Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PASAR GLAM ARTIS SERIKAN FESTIVAL LIFT PUTRAJAYA


Hanya berlangsung selama dua hari bermula semalam hinggga hari ini 29 Disember 2019, Festival LIFT Putrajaya 2019 boleh disimpulkan sebagai sebuah acara terbesar yang berlangsung di Putrajaya bagi mengakhiri kalendar tahun 2019 ini.

Barangkali anda tertanya-tanya apa itu Festival LIFT?

LIFT adalah singkatan bagi 'Literacy in Fincancial Technology' atau Literasi Dalam Teknologi Kewangan'  anjuran Kementerian Kewangan Malaysia yang merupakan festival bermatlamatkan pemerkasaan celik kewangan sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk membina masyarakat digital. 

Buat julung kalinya diadakan, Festival LIFT ini mempamerkan literasi teknologi kewangan pada masa kini dan hadapan di mana ia  merupakan kerjasama bersama Bank Negara Malaysia dan industri kewangan di Malaysia. Ia diadakan selaras dengan komitmen Kerajaan ke arah transformasi digital.

Dipersembahkan dalam konsep interaktif dan 'fun' dengan persembahan seni dan teknologi, festival berlangsung di tiga lokasi strategik iaitu di Menara Perkeso@Putrajaya, Bangunan Suasana PjH dan Kompleks Kementerian di Putrajaya, menerusi ‘The Showcase, The Market and The Fringe’.  

‘The Market’ ditempatkan di dalam dan di luar bangunan Suasana A PjH merupakan tempat membeli belah khas untuk para pengunjung.


Bercirikan Pasar Glam, ruangan ini menampilkan jenama kreatif terkemuka Malaysia tentang gaya hidup, fesyen dan kecantikan di tingkat 1 dan tingkat 2. 

Di sini, jika anda bertuah dapat bertemu dengan artis-artis yang membuat jualan antaranya Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin, Khai Bahar  mahu pun makeup artis terkenal seperti Najeeb dan pelakon Arja Lee yang turut membawa cookies untuk jualan di bahagian luar bangunan.

"Khas untuk pasar ini, kami jual dua handbag pada harga cukup murah," ujar Che Ta ketika ditemui.

Menurut beliau, selain menyokong festival ini, kehadirannya bagi mempromosikan produk kesihatan dan kecantikan miliknya yang kebanyakannya dijual secara dalam talian.

"Jadi bila ada acara macam ini saya sentiasa menyokong dan bolehlah kita memperkenalkan produk secara 'offline' pula," tambah Che Ta yang turut membawa anak bongsu kesayangannya Aishah.


Di sebelah booth Che Ta, Kak Fas terserempak dengan makeup arits yang terkenal sebagai jurusolek selebriti popular tempatan, Najeeb Azami.

Nama pun jurusolek kan, jadi sudah tentu Najeeb mempamerkan produk kosmetiknya. 

"Di sini saya memberikan diskaun menarik kepada pembeli malah sesiapa yang mahukan tutorial make up pun boleh berjumpa saya," ujar Najeeb ketika ditemui. 

Lama sebenarnya Kak Fas tidak bertemu Najeeb yang sering menjadi jurumekap pilihan Kak Fas untuk menyolek selebriti antaranya seperti Dato Seri Siti Nurhaliza, Erra Fazira dan ramai lagi sebagai wajah kulit majalah WANITA dahulu.

Pelakon Arja Lee, tidak ketinggalan membawa Kak Fas ke gerai jualannya 'Arja Cookies' yang bertempat di  ruang luar Medan Makan yang dikelilingi 'food truck' yang menyediakan pelbagai jenis makanan.

Jualan cookies seperti yang dielenggarakan Arja Lee ketika ini, iaitu beberapa bulan lagi  nak Raya memang bertepatan sebab bolehlah pengunjung mencuba cookies Arja yang disediakan antaranya biskut jem tart, cokelat cookies atau pun cornflakes.

Kak Fas memang suka dengan rasa lemak dan keenakan dua jenis jam tart Arja Lee. Memang sedap malah dah terfikir nak buat tempahan menjelang Raya nanti hihi.

Selepas itu, kami turut dibawa ke acara menggubah bunga oleh Flueri Flowers di mana ini pertama kali Kak Fas belajar menggubah bunga haha..

Barulah tahu bagaiamana cara pantas membuang daun dari sebatang bunga mawar berduri. Wah gitu!

Cukup 'happening' kelas kelolaan pemiiknya, Putri yang ramah dan sabar melayan kerenah semua malah kami dengan bangganya membawa pulang gubahan bunga masing-masing. Macam-macam bentuk ada haha...

Kembali meninjau persekitaran Festival LIFT, turut berlangsung di luar bangunan  terdapatnya Pasar Seni, Pasar Botani dan Pasar Tradisi.

Manakala pada sektor 'The Fringe' disediakan ruang hiburan yang menampilkan persembahan kesenian teknologi tinggi, aksi-aksi jalanan dan persembahan kumpulan tempatan sepanjang malam.

Jika korang peminat Ratu Rock Ella, Noh Hujan, Aizat Amdan atau pun kumpulan Toko Kilat dan lain-lain  eloklah hadirkan diri pada persembahan 'Indie Vaganza" malam ini kerana kedua artis ini akan membuat persembahan.
\
Selain berhibur, pengunjung juga disarankan untuk melawat ke Pavilion Kewangan Digital (pameran utama) yang  dikelolakan oleh  Bank Negara Malaysia di bangunan Menara Perkeso@Putrajaya. 

Ruangan ini turut menyediakan seminar, bengkel, ceramah dan pameran menarik daripada institusi kewangan dan syarikat fintech.

Pelbagai perkhidmatan dan nasihat kewangan akan ditawarkan termasuk kaunseling kewangan, penyelesaian pertikaian, aktiviti untuk kanak-kanak, pembiayaan kewangan untuk PKS dan perumahan, semakkan CCRIS serta informasi mengenai penipuan kewangan yang semakin berleluasa pada masa kini. 

Mereka juga berpeluang melawati ‘Future Pods’, yang merupakan pameran awam mengenai aspek kehidupan masa hadapan bahkan boleh bermesra dengan robot 'Cruzr' yang bijak menjawab apa sahaja pertanyaan anda bahkan boleh diajak menari sekali pun.


"Ini antara tarikan untuk  memikat hati kanak-kanak agar minda mereka terbuka kepada dunia digital," jelas Encik Joe Sidek dari Joe Sidek Productions Sdn Bhd selaku rakan kolaborasi pihak penganjur.

Menurut Encik Joe Sidek, sekiranya sambutan menggalakkan pihaknya merancang untuk membuat festival sama yang lebih besar tahun hadapan bertepatan dengan kehendak negara di mana pemacuan pertumbuhan ekonomi dalam ekonomi baharu dan era digital adalah antara teras dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh  Menteri Kewangan pada 11 Oktober 2019. 

Selain itu, Festival LITE Putrajaya ini turut menyediakan sesi tertutup bersama wakil industri yang membicarakan tren digital terkini dan pelbagai perkongsian inovatif melalui segmen ‘The Conference’.

Pendekata, festival ini diharap memberikan inspirasi, serta maklumat relevan dan praktikal terhadap pemerkasaan kewangan dalam dunia teknologi dan digital yang dinamik pada masa kini.

Memetik ucapan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng:

“Festival ini bukan sekadar meningkatkan celik kewangan tetapi juga bertujuan untuk memperkasakan orang ramai dengan menyediakan maklumat terkini kewangan dan pembangunan teknologi baharu dalam ekonomi digital. Kami ingin memastikan kebersediaan anak muda kini dan masa hadapan dengan menjamin peluang ekonomi dan pekerjaan untuk masa depan”.

Untuk maklumat lanjut, layari www.putrajayalift.com




#festivalliteputrajaya201rajaya #indievaganza #pasarglam #putrajaya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan