Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM BERSAMA KHAI BAHAR, WANY HASRITA BANTU PELARIAN SYRIA...


Pertubuhan kemanusiaan, Syria Care mensasarkan mampu mengumpul sejumlah RM500,000 sehingga penghujung tahun ini bagi melaksanakan pelbagai bentuk bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria.

Sejak projek pengumpulan dana itu dilancarkan pada bulan Oktober 2019, sehingga kini Syria Care memperoleh kira-kira lebih RM200 ribu ringgit di dalam tabung kemanusiaan hasil derma rakyat Malaysia di dalam mahu pun di luar negara.

“Sebanyak RM231,840 diperlukan untuk pengurusan Sekolah Ulfah (Perempuan) di Atma, Syria,” ujar Pengerusi Syria Care, Ustazah Siti Sakinah Meor Omar Baki (kiri) ketika ditemui pada majlis pelancaran Kembara Jiwa dan Kemanusiaan Syria Care 3.0. bersama  Ikon Kemanusiaan yang berlangsung di Royal Chulan The Curve, Mutiara Damansara.

Pelancaran program yang dirasmikan  oleh Presiden Karyawan Malaysia, Dato Freddie Fernandez  (dua dari kanan)  turut memperkenalkan ikon-ikon kemanusiaan yang akan bersama dalam projem kembara iaitu isteri kepada Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad (dua dari kiri), penyanyi Khai Bahar dan Wany Hasrita termasuk PU Selebriti Dr Taha Omar dan pensyarah Dr Mohd Azrul Azlen Abd Hamid.

“Kesemua mereka akan berlepas ke Turki dan Syria pada 5 hingga 11 April 2020  diketuai oleh Ustazah Siti Sakinah,” ujar Nurdieana Mohd Mardzi (kanan) selaku Pengarah Projek Kembara Jiwa dan Kemanusiaan Syria Care 3.0 dalam ucapan aluannya kepada media.

Menurut Nurdieana komitmen dan penglibatan ikon-ikon terbabit dilihat sangat penting sebagai perantara kepada rakyat Malaysia terutamanya terhadap ketelusan kerja-kerja kemanusian Syria Care.

Bagi penyanyi yang mula dikenali melalui aplikasi Smule sehingga mendapat gelaran ‘Raja Smule’ di kalangan peminatnya, Khai Bahar yang sudah tiga kali melaksanakan program kemanusiaan Syria masih melahirkan rasa bersyukurnya dapat sekali lagi diberi peluang menyumbangkan tenaganya.

“Walau pun sudah beberapa kali mengikuti program sebegini namun inilah pertama kali saya akan memasuki Syria untuk melihat lebih lanjut apa yang berlaku di sana untuk dikongsikan kepada semua,” ujar pemilik nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin ini.

Malah plantun lagu ‘Bayang’ ini sudah tentu tidak lagi akan dibayangi dengan keraguan terhadap penderitaan yang dialami setiiap rakyat pelarian Syria apabila berpeluang melihat sendiri penderitaan pelarian di kem, anak-anak yatin dan juga ibu tunggal yang kini hidup dalam kesejukan dan kekurangan makanan apatah lagi menghampiri bulan Ramadan tidak lama lagi.

“Saya akan terus berkongsi dengan peminat dan menyeru mereka untuk sama-sama membantu dan meringankan penderitaan rakyat Syria, “ tambah pemenang Ikon Media Sosial pada Anugerah Planet Muzik 2018 ini.

Dengan mempunyai 2 juta pengikut di laman Instagramnya tidak syak lagi, Khai Bahar mampu menyedarkan golongan muda tentang pentingnya menyojong usaha murni Syria Care.

Sementara itu, bercerita mengenai kesediaan beliau menyertai misi Syria Care sebagai ikon kemanusiaan, Datin Seri Masdiana Muhamad berpendapat, sebagai isteri pemimpin adalah tanggungjawabnya untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Kesedaran untuk menyertai program tercetus selepas beliau sendiri mengalami pengalaman kesejukan bersama anak-anak ketika bercuti ke Turki dua tahun lalu.

“Disebabkan waktu itu musim sejuk dan cuaca pula teramat dingin malah baju tebal pun masih terasa sejuk hingga tangan saya dan anak-anak pun sampai cramp, jadi bayangkan anak-anak yang tinggal di luar dalam keadaan begitu. Malah setiap kali melihat video anak-anak Syria yang kesejukan hati saya amat tersentuh,” ujar DS Masdiana.

Kak Fas turut tersentuh mendengar cerita Datin Seri apatah lagi melihat video yang memaparkan wajah-wajah anak Syria yang kesejukan malah ada yang meninggal dunia kerana beku. 

"Saya mohon kepada anda semua, untuk kita saling mendoakan keberjayaan program ini, dan semoga ikon yang turut serta pada edisi ini akan terus bersama Syria Care bagi memperkasa serta menyebarluaskan pengalaman yang dilalui kepada masyarakat di luar sana. InshaAllah," akhiri Nurdieana Mohd Mardzi selaku Pengarah Projek sekali lagi.

Terdahulu, kira-kira 10 hari lalu, Kak Fas turut hadir ke sebuah lagi acara anjuran Syria Care iaitu Kempen Ramadan Al Khair 8.0 dan Oder Food di mana kita diberi peluang beramal dengan memesan makanan untuk dihantar ke Syria pada bulan Ramadan kelak.

Kak Fas: Siapa yang selalu pesan makanan melalui Food Panda ke Grab Food ke jangan lupa pesan sekali melalui Oder Food ya... kerana pesanan itu lebih afdal dan diberi pahala insyaAllah! 

Baca DI SINI.

Apa pun Kak Fas belanja sikit pesanan dari Khai Bahar ya... Dengar tau!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan