Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIKMATI RASA ENAK MASAKAN TRADISI PADA RM1... BILA?

DARI Kiri: Rudy Irwan, Norashikin dan Khairul Husni di sidang media majlis pelancaran 'Satu Ringgit, Satu Rasa' di MaTIC semalam.
Dalam keadaan ekonomi rumah tangga belum kukuh dan berhadapan pula dengan kadar harga barang keperluan yang tidak menentu, pasti anda harus berjaga-jaga dengan perbelanjaan harian ya tak?
Selalunya kita akan ‘mengukur baju di badan’ apabila berbelanja dan jangan sekali kali amalkan lagak ‘biar papa asalkan bergaya’.
Sehubungan itu, apabila adanya jualan murah khususnya bab makanan apatah lagi jika ditawarkan dengan harga ‘Satu RInggit’ pasti ramai yang berebut ya tak?

Tetapi biar betul… takkan seringgit je. Dengan bahan mentah yang meningkat harga kala ini siapa yang nak jual makanan dengan RM1, tentu tak pulang modal bahkan rugi pulak nanti kan?
Jika persoalan inilah yang meragukan anda, jangan ragu kerana selama empat hari mulai 27 Februari hingga 1 Mac 2020 bertempat di pekarangan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), anda berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan dengan harga cuma RM1 sahaja.
Ya... melalui program 'Satu Ringgit, Satu Rasa', pengunjung dan pelancong bepeluang menikmati pelbagai makanan tradisi Malaysia antaranya seperti  Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Satay, Roti Canai, Nasi Lemak, Laksa, serta menikmati kesegaran minuman buah-buahan Malaysia seperti Mangga, Jambu Batu, Tembikai dan Nanas mahu pun Teh Tarik kegemaran ramai.
Anjuran G313B Venture Sdn Bhd dengan kerjasama MaTIC, karnival ini bakal mengetengahkan lebih kurang 100 menu makanan dan kuih tradisi Malaysia.
"Walau pun dengan harga sedemikian, jangan risau sebab rasanya tetap lazat tiada kurangnya seperti kebiasaan cuma kuantitinya lebih kecil daripada biasa kerana tujuan kami agar pengunjung boleh merasai makanan yang disediakan. Jika sedap sudah tentu mereka akan mengulangi pembelian daripada vendor terbabit," ujar Nik Norashikin Nik Abdul Majid selaku Pengarah Acara pada media di majlis pelancaran 'Satu Ringgit Satu Rasa' yang berlangsung di MaTIC baru-baru ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pelancongan, Encik Mohd Zamri Mat Zain serta didampingi Pengarah MaTIC, Encik Rudy Irwan Shukaime dan Ketua Pegawai Eksekutif G313 Venture, Encik Khairul Husni Othman.
Menurut Nik Norashikin, 'Satu Ringgit Satu Rasa' adalah satu inisiatif bagi mempromosi serta mempopularkan makanan tradisi rakyat Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 ini bahkan ia memberi peluang kepada golongan rendah mahu pun gelandangan yang ingin merasai makanan sedap memperolehnya dalam harga rendah.
"Selain itu pelancong luar negara pun boleh merasai makanan tradisi Malaysia jika mereka ingin makan dalam kuantiti kecil terlebih dahulu," tambah Norashikin.
Selain menyedaikan lebih kurang 32 booth jualan makanan, pihak penganjur juga akan mengadakan pelbagai aktiviti sampingan antaranya seperti pertandingan 'Teh Tarik', mengubah buah-buahan, mengupas nenas serta beberapa demontrasi masakan tradisi. 
"Pengunjung juga akan dihidangkan dengan satu persembahan muzik tradisional bagi mengisi ruang persembahan sambal menikmati makanan," ujar Norashikin.

Sementara itu, TKSU dalam ucapan perasmiannya mewakili Datuk KSU, berharap makanan yang didual pada harga RM1 itu tidak mengetepikan rasa kelazatannya.
"Biarpun kuantitinya kecil namun bahan-bahan yang digunakan biarlah sama seperti kebiasaan dan tidak pula dikurangkan hanya kerana dijual murah," ujar Encik Zamri  yang yakin acara ini dapat menarik perhatian pelancong sejajar dengan harapan Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 jiuta kemasukan pelancong sepanjang kempen TMM 2020.
Setiap lokasi acara juga akan dihiasi dengan dekorasi menarik bagi memberi mood kepada suasana sekeliling.
Penggunaan buluh, prop serta peralatan teradisi akan memberi satu suasana seolah-olah berada dikawasan perkampungan dan didalam kebun atau dusun buah-bauhan.
Malah dengan susunan rimbunan pokok- pokok hijau yang akan diletakkan dikawasan persekitaran ia seperti anda benar-benar berada di kampung halaman masing-masing menikmati makanan tradisi seolah masakan nenek moyang kita dahulu kala. 
Bagi mereka yang mahu memperkenalkan masakan masing-masing dengan menjual pada harga RM1 boleh menghubungi pihak penganjur untuk mendapatkan sebuah gerai dengan harga RM1,500 untuk empat hari tersebut.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 019 2244063.
Jika anda berada di luar kota, jangan risau kerana pihak penganjur menjanjikan jelajah program sedemikian di beberapa lagi lokasi negeri lain.
Tunggu ya...!


#saturinggitsaturasa2020 #matic #tahunmelawatmalaysia2020

10 ulasan:

  1. kat kampung ni masih dapat lagi nasi lemak lengkap dengan harga seringgit ....kuih pulak 50sen tapi ada setengah tempat masih rm1 3biji ...bagus jugak program camni tapi nak bahan tu biar sama dan lebih macam imposibble pulak ....

    BalasPadam
  2. Saya suka ukur baju di badan sendiri dulu. Jangan terikut2 dengan kehidupan orang lain. Makanan dengan harga RM1? Harap2 tak dikurang pada rasa makanan tersebt. Anyway, usaha ini perlu dipuji.

    BalasPadam
  3. bestnya dpt pergi event ni..makanan semua harga RM1..kalau dekat mmg nak pergilah..baguslah program mcm ni..pelancong luar boleh tengok dn rasa makanan tradisi kita..tak sabar tunggu event ni dtg kat penang

    BalasPadam
  4. susah nak dapat makanan asas pada rm 1 dan kuantiti banyak utk per person makan. Biasanya bila RM 1 ni, mesti saiz hidangan kecil aje. Karipap oksigen rm 0.50 pun masih ada. Sedih kan. Harap dapat join event ni. Murah-murah. Saiz hidangan kecil bleh cuba cuba semua menu. haha.

    BalasPadam
  5. Yes. Rawlins nak bawa budak2 antarabangsa mai makan kat sini kelak! Biar depa rasa makanan tradisi kita kat situ kan

    BalasPadam
  6. Wah rm1? Bagus buat mcm ni... Lagi2 utk kenalkam kepada pelancong makanan2 kita... At least dpt rasa byk jenis kan sebab in small potions

    BalasPadam
  7. RM1? Wahhh memang ramai la yang serbu nampaknya! Saya pun tak nak ketinggalan kalo harga makanan sebegini murah

    BalasPadam
  8. Wah bestnye. Satu makanan RM1. Sonok boleh beli macam-macam makanan.bagus buat usaha macam ni

    BalasPadam
  9. wah memang murah ni. okay nak set dalam kalendar nnti nak terjah! :) terima kasih atas perkongsian :)

    BalasPadam
  10. Zaman sekarang ni memang susah pun nak jumpa org jual makanan yg murah. Kat kantin sekolah pun dah mahal, lagikan pulak kat luar.

    BalasPadam