MOHD SHAHRUL BANGKIT DARI 'KOTOR'?
Lumrah manusia bila ada sahaja sampah dalam poket pasti tangan nak selok dan buang. Jika dibuang pada tong sampah tak apa tetapi ada segelintir juga yang buang merata tempat tidak kira di mana-mana menyebabkan kawasan persekitaran menjadi kotor dan busuk.
Begitu juga sampah di rumah, setiap hari perlu dibuang. Jika tinggal di kondominium atau apartmen mewah, tempat pembuangan sampah ada disediakan.
Keluar aje pintu rumah, sudah ada tempat pembuangan sampah yang disediakan di setiap lantai.
Tetapi bila tinggal di kawasan perumahan, sampah perlu dibuang sendiri untuk dikutip dan diangkut oleh lori-lori sampah yang bukan datang setiap hari tetapi dua tiga kali sahaja dalam seminggu.
Jika sampah dah bertimbun harus berusaha membuangnya ke kawasan lain malah ada juga segelintir masyarakat yang nampak sahaja kawasan lapang akan dicampakkan sampah tersebut.
Korang tahu tak dalam satu hari, kira-kira 37.000 metrik sisa yang dikeluarkan oleh Malaysia.
“Ini bermakna kira-kira 13.5 tan sisa yang dijana setiap tahun malah angka itu dijangka meningkat menjelang tahun 2030. Fakta inilah yang mendorong saya untuk menubuhkan syarikat pengurusan sisa domestik,” ujar Pengarah Urusan Afbatni Resources Sdn Bhd, Dato Mohd Shahrul Nizam Mustafa ketika ditemui di pejabatnya di Klang baru-baru ini.
Menurutnya, selama 11 tahun beroperasi, syarikat Afbatni Rresources kini merupakan salah satu pakar penyedia perkhidmatan pengurusan sisa alam sekitar yang komprehensif.
Dalam perbualan yang berlangsung selama lebih kurang sejam, Kak Fas dapat melihat perwatakan kental yang dimiliki pengasas Afbatni Resources ini.
Menariknya, usahawan berusia 45 tahun ini bukan sahaja berbadan sasa malah mempunyai ‘hidung yang tebal’ sehingga bau busuk dari sampah sarap sudah seakan semadi dengan jiwanya.
Ya lah, bayangkan diri sendiri, bila melalui kawasan pembuangan sampah mesti tutup hidung kan sebab tak tahan dengan bau busuknya. Inikan pula jika kerja seharian melibatkan kerja kutip sampah. Aduh…. ko sanggup?
Tetapi itulah kerja hakiki yang dilakukan insan bernama Mohd Shahrul Nizam ini selama belasan tahun.
“Impian saya sejak kecil sebenarnya mahu jadi askar malah tak terfikir langsung akan menjadi seorang usahawan," Mohd Shahrul memulakan ceritera kisah hidupnya.
Namun peraturan Allah itu adalah yang terbaik. Pekerjaan terakhirnya di Alam Flora sebagai Penyelia sekadar menjanjikan gaji bulanan sebanyak RM900.
“Selama mana mahu makan gaji. Perbelanjaan semakin meningkat dan gaji sudah tidak mampu menanggung segala kos kehidupan jadi saya ambil keputusan untuk berhenti dan mengambil risiko bekerja sendiri di bidang yang tidak ramai anak Melayu mahu membuatnya iaitu bisnes angkut sampah,” ujar ayah kepada empat orang anak ini.
Tanpa modal beliau menyewa lori dan menguruskan khidmat pembuangan sampah bersama dua orang pekerja.
"Kadangkala saya sendiri turun dan kutip sampah,” ujar Mohd Shahrul.
Jika korang tertanya-tanya bagaimana nak bayar sewa lori sebanyak RM7,000 sedangkan tiada modal permulaan?
“Bila dapat bayaran barulah saya bayar duit lori. Dari situlah saya mula menyimpan wang dan seterusnya dijadikan modal untuk berkembang,” sambung beliau sambil mengakui pengalaman di Alam Flora banyak mengajarnya dalam berbisnes.
Bicaranya pada petang itu banyak berlingkar kepada penat lelah mengusahakan syarikat.
Mengakui tidak ramai anak muda yang mahu menjadi buruh, beliau terpaksa menggajikan rakyat asing sebagai pekerja khususnya yang mahu berdepan dengan bau busuk sampah sarap.
Mohd Shahrul sentiasa pastikan agar pekerjanya membersih lori-lori sampahnya selepas habis tugasan mengangkut sampah. |
Tetapi bagi Mohd Shahrul, bau busuk itulah yang membuka pintu rezekinya sehingga mampu memiliki 30 buah lori sampah sehingga kini.
Syarikatnya bukan sahaja menguruskan perkhidmatan pelupusan sampah bahkan bersedia menerima apa sahaja kerja skop pembersihan.
“Pun begitu, kami tidak menyediakan sebarang peralatan waima menyewa lori sekali pun tetapi bersedia mengambil kontrak untuk melaksanakan tugas syarikat lain,” jelas Mohd Shahrul.
Ditanya mungkinkah pernah menemui barangan berharga ketika mengutip sampah?
"Pekerja saya pernah jumpa dolar Amerika bernilai RM12,000 malah ada juga yang terbuang barang kemas dan sebagainya. Bukannya kami tidak mahu pulangkan tetapi tidak tahu ia milik siapa," cerita Mohd Shahrul.
Betullah jika setiap hari lori sampah mengangkut sampah di kawasan perumahan yang luas mana mungkin tahu siapa pemilik 'harta karun' yang ditemui.
"Anggaplah itu rezeki terpijak kakitangan yang menjumpainya," tambah Mohd Shahrul yang turut memberitahu pernah juga pekerjanya menjumpai mayat bayi.
"Isyh...." itu sahaja yang dapat Kak Fas dan rakan-rakan media lain luahkan ketika mendengar bicara Dato Shahrul.
Tetapi itu adalah cerita benar, kisah suka duka di sebalik kerja yang bergelumang dengan najis sampah. Kak Fas tabik dengan ketabahan diri anak sulung dari tiga beradik ini yang kelulusannya hanya di peringkat SPM.
Tidak mahu berkongsi atau berbangga dengan angka pendapatan yang diterima, Mohd Shahrul sekadar berkata, ‘tidak sia sia saya menceburi bisnes ini walau pun segelintir masyarakat menganggapnya sebagai satu kerja ‘kotor’.
Beliau turut bersyukur kerana anak-anaknya pun tidak malu dengan bisnes ayah mereka malah apabila nampak lori sampah mereka sebaliknya rasa bangga dan berkata kepada kawan-kawan ‘Eh itu lori ayah saya”.
Sokongan isteri juga tidak berbelah bahagi kata Mohd Shahrul di mana Datin Hasnah Abdul Samad turut berkongsi suka duka perjalanan awalnya dalam perniagaan.
FOTO bersama isteri hiasi dinding pejabat. |
“Semasa kesempitan wang pada awalnya, isterilah yang banyak membantu ketika dia masih bekerja,” syukurinya.
Untuk perancangan masa hadapan yang kini diakui lebih mencabar, Mohd Shahrul tidak bercadang untuk berhenti 'mengutip sampah' malah mahu mengembangkan bisnesnya tetapi pada cabang lain.
“Saya tertarik dengan pengurusan Umrah dan Haji dan insyaAllah itulah bidang yang sedang saya rancangkan,” ujar Mohd Shahrul penuh harapan.
Memetik hadith daripada Abu Hurairah RA bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka.”
Sehubungan itu, tidak mustahil dengan memegang prinsip rajin berusaha, konfiden dan jujur tanpa mengenal erti putus asa, impian Mohd Shahrul untuk mengendalikan syarikat berkaitan Umrah/Haji mendapat keberkatan.
Berpegang kepada tuntutan Allah, beliau tidak lupa untuk berkongsi rezeki dengan cara bersedekah dan yang paling utama melunaskan zakat perniagaan.
"Setiap tahun juga saya menghantar kakitangan mengerjakan umrah kerana itulah amal ibadah yang boleh saya kongsikan bersama mereka, " akhiri usahawan berasal dari Rembau Negeri Sembilan ini yang kini mempunyai lebih kurang 200 pekerja asing dan 20 staf di bahagian pentadbiran.
Apa pun, jika ada yang mahu maklumat lanjut berhubung syarikat boleh layari
Mana tahu kut anda boleh mencontohi jejak langkah kejayaan Pengarah Urusan Afbatni Resources ini atau pun mendapatkan tip kejayaannya.
Kak Fas: Tunggu jemputan majlis pelancaran cabang bisnes Umrah/Haji Datuk pula selepas ini. Semoga dipermudahkan.
#AfbatniResources #BuangSampah #Kotor #SampahSarap #Busuk
Tabik buat anak bumiputera yang mengusahan perniagaan macam ni, bukan senang tau anak melayu kita nak kerja busuk macam ni..rata-rata semua warga asing...syabas buat mereka!!
BalasPadamfuhhhh siap jumpa barang kemas! Memang rezeki terpijak sangat tu kak fas. Nampak kotor tapi sebenarnya menguntungkan. Semoga perniagaan makin berkembang maju Insya-allah
BalasPadamBagusnya dia ada kesedaran macam ni. Dia belajar dari pengalaman dia dan dia sangat faham selok belok macam ni. Semoga perniagaan dia bertambah maju.
BalasPadamUsaha tangga kejayaan. Tahniah buat anak bumiputera yang amik langkah buat bisnes dalam bidang ni. Apapun respek pada mereka yg tolong membersihakn sampah kita.
BalasPadamPerkongsian yang menarik dan padat. Huda sejenis suka baca cerita inspirasi mcm ni, sebab ianya membantu memberi menaikkan lagi semangat dan terus kekal positif terutama dalam bidang kerjaya. Thank you for sharing
BalasPadamterbaik.
BalasPadammelayu yg nampak potensi. dan kini melayu ini telah berjaya.
something yg mungkin org lain tak perasan akan potensi.
now, dgn kutip sampah, dah pun jadik perniagaan yg berjaya.
tanpa lori sampah ni, pada aida, sukar hidup kita.
mana kita nak buang sampah kita?
2-3 hari lori sampah tak lalu depan rumah aida, amik sampah, aida da risau.
Rawlins membaca dengan kekaguman semangat beliau untuk bangun dan terus berjuang. Tiada kesenangan yang datang begitu sahaja tanpa usaha dan semangat yang kental. Rawlins kena contohi beliau untuk lebih berjaya.
BalasPadammemang teruja sangat dan terinspirasi dari kisah beliau. semoga kita juga mampu berjaya seperti itu
BalasPadamPwkerjaa yang sangat mulia sekali.. Sebab diaorang sampah tempat kita bersih je.. Semoga terus maju dan capai apa yang diimpikan
BalasPadamBukan calang calang orang boleh buat bisnes macam ni. Kerja yang terbaik adalah kerja yang membantu menyelesaikan masalah orang lain.
BalasPadamWalaupun pada pandangan mata segelintir orang pekerjaan ini kotor dan memalukan bagi saya ia satu oekerjaan tang mulia tau. Jangan pandang sebelah orang yang kerja dalam sektor pembersihan ni. Kalau diorang tak ada, siapa yang nak buat kerja mereka. Kan..
BalasPadamterinspirasi betul dengan kisah perjalanan hidup dia. itulah kita bila diuji dengan sesuatu jangan terus mengalah. teruskan berusaha. tak siapa tahu nasib kita pada masa hadapan.
BalasPadamKagum AM bila baca entri kak fas perihal kesungguhan dan komitmen yg ditujukkan. Moga jadi contoh pada anak muda utk terus berjaya walau dlm apa jua profesi pekerjaan.
BalasPadamBetul dari yang kotor tak ada orang nak buat apa salah ada orang macma Dato yang mulakan usaha ini niat murni dalam menjaga alam sekitar bagus dan patut di ikuti jangan nak tunggu dan biar jer saya support orang macam Dato..
BalasPadam