Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'ELLA SUKA SABELLA'... MANJANYA ELLA!

Bermula dengan hanya sebuah mesin jahit, jenama pakaian Muslimah, Sabella yang popular dengan tagline #bajutanpagosok menyasarkan jualan mencecah RM60j tahun ini setelah melantik Ratu Rock Ella sebagai duta produk.

“Tahun lalu pun kami telah mencapai lebih daripada sasaran yang ditetapkan iaitu RM16 juta dan berharap dengan pelantikan Ella sebagai duta, Sabella mampu meraih jualan sehingga RM60 juta,” ujar Pengasas Sabella, Siti Fatimah Abd Samat  yang lebih mesra disapa Siti Sabella ketka ditemui pada majlis sidang media Sabella x Ella di The Love @ Matic, KL pada Jumaat 13 Mac 2020.

Malah Sabella telah melahirkan tiga jutawan sehingga kini, jelas Siti Sabella.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Sabella yang juga suami kepada Siti iaitu Mohd Sufian Sulaiman (kanan) dan tentu sekali dutanya, Ella atau nama sebenar Nor Zila Aminuddin bersama suaminya, Azhar Ghazali yang dinikahinya sejak Julai 2012.

Ditanya kenapa memilih Ella sebagai duta produk?

“Dengan memilih Ella sebagai duta, kami yakin dapat terus membakar semangat serta membantu rakyat Malaysia khususnya wanita untuk memakai pakaian Muslimah yang berkualiti dan berpatutan serta mampu melahirkan jutawan menjana pendapatan sekurang-kurangnya 60 orang jutawan,” tambah Siti Sabella. (tengah).

Menyambung jawapan pada persoalan sama, Mohd Suffian selaku CEO syarikat berpendapat 
Ella mampu membantu Sabella berkembang lebih maju ke hadapan apatah lagi kelompok peminat Ratu Rock itu sendiri bukan hanya daripada golongan dewasa malah generasi muda turut mengaguminya.

“Pemilihan Ella seiring dengan penyanyi itu yang masih relevan hingga kini biarpun sudah lebih tiga dekad mewarnai persada seni tanah air. Tetapi yang lebih utama, nama Ella itu sendiri menepati jenama Sabella yang pada hujungnya bertulis ‘ella’.

“Begitu juga impian kami supaya dapat terus diterima dalam tempoh yang panjang. Kontrak Ella bermula Februari lalu untuk tempoh setahun. Insya-Allah kerjasama ini akan diteruskan dari tahun ke tahun,” jelas Mohd Sufian.


Apa pula pandangan Ella? 

Kenapa beliau memilih untuk bekerjasama dengan sebuah jenama yang bukanlah gah seperti jenama terkenal tetapi mampu milik di mana jualan harga pakaian muslimah Sabella adalah pada linkungan harga antara RM49 hingga RM99?

“Ella suka Sabella sebab pakaiannya sedap dipakai dan selesa. Dan yang penting memudahkan Ella bergerak di pentas dan tentunya kerana ia baju muslimah,” ujar Ella dalam nada manjanya.

Diusik dengan persoalan apakah beliau menerima bayaran lumayan untuk tugas sebagai duta jenama itu, Ella sekali lagi melemparkan senyuman manjanya.

“Macam saya katakan tadi, matlamat dan visi Sabella cukup jelas dan itu sendiri sudah menjadi tarikan magnet untuk berlaku kerjasama ini. Melihat anak muda yang ingin membantu masyarakat dan berdakwah dengan penghasilan baju Muslimah, ia sememangnya harus dicontohi oleh semua usahawan lain. Apatah saya sendiri juga menceburi dunia perniagaan.

:”Banyak perkara sebenarnya yang buat saya sendiri jatuh hati dengan Sabella. Namanya pun sudah dekat dengan nama Ella. Rekaan yang dikeluarkan juga sangat cantik dan kemas, selain mampu dibeli buat semua golongan termasuk pelajar universiti. Pendek kata sesuai untuk semua peringkat usia.

“Bab bayaran itu, saya rasa tak perlu untuk dikongsi umum. Cuma jumlah yang dipersetujui membuatkan kedua dua belah pihak gembira,” tambahnya lembut.

Sementara itu, cerita penubuhan awal Sabella cukup mengagumkan untuk dicontohi mereka yang berminat berniaga.

Bermula secara kecil kecilan dengan hanya mempunyai 10 orang dropship yang terdiri daripada keluarga terdekat, Sabella kini berjaya memiliki 13,000 orang dropship dari seluruh Malaysia dan kilang sendiri berkeluasan 30,000 kaki persegi bagi menampung permintaan pelanggan yang sangat tinggi.

Sejarah Sabella bermula dari kesempitan hidup yang dialami Siti Sabella dan Mohd Suffian yang terpaksa memberi anak mereka minum susu pekat manis sebagai ganti kepada susu biasa.

Dan sebagai isteri tentulah bersama suami dalam susah dan senang  di mana ketika itu timbul idea untuk membantu dengan cara menjahit.

Siti Fatimah pernah menjahit baju 100 pasang sehari sehingga jari jemarinya bengkak teruk memandangkan beliau kidal dan perlu memegang gunting yang lazimnya digunakan dengan tangan kanan.

Dengan jualan yang mendapat sambutan, Siti mengambil pula langkah menjalankan perniagaan secara serius dengan niat ingin membantu semua suri rumah yang senasib dengannya pada ketika itu. 

Bermula secara kecil kecilan dengan hanya mempunyai 10 orang dropship yang terdiri daripada keluarga terdekat, Sabella kini berjaya memiliki 13,000 orang dropship dari seluruh Malaysia dan kilang sendiri berkeluasan 30,000 kaki persegi bagi menampung permintaan pelanggan yang sangat tinggi.



“Sehingga kini,kami sentiasa mengalu-alukan dan membuka ruang kepada sessiapa terutama suri rumah dan wanita berkerjaya  untuk sama-sama menjana pendapatan secara tidak langsung meningkatkan ekonomi keluarga dengan menyertai program perniagaan sebagai dropship secara PERCUMA,” ujar Mohd Suffian.

Dengar tu ya… PERCUMA sahaja jika mahu tergolong dalam kumpulan ‘dropshp Sabella’. Jadi apa tunggu lagi, rezeki dah terpampang di hadapan mata.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut  bolehlah ikuti perkembangan Sabella di Instagram @sabella_co atau laman sosial Facebook Fanpage: @sabella.hq

Kak Fas: Dah layari laman web www.sabella.com.my. Memang mampu milik harganya dan tengah mencari-cari mana yang cantik untuk dicuba sebab yang penting #bajutanpagosok sebab dengan rutin yang sentiasa sebuk lebih mudah mencari baju yang tak perlu gosok tetapi terus pakai. Nak cepat kan?


#Sabela #Ella #RatuRock #Bajutanpagosok #SabellaXElla

Tiada ulasan:

Catat Ulasan