3,000 PENGUNJUNG LEXIS HIBISCUS RAI PESTA 2020
Apabila berakhirnya kalendar bulan Disember, sudah tentu banyak pesta yang dianjurkan bagi menyambut kedatangan tahun baharu.
Di sana sini kita mendengar pelbagai majlis dianjurkan dan antara resort yang menghadap laut yang tidak ketinggalan meraikan tahun baru penuh meriah ialah Lexis Hibiscus Port Dickson.
Baru-baru ini lebih daripada 3,000 orang pelawat berpesta dengan meriahnya di resort ternama berkenaan yang terletak di Negeri Sembilan Darul Khusus, untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2019 dan meraikan ketibaan tahun 2020 dengan pelbagai hiburan menarik, pertunjukan piroteknik dan juadah-juadah yang enak.
"Kami amat teruja kerana ramai pelawat yang turut menyertai kami untuk meraikan Tahun Baru kali ini. Di Lexis Hibiscus Port Dickson, kami ada pelbagai aktiviti menarik untuk semua. Dari makan malam yang lazat kepada Konsert Tahun Baru yang menakjubkan, aktiviti-aktiviti yang kami sediakan sesuai untuk semua peringkat umur. Kami akan menganjurkan lebih banyak sambutan perayaan yang menarik dengan komuniti tempatan Negeri Sembilan untuk tahun-tahun yang akan datang", kata Mandy Chew Siok Cheng, Presiden Lexis Hotel Group kepada media.
"Kami amat teruja kerana ramai pelawat yang turut menyertai kami untuk meraikan Tahun Baru kali ini. Di Lexis Hibiscus Port Dickson, kami ada pelbagai aktiviti menarik untuk semua. Dari makan malam yang lazat kepada Konsert Tahun Baru yang menakjubkan, aktiviti-aktiviti yang kami sediakan sesuai untuk semua peringkat umur. Kami akan menganjurkan lebih banyak sambutan perayaan yang menarik dengan komuniti tempatan Negeri Sembilan untuk tahun-tahun yang akan datang", kata Mandy Chew Siok Cheng, Presiden Lexis Hotel Group kepada media.
Pesta dimulakan dengan jamuan hidangan di Roselle Coffee House dimana tetamu-tetamu hotel berpeluang menikmati hidangan lazat makanan tempatan dan antarabangsa yang disediakkan oleh chef-chef hotel.
Mereka juga turut diberikan pilihan untuk menikmati sajian Jepun yang tidak kurang enaknya di Umi Japanese Restaurant. Suasana di kedua-dua restoran ini meriah dengan persembahan muzik sepanjang malam.
Menjelang waktu petang, tetamu-tetamu hotel mula menyertai pengunjung-pengunjung luar di kawasan pentas utama Konsert Tahun Baru yang terletak di pantai.
Sejurus selepas matahari terbenam, mereka disambut dengan “pertunjukan api” yang dipersembahkan khas oleh Kelab Sukan dan Rekreasi hotel.
Pentas utama konsert dikerumuni peminat-peminat muzik apabila kumpulan muzik hotel, 'Reflection' dan 'Elite Trio' mula mempersembahkan lagu-lagu klasik, melodi pop dan lagu-lagu yang amat sesuai untuk musim percutian sebegini.
Mereka juga menggalakkan penonton-penonton untuk turut menyanyi bersama. Pendekata, persembahan mereka disambut dengan sorakan meriah dari khalayak yang hadir.
Di samping itu, pengunjung turut dihiburkan oleh DJ-DJ yang diundang khas untuk memanaskan lagi sambutan tersebut dengan alunan-alunan muzik rancak.Semua yang hadir kelihatan seronok mengayunkan “glowstick” sambil menikmati rentak lagu yang padat dan bertenaga.
Sebaik sahaja jam mencecah pukul 12 tengah malam, langit yang gelap dicerahi dek pertunjukan bunga api panoramik hebat berlatarkan irama yang menyemarakan lagi semangat penonton-penonton yang khusyuk menikmati keindahan pertunjukan bunga api tersebut.
Teriakan meriah dan ucapan "Selamat Tahun Baru" membawa pesta sambutan tahun baru tersebut terus mewarnai malam tahun baru yang penuh gilang gemilang.
Barangkali jika anda mahu menikmati suasana seperti itu, bolehlah menempah untuk bermalam dan berhibur di Lexis Hibiscus Port Dickson akhir tahun 2020 nanti ya.
Mana tahu tempah awal dapat murah macam Air Asia kan haha...
#Lexishibiscusportdickson #tahunbaru2020 #lexishibiscus #negerisembilan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan