SAKSIKAN BERUANG COMEL HIASI KRISMAS @ THE CURVE
Tinggal lebih kurang 20 hari lagi, penganut beragama Kristian bakal merayakan perayaan mereka -Hari Krismas!.
Menariknya setiap bulan Disember, rata-rata kompleks membeli-belah serata negeri memperlihatkan dekorasi Xmas masing-masing.
Sehubungan itu, di Kuala Lumpur, pusat membeli-belah the Curve tidak terkecuali memaparkan dekorasi Krismasnya yang pasti menambat hati semua khususnya kanak -kanak.
Ketika hadir ke majlis berkongsi kemeriahan dan keseronokan hari Krismas di the Curve baru-baru ini Kak Fas terpesona dengan hiasan yang diperlihatkan pada kawasan Centre Courtnya.
Wow! Banyaknya teddy bear... comel sangat-sangat. Kak Fas memang suka teddy bear sejak kanak-kanak lagi hinggalah dah ada cucu pun masih suka merenung wajah teddy bear yang 'cute'.
Bertemakan A Beary Merry Christmas, kempen sambutan Krismas itu diadakan sehingga 25 Disember 2019.
Jadi jika korang nak bergambar dan tengok persikatan yang cukup menawan ini perlulah ke the Curve ya.
Para pengunjung boleh turut mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan mahupun menyaksikan persembahan istimewa yang bakal berlangsung sebanyak dua kali sehari pada jam 2 dan 5 petang pada setiap hujung minggu dan cuti umum.
Seperti lazimnya, Krismas adalah masa untuk memberi. Untuk itu, seramai 27 orang kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Waja Home diraikan dengan pemberian hadiah oleh pihak pengurusan the Curve.
Suasana dipenuhi dengan penuh keriangan dan keceriaan dengan patung beruang dengan pelbagai saiz di sekitar kawasan tersebut.
Pokok Krismas juga telah dihiasi dengan dekorasi dan diletakkan di sekitar kawasan Centre Court bagi memeriahkan lagi suasana majlis yang penuh keajaiban dan keterujaan.
Sambutan dimulakan dengan kemeriahan persembahan Merry Beary Christmas Musical. Sebuah persembahan muzikal yang telah direka khas mengisahkan tentang sebuah patung beruang sebesar beruang sebenar menari bersama penari-penari lain.
Kanak-kanak yang hadir kelihatan amat teruja dengan persembahan tersebut dan turut bersama-sama menyanyi serta menari mengikut lagu Krismas.
“Kami berbesar hati kerana telah diberi peluang untuk menggembirakan kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Waja Home dengan sambutan yang cukup istimewa. Ini merupakan masa yang cukup bermakna untuk kami memberi serta berkongsi kegembiraan bersama mereka dan kami ingin memastikan mereka mendapat sebuah sambutan Krismas yang cukup istimewa. Kami juga berharap agar mereka telah menikmati sambutan A Beary Merry Christmas bersama kami,” ujar Encik Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar Kanan the Curve dalam ucapan aluannya.
Sambutan perayaan kemudiannya diakhiri dengan sumbangan hadiah Krismas dari the Curve dan sesi makan tengahari yang lazat di Roast & Grill.
Dan untuk para pengunjung pula, sesiapa yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam maksimum dua resit berpeluang menebus A Beary Merry Gift, iaitu satu set kit tidur dari the Curve.
Semua penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat dan sementara stok masih ada.
Inginkan maklumat lanjut mengenai kempen Krismas the Curve? Sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di 03-7710 6868 atau layari laman Facebok the Curve di www.facebook.com/theCurveShoppingMall.
#thecurve #amerrybearychristmas #pertubuhankebajikanwaja #krismas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan