Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MENANGI BAG 'LV' DATO VIDA DI KARNIVAL VAGANZA CIK B!


Jika sebut nama usahawan popular ini sudah tentu ramai yang mengenalinya kan?

Ya siapa tak kenal dengan Dato Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman atau lebih popular disapa Dato Vida sahaja.

Dah lama sebenarnya kita tidak mendengar cerita terbaharu dari beliau kan... malah apabila setiap kali mengikuti rancangan realiti 'Gegar Vaganza' teringat pula Dato Vida walau pun ada juga yang mungkin rasa lega  apabila wajah beliau tiada di situ.

Biasalah tidak semua orang suka kita kan. Setiap seorang yang popular itu mesti ada peminat dan 'haters'. 

Pun begitu, sebagai seorang usahawan yang telah melalui pelbagai asam garam hidup, segala pahit manis tetap ditelan dengan senyuman. Kita hanya mampu melihat pada zahirnya kerana 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'.

Tetapi buat peminat setianya, jangan risau kerana Dato Vida khabarnya akan bangkit semula pada tahun Wawasan 2020 yang akan muncul tidak lama lagi.

Dan sebagai permulaan ke arah itu, Ketua Pengarah Urusan Vida Beauty Sdn Bhd ini akan menganjurkan sebuah karnival berkonsep 'infotainment' yang telah pun diberi nama 'Karnival Cik B Vaganza Food Fest 2019.'

Menariknya karnival tersebut yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Disember depan, bertempat di perkarangan tempat letak kereta (W4) Stadium Shah Alam, menperkenalkan anak daranya, Cik B sebagai penganjur.

Ya, di bawah penganjuran anak syarikatnya, Cik B Boba Lova Niaga, Dato Vida mempertanggungjawabkan Cik B sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnyanya memandangkan cetusan idea karnival datangnya dari Cik B.

"Cik B adalah CEO termuda di Malaysia dan saya akan membantu dan melatihnya dalam menguruskan karnival ini, " ujar Dato Vida pada majlis pelancaran ‘Cik B Vaganza Food Fest 2019’ yang berlangsung di Hotel Ancasa Kuala Lumpur semalam (12 Disember)..

Karnival yang menerima penajaan utama daripada Uda Holdings Berhad ini akan disempurnakan oleh Dato’ Vida pada hari Jumaat, 20 Disember 2019 pukul 3 petang.

Mensasarkan 30,000 pengunjung dengan jualan mampu mencapai RM10 juta, fiesta makanan dan hiburan itu bertujuan menjadi platform terbaik untuk  memperkenalkan, mempromosi dan memartabatkan produk-produk keluaran usahawan kecil di seluruh Malaysia.

Beliau menolak sebarang anggapan yang menganggap dirinya mengkeksploitasi anaknhya Cik B dalam urusan bisnesnya.

"Karnival ini adalah cetusan idea Cik B tak gitu?" sambil menoleh kepada Cik B yang mengangguk tanda setuju.

Walau pun tidak banyak yang dibicarakan, keyakinan Cik B berhadapan wartawan dengan jawapannya yang jujur, Kak Fas lihat sebagai satu keberanian daripada anak berusia 14 tahun ini.

Untuk itu, Dato Vida menyediakan 20 ruang niaga kepada peniaga kecil dengan tawaran RM800 bagi 'booth' bersaiz 10 x 10.

Ditanya kenapa menerapkan nama 'Vaganza' pada judul Karnival sama seperti rancangan 'Gegar Vaganza'? Ini jawapannya:

"Ya 'Gegar Vaganza' memang dekat di hati saya, dan saya rasa tidak salah memilih 'vaganza' yang membawa maksud beri peluang. Saya mahu memberi peluang kepada para peniaga untuk bersama memperoleh pendapatan."

Khabarnya, kemungkinan beliau akan kembali menaja 'Gegar Vaganza' pada masa akan datang jika berpeluang kerana rancangan yang telah ditaja empat musim itu tetap dekat dihatinya.
ANTARA Barisan artis yang hadir memberikan sokongan pada majlis pelancaran.
Pada keseluruhannya, sebanyak 200 usahawan termasuk para artis akan menyertai karnival yang melibatkan produk atau 'end product berkaitan  kesihatan, kosmetik dan kecantikan, aksesori selain makanan serta minuman. 

Ia juga dianjurkan untuk mengumpulkan pelbagai jenis bentuk makanan dan minuman yang sedap, terkenal dan viral pada skala yang lebih besar dan dalam masa yang sama menaiktaraf industri makanan kepada satu peringkat yang lebih tinggi dengan pengikutnya yang tersendiri.

"Sebanyak 60 gerai jualan akan disediakan untuk barisan artis, personaliti atau pun instafamous  yang mahu berniaga di sini," ujar Dato Vida.

Harga bagi ruang gerai biasa bermula dari RM1,500 hingga RM2,500 bagi ruang premium atau 'hot spot'.


Bercerita lanjut, Dato Vida memberitahu, istimewanya ‘Cik B Vaganza Food Fest 2019’ adalah satu karnival yang mengumpulkan usahawan kecil dan besar bersama selebriti dalam satu fiesta yang terbesar di Malaysia.

Selain itu, ia juga diadakan untuk menggalakkan aktiviti riadah sambil berhibur bersama keluarga sempena cuti sekolah memandangkan pelbagai aktiviti menarik turut disediakan kepada pengunjung antaranya rumah hantu, kemunculan dinosaur, pesta lampu, pertandingan memasak, pertadingan mewarna, hiburan oleh artis-artis tempatan setiap malam dan banyak lagi.

Turut diadakan sesi ‘Meet & Greet’ bersama-sama artis tempatan yang juga Usahawan Selebriti yang bersama-sama memeriahkan gerai jualan di karnival ini. 

Dan paling menarik karnival ini turut menyerdiakan cabutan bertuah  pada hari terakhir yang menawarkan  pelbagai hadiah hebat antaranya bagi berjenama milik Dato Vida sendiri ekoran permintaan Cik B yang mahukan ibunya memberi hadiah khas.
FOTO kredit: NSTP/NURUL SHAFINA JEMENON
Jadi kepada sesiapa yang rasa mahu memiliki bag tangan berjenama 'LV' milik Dato Vida sebaiknya berkunjung dan membeli-belah di ‘Cik B Vaganza Food Fest 2019’ ini.

"Yang penting saya mahu memberikan khalayak satu hari yang menghiburkan sambil  membeli-belah keperluan peribadi dan keluarga. Jom kita 'have fun'," akhiri Dato Vida yang khabarnya juga sudah mempersiapkan diri dengan sebuah lagu baharu tahun depan.


 Mesti meletop kan!
 -----------------------------------------------


















------------------------------------------------
Kak Fas: Percaya dengan komitmen, bantuan dan tunjuk ajar ibu tercinta, Cik B akan membesar sebagai seorang usahawan termuda yang berkaliber satu hari nanti. Sesuailah dengan kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' jadi tindakan Dato Vida sesuatu yang tepat untuk masa depan Cik B.


#CikBVaganzaFoodFest2019  #vidabeauty #gegarvaganza #karnival


Tiada ulasan:

Catat Ulasan