniagaan dari UNIMAP ini.
Bercerita lanjut, katanya, pasaraya itu juga bertujuan menjadi platform terbaik untuk beliau membantu  syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini yang mempunyai produk tetapi tiada lubang pemasaran.
HSA Cheaper Mart masih mengekalkan konsep sama seperti pasar raya mini yang berjenama popular di seluruh negara namun memiliki strategi tersendiri di mana harga yang ditawarkan lebih rendah  waima terdapat kira 10,000  produk dengan 60% daripadanya terdiri daripada buatan usahawan Muslim di bawah satu bumbung. 

“Kami juga akan menawarkan lebih 100 jenis produk Sherwanis yang terkenal dengan rempah kari, kicap, jus minuman di HSA Cheaper Mart” ujar Muhamad sambil memperkenalkan produk-produk tersebut yang diaturkan di atas meja ketika temuramah.
Lebih menarik Kak Fas dan rakan-rakan bloggers yang hadir dijemput menikmati hidangan makan tengah hari menggunakan produk Sherwanis seperti kari kurma dan kari ayam.
Berselera nampaknya semua orang makan apatah lagi bahan-bahan mentah yang diterapkan dalam rempah ratus berkualiti tinggi yang diimpot dari India.

Sebagai perancangan jangka panjang, Muhamad Riduwan memberitahu, HSA Cheaper Mart merancang meluaskan pasaran  secara berperingkat sehingga 200 cawangan di seluruh negara.
Bahkan, berpegang kepada konsep ‘berkongsi rezeki’, Muhamad Riduwan sanggup menghulurkan bantuan dan bimbingan kepada mana-mana usahawan kecil yang mahu mengembangkan bisnes masing-masing.
Sehubungan itu ujarnya, syarikat akan mengadakan promosi bergerak dan taklimat perniagaan di Johor, Melaka dan Selangor dalam masa terdekat untuk memberi penerangan mengenai perancangan masa depan jenama pasar raya mini HSA Cheaper Mart.
“Selain membimbing mereka meningkatkan daya saing, saya juga ajkan membantu mereka mendapatkan dana pembiayaan pengembangan perniagaan,” ujarnya.
Untuk rekod, setekat ini HSA Trading Capital Berhad sudah mempunyai 100 vendor dan 7,000 outlet bertaburan di seluruh Malaysia dan menyasarkan untuk bekerjasama dengan 50 syarikat usahawan lain agar dapat disenaraikan dalam papan bursa saham dalam tempoh dua tahun mendatang.
Masih berpegang pada jualan secara langsung kepada pengguna iaitu “Face to Face”, memandangkan cara itulah yang diguna pakai ketika mula berniaga, Muhamad Riduwan yakin formula itu tidak harus diketepikan.
“Jangan malu untuk ‘koyakkan’ muka depan orang kerana cara itulah yang paling mujarab dalam menjual produk,” pesan beliau yang pernah mencapai jualan sehingga RM15,000 sehari secara itu.
Menyeru anak-anak muda khususnya di kalangan belia untuk mencontohi cara perniagaannya, Muhamad Riduwan yakin jika mereka buangkan sifat malu ditambah dengan kerja keras dan usaha tanpa mengenal putus asa, ekonomi negara boleh dipegang oleh generasi muda.
“Ini cara kerja paling mudah, otak tak sakit dan masa pun terancang. Berniaga bukan untuk kaya tetapi untuk stabilkan hidup barulah ekonomi boleh meningkat,” ujarnya berkobar-kobar.
Kak Fas nampak kesungguhan dan jati diri Muhamad Riduwan apa tah lagi kata-kata yang dilontarkan antara ‘punch line’ yang boleh dicontohi anak-anak muda.
Ya… ‘koyakkan muka’, ‘tebalkan muka’, ‘buangkan perasaan malu’, ‘kerja kuat’, ‘jual diri’, ‘jadi tembok keras’ dan ‘usah putus asa’ antara kata-kata yang Kak Fas sendiri pun rasa naik semangat nak berniaga apatah lagi bagi mereka yang sudah separuh kaki masuk ke dalam dunia niaga.
Sementara itu, dalam bidang lain, ayah kepada 6 orang anak ini turut berkongsi harapannya untuk membantu golongan berpendapatan rendah dengan projek perumahan rumah murah dalam lingkungan harga RM100 - RM180 ribu.
“Untuk tahun hadapan saya sasar membina 20 rumah kos murah sekitar Selangor dan Muar samada atas tanah sendiri atau pun atas tanah pemiliknya yang perlukan bantuan membina rumah,” ujar Muhamad yang pernah berlakon sampingan di sebuah drama berjudul ‘Maria Terindah”.
Wow! Watak yang dipegangnya sebagai ‘gengster’, bersesuaianlah pula dengan badannya yang tinggi dan tegap seperti seorang ‘bouncer’ haha…
Apa pun Kak Fas tabik pada usahawan muda berusia 35 tahun ini yang bukan sahaja kreatif dalam corak perniagaannya malah tidak mustahil cita-citanya mahu membangunkan pasaraya besar tersendiri tercapai.
“Nak masuk produk ke pasaraya besar sekarang memang payah, banyak sangat kriterianya, jadi saya mahu cipta pasaraya sendiri,” akhirinya yakin.
Bagi mewarnai industri perfileman pula jawabnya, “insyaAllah, ada juga hasrat nak terbitkan filem.” tambah Muhamad yang turut berpegang pada formula ‘FAITH’ iaitu ‘Feeling’ (perasaan); ‘Attitude’ (atitud); ‘Intelligent’ (pintar); ‘Training” (latihan) dan ‘Helping” (Membantu).
Mungkinkah anda mahu berjaya dan mencontohi cara dan gaya Muhamad Riduwan ini?
Untuk mendapatkan info lanjut atau mahu bertemu dengan beliau boleh sahaja menghubunginya di talian 019 4008966/0139272499.
Mana tahu dengan bimbingan dan tunjuk ajarnya tahun 2020 akan benar-benar membawa wawasan anda ke gerbang kejayaan dan duduk sebaris dan setanding HSA Capital Trading.
Kak Fas: Tunggu perasmian pembukaan HSA Cheaper Mart sulong di Ukay Perdana, Khabarnya,  antara promosi utama ialah jualan ayam pada harga RM4.99.
BERSAMA teman-teman bloggers... Dari kiri Iena, Zandra dan Ella (kanan).
#sherwanis #hsatradingcapital #rasanaklagi #hsacheapermart #muhamadriduwan

10 ulasan:

  1. Pergh memang menjadi inspirasi untuk berjaya..Produk dia semua pun nampak bagus..boleh cuba ni nanti..sellau juga pergi ukay perdana tapi tak namapk nama kedai ni

    BalasPadam
  2. Suka baca cerita orang berjaya ni.kagum dengan usaha mereka.mudah-mudahan marina juga jadi usahawan berjaya

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, perkongsian dari orang yang dah berjaya membuatkan kita rasa macam nak berjaya juga. Possible dan mampu buat yang penting tak malu untuk berjaya

    BalasPadam
  4. Bagus ada usahawan Melayu Islam macam ni lagi mudah untuk kita cari produk muslim kerana sekarang kita kena utamakan BMF lepas tu kalau betul-betul tak ada baru cari yang lain kita akan sokong usahawan macam ni harap banyak lagi buka kita suka beli..

    BalasPadam
  5. perkongsian menarik yg boleh memberi inspirasi kepada orang lain. kita sebagai pembeli patut support produk muslim dan juga usahawan yg begini.

    BalasPadam
  6. Wow betul sekali koyakan mula ya!!! Super inspirational ni!!!thank you for sharing.

    BalasPadam
  7. Rata-rata business yang berjaya kini semuanya alami detik jatuh bangun. Betul tu bersedekah tu akan di balas dengan rezeki yang lebih lagi, Nak amalka jugalah bersedekah. Nabil Ahmad pun cakap benda sama kan.

    BalasPadam
  8. Dalam alam meniaga, memang ada turun naik. Kena cekal dan kuat kalau nak berbisnes nie. Semoga terus sukses ya !

    BalasPadam
  9. Tak sabar nk tunggu 5/1 ni utk opening mart halal ni. Mesti banyak produk bmf pon turut ada kan

    BalasPadam
  10. Well, he is smart doing business by providing education as many MNC started this actually and slowly by the Local company. Some kiddy worth a better school... Hope more of local bosses can do this as well

    BalasPadam