Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

130 SINGA, 4 NAGA 'SERANG' PAVILION KL AWAL PAGI 1 JAN.


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh!

Hari ini hari kedua, seluruh umat di dunia melangkah ke tahun 2020.

Pada 01-01-2020 semalam Kak Fas sempat ke event pertama yang menyaksikan perayaan Tahun Melawat Malaysia 2020 didahului oleh pusat membeli-belah terkemuka, Pavilion Kuala Lumpur  dengan pelancaran 'World Dragon & Lion Dance Extravaganza -Malaysia Edition 2020'.

Sebaik tiba kira-kira jam 10 pagi, pintu hadapan Pavilion KL penuh sesak. Bukan sahaja sesak dengan orang ramai tetapi dipenuhi dek 4 ekor 'naga' bersama 130 singa serta lebih daripada 1,200 ahli daripada pelbagai kumpulan naga dan tarian singa dari seluruh Malaysia dalam suasana penuh berwarna-warni.

Mereka menanti dengan penuh kesabaran selama lebih kurang sejam bagi pelancaran majlis. Agak mengagumkan....apatah lagi melihat kesabaran dua orang kanak-kanak yang terpacak tinggi di atas sebatang tiang tetap tidak berganjak walau pun matahari terik 'menikam' tubuh mereka. 

Tepat jam 11 pagi, majlis pelancaran bermula dengan persembahan paluan gendang Cina sebelum Menteri Wilayah Persekutan, Hj Khalid Abdul Samad diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Runcit Pavilion KL, Dato Joyce Yap serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato Nor Hishamn Ahmad Dahlan melakukan upacara 'eye dotting' tradisional ke atas 10 singa.

Acara tersebut sebagai simbolik menghidupkan dan memberikan singa tersebut tenaga dan semangat.

Selepas itu, para jemputan melemparkan syiling emas hajat ke dalam Pavilion Crystal Fountain yang ikonik bagi melambangkan tuah, kemakmuran dan nasib baik.

Untuk rekod, sejak  Pavilion KL dibuka kepada orang ramai pada tahun 2007, iaa sentiasa aktif mempromosikan pelancongan membeli-belah dan meningkatkan status Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan. 

Malah pusat membeli-belah itu berada di barisan hadapan inovasi dan kecemerlangan runcit, memenangi lebih daripada 47 anugerah antarabangsa dan tempatan.

“Sebagai persediaan tahun baru yang menggembirakan ini untuk Malaysia, kami telah memeterai beberapa usahasama yang strategik untuk memberikan nilai tambah kepada pengunjung.Hari ini kami mengekalkan tradisi warisan untuk menyambut tahun baru dan meraikan Tahun Melawat Malaysia 2020,” ujar Joyce Yap dalam ucapan aluannya.

Lanjutan daripada kemeriahan tersebut, pengunjung disajikan dengan Kejohanan Tarian Singa Kanak-kanak yang menampilkan kanak-kanak berusia dari 2 hingga 12 tahun daripada 10 kumpulan tarian yang berbeza mewakili sekolah rendah masing-masing.

Malah pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan penutup khas oleh pemenang Kejohanan Tarian Singa Dunia Genting 2019, Khuan Loke Dragon dan  Lion Dance Troupe.

Walua pun, acara ini  pernah diadakan selama tiga tahun berturut-turut di Pavilion KL,  namun adalah kali pertama World Dragon & Lion Dance membawakan Pameran Kebudayaan di Dining Loft, Aras 7.

Mempamerkan asal-usul dan sejarah warisan budaya yang menakjubkan, pameran di buka kepada orang ramai sehingga 9 Februari depan.

Sempena majlis juga, sebagai mengekalkan tradisi warisan Tarian Singa, Pavilion KL turut menyumbangkan sepuluh kostum singa ke sepuluh sekolah di Malaysia meliputi SJKC Kepong 3; Kumpulan Tarian Singa SKC Jalan Davidson; SJKC TSU Jin; Kumpulan Tarian Singa SJKC San Yuk Rawang, Selangor; SJKC Kampung Baru Ampang; SJKC Choong Min Teluk Intan; SJKC Serdang Baru; SJKC Subang dan Persatuan Tarian Naga dan Singa SJKC Yu Hua Kajang.

Selain itu, sebagai menyokong TMM 2020, Pavilion KL memberikan ganjaran kepada pengunjung dari luar negara dengan kerjasama Union Pay dan Royal Selangor dalam mereka cipta sebuah hadiah unik berupa ‘boarding pass’ atau pas pelepasan dalam 3 warna yang direka dengan panel pewter pada penutup, menampilkan ‘Pavilion Crystal Fountain” yang ikonik.

Untuk mendapatkannya, hanya pemegang kad Union Pay dengan perbelanjaan minimum sebanyak RMR300 dalam satu resit boleh menebusnya sebagai hadiah sepanjang tahun.

Majlis berakhir dengan perarakan ‘Pavilion Parade’ di mana 130 singa berarak di sekitar premis dalaman Pavilion KL untuk merahmati dan membawa tuah serta nasib yang baik untuk Tahun Baru bagi pemilik kedai dan pengunjung.

Untuk maklumat lanjut layari laman web Pavilion KL di www.pavilion-kl.com, akaun Instagram di https://www.instagram.com/pavilionkualalumpur/ atau hubungi Concierge Pavilion KL di talian 03-2118 8833.


#pavilionkl #tmm2020 #tahun melawatmalaysia2020 #worlddragon&liondanceextravaganza

15 ulasan:

  1. Macam baru ja Xmas... Dah nak masuk CNY kan... Suka CNY sebab boleh makan limau... Tapi kena pilih gak sebab ada certain tu mcm Guna bahan pengawet yang kuat

    BalasPadam
  2. Selamat tahun baru 2020. Sungguh cepat masa berlalu. Best juga suasana tahun baru di KL. Teringain nak ke sana juga nnt tahun depant

    BalasPadam
  3. Meriah betul tengok tu. Penuh dengan singa tu saja. Tapi event macam ni memang menarik. Tambah lagi ada sumbangan kepada sekolah sekolah. Thumbs up

    BalasPadam
  4. Wowwww meriah... selalu jumpa singa sekor dua.. nie banyak2 ekor la juga.. seronok sebenarnya duduk dekat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan budaya....

    BalasPadam
  5. Wow!!!!!!! Musim raya cina Dah bermula. Masa utk kumpul angpau. Hehehe. I love watching Lion Dance. Btw, nice new look for 2020.

    BalasPadam
  6. Wah menariknya memang suka sangat luangkan masa tengok tarian singa ni kalau ada dekat mall. Dalam masa yang sama aktivit macam ni menarik minat pelancong untuk mengenali budaya kita

    BalasPadam
  7. Banyaknya singa dan naga hehehe sedangkan lambat lagi tahun baru cina wakakaka sibuk nak celebrate sekarang hehehehe. Tapi best meriah kat Pavilion tu kita pun tengok semua mall sibuk buat perhiasan untuk CNY dah...

    BalasPadam
  8. Meriahnya event perayaan Tahun Melawat Malaysia 2020. Banyak singa dan naga. Saya suka tengok tarian singa dan naga ni.

    BalasPadam
  9. Wah. Awal betul preparation sambutan cny ni. Meriah habis bunyi naga dekat mana2 tempat sekarang

    BalasPadam
  10. Meriahnya..awal dorang celebrate CNY. Semoga event macam ni menjadi tarikan untuk pelancong berkunjung ke Malaysia.

    BalasPadam
  11. meriahnya sambutan! Memang kali ni sambutan CNY sangat meriah. walaupun masih awal. :)

    BalasPadam
  12. meriah betul sampai 130 singa dan 4 naga beraksi. apa pun memang meriahla, saya suka gi pavilion

    BalasPadam
  13. Wahh meriahnyaa! Julia dari kecik sampai sekarang mmg excited betul nak tgk lion and dragon dance.

    BalasPadam
  14. Oh my! So meriah! Would have loved to be there and watch the performance up front. Sayang that I didn't know about it till today. Oh well, guess have to really keep a look out for the Chinese New Year celebration then. Hope 2020 will be the year for all us to thrive...

    BalasPadam
  15. Meriahnya. I suka tengok lion dance walaupun takut sikit hahaha. Lat time office buat lion dance memang meriah jugak

    BalasPadam