I-SING MALAYSIA CARI WAKIL SERTAI I-SING WORLD 2020. JOM UJI BAKAT....
Jika masih belum tahu, i-Sing sebenarnya sudah memasuki edisi ke-4 tahun ini. Ia dimulakan di Myanmar pada tahun 2017 oleh Yuro T dari I-Sing Management melalui APIC Singapura sebagai pengasasnya.
Bermatlamat untuk membangun dan mempromosikan para penyanyi tanahair dengan memberi peluang kepada mereka untuk bertanding dan menguji bakat di peringkat antarabangsa pada i-Sing World disertai lebih 50 negara seluruh dunia.
Dan sejak bermulanya pertandingan tersebut, penyertaan Malaysia tidak menghampakan di mana pada musim ke-2, penyanyi Syafeek Ikhwan berjaya dinobatkan sebagai juara pada kategori solo.
Tahun lalu, ketika i-Sing World berlangsung di Stockholm, Sweden, Malaysia sekali lagi berada di barisan hadapan walau pun tidak bergelar juara di mana dua-dua wakil Malaysia iaitu Muhamad Husaini Mahmur dan Nadia Hassan masing-masing memperoleh tempat kedua dan ketiga.
Sebelum itu, lebih awal lagi, ketika i-Sing World berlangsung pertama kalinya di Myanmar, peserta dari Malaysia, Nabillah Mohammad berada pada kedudukan ketujuh.
Dan tahun ini pula, Malaysia bakal menjadi hos i-Sing World 2020 pada 11 hingga 16 September 2020 bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Satu majlis sidang akhbar sekali gus melancarkan loga i-Sing World 2020 telah pun berlangsung baru-baru ini dengan kehadiran Yuro T bersama penganjur bersama lainnya.
Bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2020, penganjuran i-Sing World 2020 mensasarkan kehadiran peserta dan pelawat dari 50 negara yang dijangka mengambil bahagian.
"Setekat ini 28 negara telah pun mengesahkan penyertaan dan kami jangkakan lebih ramai lagi akan mendaftar dalam masa terdekat,"ujar Michael Samy dari Rythmis Mine Studio sebagai penganjur i-Sing Malaysia.
Negara terlibat meliputi Macau, Kanada, China, Cambodia, Perancis, Finland, Greece, Guinea, Vietnam, Kong, India, Indonesia, Jepun, Australia, Myanmar, New Zealand, Pakistan, Filipina,Thailand, Singapura, Afrika Selatan, Korea Selatan, Spain/Barcelona, Ukraine, Taiwan, UAE dan tentunya Malaysia sebagai tuan rumah
Tahun ini juga menyaksikan sekongan oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia bersama Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2020.
Menjelang i-Sing World 2020 pada September nanti, pertandingan untuk mencari wakil Malaysia ke pentas akhir akan bermula pada 14 Mac ini.
"Tahun ini akan menyaksikan penyertaan di kalangan kanak-kanak sebagai memeriahkan lagi pertandingan peringkat antarabangsa ini," ujar Yuro ketika ditemui.
Tiga kategori disediakan meliputi:
- Junior - penyanyi solo berumur antara 6 hingga 16 tahun
- Solo Dewasa - penyanyi solo berumur 17 tahun keatas
- Berkumpulan - terdiri dari 2 hingga 5 penyanyi tidak mengira umur.
Mereka yang berhasrat untuk sesi uji bakat boleh hadir ke lokasi berikut dengan membawa CD muzik masing-masing:
14-15 Mac Plaza Pelangi, Johor Bahru
21-22 Mac Mahkota Parade, Melaka
04-05 April Centrepoint Sabah, Kota Kinabalu
11-12 April Kuching, Sarawak
20-21 Jun Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
04 Julai Peringkat Akhir
Tambah beliau, peserta dibenarkan menyanyi dalam apa juga bahasa tetapi bagi peringkat akhir mereka perlu menyanyi dua buah lagu di mana salah satu mesti dalam Bahasa Malaysia.
"Diskaun sebanyak 20% akan diberikan kepada pendaftaran awal," tambah Michael.
Jadi jika impian korang mahu jadi penyanyi 'world' bak tagline Mawi AF3, apa lagi tandakan tarikh uji bakat pada kalendar masing-masing pada lokasi yang terdekat dengan korang.
Juara i-Sing World 2020 bakal menjadi artis rakaman dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM50,000.
Siapa tak nak kan?
Kak Fas: Dah dua kali hadir ke sidang akhbar berhubung i-Sing Malaysia. Dan tak sabar nak tahu siapa agaknya artis antarabangsa berpangkalkan nama dari huruf 'AP' yang akan dibawa pihak penganjur sebagai juri.
Artikel berkaitan boleh juga dibaca di SINI.
#iSingWorld #iSingMalaysia #SyafeekIkhwan #APICSingapura
Oh sebenarnya baru je tau ni about I-Sing ni..bagus juga ya sbb tengok ada banyak jugak negara2 lain yg join..bagus juga to those yg minat menyanyi boleh cuba join program I-Sing ni pulak, sambil bawa negara kita hehe.
BalasPadamWah program baru ke.. Semua kategori ada.. Menarik sangat.. Ade dari Malaysia.. Terbaik la..
BalasPadamSaya tengok penyanyi juara musim lepas menyanyi live terus meremang kak. Memang suara dia best. Nanti nak tengok tahun ni punya peserta. Hehehe.
BalasPadamwoww I-Sing buat kat Malaysia... za selalu gak follow show ni sebab dari seantaro benua penyanyi2 nya... best tgk dorang ni mcm2 style..
BalasPadamYang ada balat dalam bidang nyanyian boleh lah cuba masuk i-Sing ni untuk mewakili Malaysia. Tak sangka dah tahun ke 4 i-Sing ni ya
BalasPadamwah menarik competition ni. minta2 bakat2 di malaysia yang kurang dapat perhatian dapat diketengahkan di pertandingan ini :)
BalasPadamOwhh ada rancangan baru ya. Boleh le tgok nanti. Kalaulah kita ada suara merdu..sure mcm2 pertandingan nyanyian kita masuk..hehehe
BalasPadamYang berbakat bagus ni pergi uji suara ni, mana tau rezeki kan...sebenarnya bagus rancangan realiti macam ni tau, sebab kita nampak bakat-bakat terpendam anak-anak muda kan..dari[ada bakat di simpan je, baik ke depan, boleh cari duit bantu keluarga..
BalasPadamtudiaaa.. banyak juga negara yang menyertai I-sing ni. Harap-harap ada la wakil malaysia yang sampai ke Final. kalau jadi juara lagi la bangga kan sebab kat tempat sendiri. Part juri tu siapa ekk yang namanya AP tu.. hurmmm, puas mikior.. hehe
BalasPadamDah 4 tahun rupanya ya... tak tau pula dah agak lama dah pertandingan ni... kat stesyen mana ya ia disiarkan?... hehehehe... dah agak kurang menonton TV dah sekarang ni... maklumla, duduk kat hujung tanjung laaa ni kannnn... dok tengok TV Singapore atau TV Indonesia je...
BalasPadamPernah dengar nama program nie sebelum nie tp macam kurang liputan. Sape yg berbakat menyanyi tu, bolehlah cuba nasib
BalasPadamAlamak teruknya kita ketinggalan! Dah 4 tahun tapi kita tak pernah dengar pasal i-sing ni hahah terus terasa diri ni dah tua..haha
BalasPadamBaru tahu ada program i-sing ni. Thank you for the info. Rupanya dah lama ada program macam ni, siap ada banyak category pulak tu. Rasanya program ni kurang mendapat liputan.
BalasPadam