Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SOGO KL BAWA TARIAN SINGA, GENDANG RAI TAHUN BARU


Sekali lagi tahun ini, Kak Fas menerima jemputan daripada rakan Perhubungan Awam dan Media, Ikhsan Ismail dari Sogo Kuala Lumpur untuk hadir bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina di pusat membeli-belah popular itu.

Dan seperti tahun-tahun lalu, majlis sambutan tidak sah tanpa persembahan paluan gendang serta tarian Singa yang cukup mempersonakan.




Beberapa kali tengok pun rasa tidak puas melihat aksi tarian singa yang cukup dramatik apatah lagi apabila dilemparkan buah oren kepada tetamu khas yang hadir serta orang ramai, ia tanda kemakmuran dan rezeki bagi mereka yang berjaya menyambutnya dari mulut singa tersebut.

Menyambut Tahun Tikus mengikut kalendar Cina, persekitaran Sogo Kuala Lumpur dihaisi warna warni dengan dekorasi bunga Peonis, tanglung gergasi dalam corak tradisional kaum Tionghua.

Malah bertetapan dengan slogan "Togetherness' ia membawa mesej untuk mengingatkan semua oramg tentang pentingnya berkumpul dengan orang tersayang ketika musim perayaan.

Dengan hiasan indah dan megah itu sudah tentu menarik perhatian pengunjung untuk bergambar di sekitar sebagai kenangan khususnya pelanggan setia yang sering membeli-belah di Sogo KL.



Jujurnya, Kak Fas antara pengunjung setia yang membeli-belah di Sogo KL kerana lokasinya bukan sahaja  terletak di tengah-tengah kotaraya yang popular bahkan sering menawarkan diskaun menarik apatah lagi bagi yang memilik kad keahliannya.

Selain itu, dengan perubahan pada hiasan dalamannya yang kini banyak dihuni oleh produk-produk jenama terkenal, Sogo KL sudah melangkah ke fasa sebuah kompleks membeli-belah seiring dengan saingannya yang ada kelas.

Seperti biasa, majlis sambutan disempurnakan dengan letupan mercun tanda kemakmuran di tangga utama serta di ruang aras 6 berdekatan dengan pusat makanan.


Selesai majlis, para tetamu dihidangkan dengan sajian makanan set Cina sambil halwa telinga dihibutkan dengan nyanyian daripada band jemputan malah sesi karaoke turut diadakan.




Buat pertama kalinya, Kak Fas bersama rakan media/blogger Miera Nadhirah dan Anastacia Doping tampil menyampaikan lagu 'Sway' tetapi bukan versi Michael Buble tetapi kumpulan Pussy Cat. Entah kumpulan mana tak tahu lah tetapi melodinya agak catchy so hentam sahaja lah hihi...

Apa pun terima kasih kepada pengurusan SOGO KL yang sudi menjemput pihak media untuk bersama setiap tahun meraikan sambutan Tahun Baru Cina.

Mungkinkah Hari Raya nanti akan ada majlis begini waima SOGO KL pun terkenal dengan banyak pengunjung Melayu 'shopping' disitu?

Untuk info, selain SOGO Kuala Lumpur, anda boleh juga membeli-belah di SOGO Central i-City, Shah Alam dan SOGO The Mall, Mid Valley Southkey. Johor Bahru untuk pengalaman membeli-belah yang indah.

Info lanjut berhubung aktiviti dan jualan boleh layari www.sogo.com.my.


#KLSOGO #CNY #TahunTikus #Togetherness #TahunBaruCina #SOGOKL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan