Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIK QISTINA & DP FAM GAGAL 'JAMPI' JURI, PENONTON

NIK Qistina dan troopersnya, DP Fam tersingkir  pada minggu ketiga 'Dansa Dan Sing".

Konsert Dansa Dan Sing minggu ketiga bertemakan ‘Vice Versa Irama’ Ahad lalu menyaksikan kehebatan Raja Syahiran & Twenty2 Squad yang berjaya menterjemahkan tema tersebut menerusi persembahan padu untuk lagu ‘Mantera Beradu’ nyanyian asal oleh penyanyi tersohor Dato’ M.Nasir dan Malique. 

Cabaran minggu lalu memerlukan para peserta untuk menukar susun atur irama melodi lagu asal yang diberikan mengikut kreativiti masing-masing.

Pertaruhan Raja Syahiran dan ahli troopers beliau ternyata menjadi apabila muncul sebagai juara mingguan dengan markah tertinggi daripada barisan juri yang terdiri daripada Datuk Rizalman, Linda Jasmine dan Dato’ AC Mizal sebanyak 93.50%.

Manakala perjuangan Nik Qistina & DP Fam pula terkandas di minggu ketiga apabila diumumkan sebagai peserta kedua yang terpaksa meninggalkan pentas Dansa Dan Sing setelah menerima markah terendah daripada pihak juri iaitu sebanyak 51.67%.

Meskipun cuba menyuntik kelainan dengan membawakan lenggok Bollywood menerusi lagu  ‘Jampi’ yang pernah dipopularkan oleh Hael Husaini, namun ternyata ia masih belum mampu menambat hati juri sekaligus memancing undian yang tinggi daripada peminat.

Selain Nik Qistina, Arja & The Pirates serta Atilia, Yasmin Hani & The Lola masih tidak menunjukkan perkembangan dari minggu ke minggu kerana masih berada di kedudukan bahaya tiga terendah pada minggu lalu.

Namun, nasib masih menyebelahi Atilia, Yasmin Hani dan Arja  terselamat untuk terus mara ke pusingan seterusnya.

'Dansa Dan Sing' dihoskan oleh Juara bersama Gegar Vaganza 6, Hardy Mirza bersama pengacara yang tidak asing lagi, Sherry Al-Hadad!

MASIH Berjuang.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan