Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DR IRMA PERKENAL PRODUK TERBAHARU 'LUNAGLOW'


Korang setuju tak jika Kak Fas katakan 'cantik itu subjektif'?
Ya lah... ungkapan Inggeris pun ada menyebut 'Beauty is in the eye of the Beholder' yang bermaksud kecantikan itu dilihat berbeza daripada mata dan pandangan orang.
Ada yang berpendapat, cantik saja tidak cukup tanpa memiliki daya intelektual yang tinggi. 
Namun bagi yang dikurniakan kedua-duanya ia diibaratkan bonus untuk menyerlahkan kekuatan diri. 
Ini diakui Dr Irma Shida Abu Samah, 40, apabila berpendapat kecantikan itu sesuatu yang subjektif dan perlu digunakan ke arah kebaikan.
“Mungkin pada kita nampak cantik pada orang lain tidak. Apa-apa pun saya sangat bersyukur jika ada mengatakan saya memiliki paras yang cantik. Ia kurniaan Allah, alhamdulillah,” katanya yang bertugas sebagai doktor gigi dan membuka klinik pergigian Irma Ariandi di Plaza Larkin, Johor Bahru.
Dibesarkan oleh nenek, anak sulung lima beradik ini banyak mewarisi keperibadian arwah nenek yang gemar berdandan. Tambah pula semasa zaman mudanya nenek yang juga seorang guru turut berkebolehan mengandam pengantin.
Dr Irma menjadi bahan uji kaji neneknya dalam solekan. 
Wah! Untung kan... kecil-kecil dah didandan nenek, tentu cucu kesayangan ni...
Sehubungan itu, sifat suka berdandan dan bersolek ini terbawa-bawa dalam kehidupan sehingga dia dewasa. 
Perihal Dr. Irma sudah tentu tidak perlu diperkenalkan lagi. Namanya bukan sahaja terkenal dalam arena kecantikan malah terlibat dalam dunia seni hiburan apabila menjadi penerbit kepada album beberapa penyanyi sebelum ini.

Baca artikel berkaitan di SINI.
Mempunyai pelbagai produk kecantikan di bawah syarikat miliknya, Irma Ariandi Global Sdn Bhd yang membawa jenama DR. IRMA, terbaharu, beliau meluaskan rangkaian produk dengan memperkenalkan set LUNAGLOW yang bakal dilancarkan pada suku pertama 2020 ini.
Rangkaian penjagaan kulit DR. IRMA kali ini dikhususkan untuk jenis kulit dan masalah kulit yang dihadapi meliputi:
  • Set RADIANT WHITE untuk keremajaan kulit dan antipenuaan (dalam proses eksport ke China)
  • Set Miracle White untuk antijeragat dan mengelakkan penggelapan kulit (dalam proses eksport ke China)
  • Set Radiant Clear untuk kulit berjerawat, whitehead & blackhead serta
  • Set ANGEL WHITE untuk kulit remaja, menutup pori-pori besar, dan berminyak. Sudah berjaya dieksport ke Indonesia dengan PT Sehat Cantik Djelita dan mempunyai izin edar BPOM Indonesia. 
Bercerita lebih lanjut tentang LUNAGLOW, Dr. Irma memberitahu,  produk berkenaan terdiri daripada set pencerahan kulit yang sangat efektif, menggunakan ekstrak manggis. LUNAGLOW. 
Terdiri daripada FACIAL WASH (pencuci muka), ESSENCE (intipati) dan TINTED LOTION (losen) yang memberikan efek pencerahan kulit serta merta hingga tiga tona dengan sekali sapuan dan menegangkan kulit agar nampak 10 tahun lebih muda. 
"Istimewanya, harga produk ini sangat mampu milik  dan dijual pada harga bawah RM45 sebagai hadiah saya kepada pengguna setia. Malah produk ini tetap diformulasikan pada kualiti paling tinggi dan boleh digunakan oleh kulit sensitif," ujar Dr. Irma.
Tambah graduan lulusan UKM ini, penggunaan produknya sangat mudah dan caranya boleh dilakukan seperti berikut:
LUNAGLOW FACIAL WASH – picitkan ke telapak tangan, busakan denga air dan sapukan ke wajah secara membulat agar buih lembutnya membersihkan kulit tanpa mengeringkan. Senang dibilas dengan air.
LUNAGLOW ESSENCE – sapukan dan tepukkan pada wajah selepas mencuci muka.
LUNAGLOW TINTED LOTION – sapukan pada wajah secara menyeluruh setiap pagi untuk mendapat kulit 3 tona lebih cerah dengan serta merta.
Bagaimana? Mudah kan penggunaannya?

Jika anda ingin mencuba, produk LUNAGLOW hanya boleh didapati di kedai fizikal DR. IRMA SKINCARE di Plaza Larkin dan Galleria@kotaraya Johor Bahru, ataupun di atas talian dengan menghubungi 0189867511/ 0183865100.
“Sasaran saya agar LUNAGLOW dapat memasuki pasaran retail dan berada di atas rak-rak farmasi serta kedai kecantikan ternama supaya jenama DR. IRMA lebih berdaya saing dengan jenama popular di Malaysia,” akhiri Pengarah Urusan Irma Ariandi Global Sdn Bhd ini berhubung sasaran produk Dr Irma sepanjang 2020.

#Lunaglow #DrIrma #DrIrmaSkincare #produkkecantikan



14 ulasan:

  1. Wah. Seorang lagi alumni UKM dan rakyat Malaysia yang berjaya. Bangga Rawlins sebagai alumni UKM di atas pencapaian Dr Irma

    BalasPadam
  2. Wah produk tempatan, orang kita punya..firstime dngr produk ni..banyak kebaikan produk ni nad tengok

    BalasPadam
  3. Setuju! Cantik tu satu subjektif. Baru tau ada produk jenama Lunagrow. Macam best je.

    BalasPadam
  4. First time dengar jenama ni. Nampak best and good for skin. Even founder pun bertauliah. So tak was was la nak try nanti.

    BalasPadam
  5. Produk berasaskan manggis. Manggis dah terbukti sangat bagus dan efektif untuk kecantikan.. Satu lagi usahawan tempatan yg menggunakan produk tempatan.. Good job n good luck utk pelancaran nanti..

    BalasPadam
  6. Baru dengar pasal brand ini. Nak try juga la. Saya tengah cari skincare products yang sesuai sekarang.

    BalasPadam
  7. bolelah cuba nie...produk berasaskan maggis memang bagus. Pengasas pun orang tempatan. harga pun mampu milik

    BalasPadam
  8. Banyak ya produk kecantikan terbaru sekarang ni. Mesti susah kaum wanita nak pilih mana satu produk yang sesuai. :)

    BalasPadam
  9. Tahniah Dr. Irma dengan kelahiran produk baru skincare ni. Nampaknya produk ni bakal menarik perhatian wanita yang nak cantik putih mulus. Moga terus sukses!

    BalasPadam
  10. Dilema perempuan nak pilih skincare. Byk sekarang kan.

    BalasPadam
  11. Menarik produk ni. Suka kita tgk. X pernah cuba lagi tapi tapi teringin nak try sekali

    BalasPadam
  12. first time dengar pasal skincare ni. Buat masa sekarang masih guna skincare yang dah biasa ni, nanti kalau terasa nak tukar boleh le cuba produk ni

    BalasPadam
  13. First time dengar nama produk nie. Harap ia berkesan utk kulit saya. Nanti nk cuba

    BalasPadam
  14. first time dngar nama brand ni. saya ok je mana2 cuma biasanya saya memang cek dulu keluaran mana dan ramuan yang digunakan.

    BalasPadam