Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

UNGKU ISMAIL TONJOL SISI KELAKAR SAMBIL MENARI


Jika korang mahu menyaksikan aktor berprolifik tinggi, Ungku Ismail berlakon  sambil menari dan menyanyi, rebutlah peluang itu dengan menyaksikan teater 'Semarak Pertiwiku' yang kini sedang berada  di pentas berprestij, Istana Budaya.

Kak Fas sudah pun menyaksikannya pada hari pertama semalam dan ternyata watak sebagai Datuk Shahrol yang dimainkan oleh Ungku Ismail tidak mengecewakan walau pun beliau sendiri akui lagu-lagu yang nyanyikannya bukanlah sebuah lagu komersil dan mengikut 'key' nyanyiannya.

"Lagu ni bukan seperti lagu nyanyian biasa jadi sudah tentu tidak mudah menyanyikannya apatah lagi bukan mengikut nada suara saya," jelasnya yang menyukai lagu-lagu berentak nusantara.

Mungkinkah ini permulaan bagi pelakon 'Adelea Sofia' ini mahu terjun ke dalam dunia nyanyian?

"Walaupun fokus saya banyak ke arah bidang lakonan dan pengarahan tetapi jika ada lagu yang sesuai dengan jiwa saya, tak salah mencuba," akuinya ketika ditemui selepas selesai pementasan hari pertama teater 'Semarak Pertiwiku' di Istana Budaya semalam.

Pada teater itu, Ungku Ismail berlakon sebagai seorang usahawan binaan Sarawak, Dato Shah yang melakukan jenayah rasuah menerusi pemberian tender projek pembinaan bangunan tertinggi di bumi Kenyalang, Menara Pertiwi.

Pada beberapa adegan, beliau dilihat menyampaikan tiga buah lagu sambil menari malah gelagatnya yang nampak seperti seorang datuk yang 'fake' mendapat sorakan penonton.

Boleh menyanyi juga Ungku Ismail ini. walau pun seperti diakuinya agak lari pitchingnya. 

Apa pun gelagat yang ditonjolkan pada watak seorang datuk perasuah yang mempunyai isteri (lakonan Sheril Merlis) yang mendambakan kemewahan tidak mengecewakan penonton.

Almakliumlah dalam sebuah teater propaganda begini yang mengangkat integriti sebagai subjek utama sudah tentulah tidak seperti teater komersil. Apatah lagi penggunaan dailek Sarawak agak sukar difahami penonton di Semenanjung.

"Itu antara satu sebab kenapa saya cadangkan agar pertuturan saya harus menggunakan bahasa Malaysia waima isteri sahaja yang bertutur bahasa Sarawak," ujar Ungku Ismail.

Lagi pun katanya, tidak salah sebab beliau orang Semenanjung yang berkahwin dengan orang Sarawak.

Teater Semarak Pertiwiku yang diarahkan oleh Muhammad Azri Ali bersama Pengarah Projek, Abdul Wahid Ali, Pengarah Artistik, Muhammad Qawiem Hamizan dan Pengarah Muzik, Iran Musodiq pernah dipentaskan buat pertama kali di Kuching, Sarawak dengan pemain utamanya dilakonkan oleh Anding Indrawani sementara watak yang dipegang Unku Ismail dilakonkan oleh Azhan Rani pada asalnya.

Hasil ilham Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) serts mendapat kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Istana Budaya, 'Semarak Pertiwiku' turut dibarisi pelakon Chopie Chakap, Shah Kimin, Elya dan Taufik Hanafi.

Kak Fas: Pertama kali tonton Ungku Ismail berlakon teater dan menari sambil bernyanyi. Not bad, bolehlah cuba jadi penyanyi pula kan?







#semarakpertiwiku #istanabudaya #sprm #ungkuismailaziz
.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan