Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MANGSA COVID-19 DI CHINA DAPAT PERHATIAN USAHAWAN MUDA. SIAPA TU?

LIOW Soon Hee (tengah) menyerahkan replika kunci ambulans kepada Kuan Chee Heng sambil disaksikan oleh Excella Chong (kiri) pada majlis program CSR di Puchog baru-baru ini.

Penyakit ini melanda rakyat satu dunia!

Rekod dari laporan Worldometer mencatatkan kes Coronovirus atau kini disebut Covid-19 melanda di 82,588 negara seluruh dunia. 

Terbaharu, laporan itu menyebut ia telah mengakibatkan 2,814 kematian sementara mereka yang disyaki menghidapnya iaitu seramai 33,345 berjaya pulih.

Begitu dahsyatnya virus terbaharu ini yang belum ada ubat yang mampu menyembuhkan pesakit 100% terutamanya mangsa di mana berpuncanya wabak ini iaitu di Wuhan, China.

Melihat kepada keseriusan penyakit tersebut, seorang insan bernama Dato Sri Liow Soon Hee melalui Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia tampil untuk menyumbangkan bantuan dengan objektif mahu mengawal penularan wabak berkenaan di China.


"Kami sangat menitik berat soal isu wabak yang melanda kini dan pihak kami sering mengikuti perkembangan terkini terhadap wabak COVID-19 di China," ujar Dato Seri pada majlis program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di mana beliau menyumbangkan sebuah Ambulans baru bernilai RM142,0000 kepada Pertubuhan Kepolisan Komuniti Malaysia (PKKM) di Puchong, baru-baru ini.

Sumbangan itu diserahkan kepada Presiden PKKM, Kuan Chee Heng disaksikan bersama oleh selebriti, penulis lagu dan penyanyi, Excella Chong yang berlangsung di pejabat pertubuhan itu di Puchong baru-baru ini.

Setekat ini pihak pertubuhan memiliki 4 buah ambulans yang disumbangkan oleh Dato Seri Liow Soon Hee setiap tahun bermula 2016.

Dalam ucapannya, DS Liow Soon Hee mengumumkan telah mendermakan sejumlah 76,920 topeng perlindungan pernafasan dan bekalan perubatan kepada kawasan penempatan yang dijangkiti wabak COVID- 19 di China.

Menurut beliau, topeng perlindungan pernafasan dan sejumlah bekalan perubatan telah dihantar melalui helikopter dari Jepun dan Malaysia ke kawasan yang dijangkiti virus COVID-19 di China, dan telah diserahkan kepada Hospital Universiti Wuhan Renmin, Hospital Besar Henan Oil Field Nanyang, Hospital Besar Nanyang, Hospital Rakyat Bose City, dan beberapa hospital lain yang telah tersenarai.

Sejajar dengan penularan wabak itu, Dato Sri dan pasukannya telah bekerja keras dan cekap dalam proses penyediaan serta menghantar topeng perubatan, termometer, air pembasmian kuman, ubat-ubatan dan lain-lain bekalan perubatan.


"Pihak kami akan terus menerus membuat sumbangan dan pembelian bekalan perubatan seperti yang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk mengatasi dan mencegah wabak berkenaan. Kami begitu berharap agar sedikit derma serta sokongan perubatan dan emosi yang kami sumbangkan ini, mampu memberikan inspirasi serta menaikkan semangat mereka yang terkesan di kawasan yang terjejas dengan wabak untuk terus bersemangat dalam menempuh kehidupan terutama di masa-masa sukar ini.

"Kami akan terus menerus menjalankan pemerhatian terhadap kawasan yang terjejas untuk beberapa minggu lagi. Sementara itu, saya ingin mengajak setiap badan organisasi lain untuk turut sama dalam menghulurkan bantuan bagi menentang wabak dan pada masa yang sama, dapat menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan." kata DS Liow Soon Hee sambil mendapat tepukan gemurah ahli-ahli pertubuhan yang hadir.


Malah usahawan yang pemurah hati ini  mengakui  bimbang dengan perubahan ekonomi negara China yang akan memberikan impak terhadap ekonomi di seluruh dunia, terutama Malaysia apatah lagi beliau kerap mengadakan hubungan niaga  yang rapat bersama China (terutamanya bandar Xingyi dan Wuhan) dalam tempoh sedekad yang lalu.

Dalam usia 27 tahun, tidak syak lagi usahawan yang berjaya di dalam pelbagai industri, termasuk platform e-Commerce, platform Internet mudah alih, reka bentuk rangkaian, pelancongan pembangunan perisian, multimedia dan banyak lagi di seluruh Asia Tenggara ini merupakan seorang dermawan dengan prinsip untuk menyumbangkan kembali kepada masyarakat sekali gus berkongsi rezekinya kepada pelbagai komuniti di seluruh dunia.


Untuk rekod, sejak penubuhan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia, Dato Seri Liow Soon Hee telah berjaya melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) setiap tahun  seperti sumbangan  Ambulans, sumbangan bulanan sebanyak RM10,000 kepada Pusat Kanak- Kanak Orang Kurang Upaya & Mental, Melaka (setakat ini telah terkumpul sejumlah RM460,000), sumbangan RM500,000 untuk pembinaan dan baik pulih Kuil Sri Maha Muniswarar di Ampang Jaya, sumbangan RM900,000 untuk menyokong pembangunan Sekolah Antarabangsa berprestij di Malaysia, sumbangan RM300,000 kepada Ti-Ratana Charity Home malah banyak lagi.

Mungkin kah ada lagi individu yang pemurah seperti beliau namun yang pasti, Kuan Chee Heng selaku Presiden PKKM juga perlu diberikan pujian atas usahanya membantu masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah mengatasi segala masalah yang dihadapi sekitar kawasan Puchong dan berdekatan.

"Pihak kami juga menyediakan van jenazah untuk orang-orang Islam yang memerlukannya dan mereka boleh mengambil kunci pada bila-bila masa 24 jam jika perlu," jelas Kuan Chee yang lebih dikenali sebagai 'Uncle Kentang'.

Daripada bicara dan ceritanya, dapat dilihat sisi keprihatinan Kuan Chee yang jelas tidak mengenal kaum apabila bersedia membantu masyarakat yang memerlukan bantuannya.



"Kami menyediakan kemudahan ambulans dan van jenazah kepada golongan yang tidak berkemampuan pada bila-bila masa mereka memerlukan. Kunci van jenazah kami tinggalkan di kedai mamak jadi sesiapa sahaja yang memerlukannya boleh sahaja mengambil kunci tersebut pada bila-bila masa 24 jam," ujar Uncle Kentang yang dikenali sebagai seorang aktivis yang bersedia membanting tulang demi melakukan kerja amal.

Beliau turut berharap agar lebih ramai ahli korporat atau swasta dapat tampil memberikan sumbangan kepada pertubuhan supaya lebih ramai rakyat susah yang memerlukan bantuan dapat ditunaikan.



Ahli-ahli pertubuhan bersama menyatakan sokongan mereka terhadap kerja amal terutamanya membantu mangsa Covid-19 di Wuhan, China.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan