Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NAK CARI LOKASI PERKAHWINAN BAWAH RM10K? CUBA TWH LOUNGE INI...


Pening! Pening! Pening!  - keluh Hawa.

“Dah kenapa pulak ni, kan kita dah nak kahwin,” tanya Adam.

“Iya lah tetapi kita tak cukup bajet nak buat perkahwinan impian  yang nampak grand tetapi murah… tu yang rasa sedih ni,” jawab Hawa.

Jika begitulah keluhan  yang sering diucapkan pasangan bakal pengantin barangkali dengan wujudnya ‘The Wedding Heritage Lounge” atau ringkasnya ‘TWH Lounge’ yang merupakan satu venue untuk majlis perkahwinan atau sebarang majlis keraian dan seumpamanya boleh menyelesaikan masalah yang menghantui mereka.

Faktor itulah juga punca pasangan suami isteri, Muhammad Azim Ishuddin bersama Idayu Ideris mengambil langkah membuka syarikat A&A Wealth Sdn Bhd bertujuan membantu bakal pengantin memenuhi impian perkahwinan idaman masing-masing.

“Fokus utama kami ketika memulakan perniagaan TWH adalah untuk memberi semula kepada masyarakat,” ujar Muhammad Azim ketika ditemui di majlis perasmian TWH Lounge yang berlokasi di Taman Seri Rampai baru-baru ini.

Baharu sahaja dilancarkan pada bulan Februari 2020, cawangan ke-7 The Wedding Heritage ini atau TWH Lounge berkonsepkan santai dan kembali ke alam semula jadi.

Persoalannya apa beza TWH Lounge ini dengan beberapa lagi venue yang dibina khas untuk majlis perkahwinan yang kini tumbuh bagaikan cendawan?

“Kelainan TWH adalah kami memberitakan konsultansi percuma bagi pelanggan memilih pakej yang bersesuaian dengan bajet mereka. Konsep dekorasi juga boleh dipilih. Senang kata kami fleksible dari segi masa, tenaga dan tempat,” sambung Muhammad Azim selaku Pengarah TWH.


Beliau memberitahu, idea tercetusnya TWH Lounge terhasil setelah mereka sendiri mengalami kesukaran untuk mencari tempat bagi mengadakan majlis perkahwinan dalam bajet yang mampu tetapi nampak mewah.

Pasangan anak satu ini memberitahu, atas kesulitan yang mereka hadapi ketika mahu melangsungkan perkahwinan menimbulkan hasrat untuk membantu golongan yang berhadapan dengan masalah sama.

“Permintaan untuk berkahwin dengan pakej lengkap dibawah RM10,000 begitu banyak kami terima baru-baru ini. Jadi kami rasa bertanggungjawab kepada golongan sedemikian untuk merealisasikan impian mereka, “ tambah Idayu meneruskan cerita.

Menurutnya setelah  berbincang sesama vendor mereka sepakat menyediakan pakej perkahwinan  yang bermula dari RM9,900 untuk 200 jemputan sahaja.

“Inilah pengorbanan kami untuk mereka yang mahukan sebuah perkahwinan yang nampak grand tetapi dalam bajet yang tidak tinggi, Kira selepas kahwin cuci tanganlah,” ujar Idayu.

Bermodalkan RM50,000, TWH Lounge didirikan di sebuah bangunan empat tingkat yang membolehkan pengguna menyewa seluruh  ruang tersedia lengkap dekorasi berkonsepkan alam semula jadi dengan hiasan meja yang cukup elegan dan nampak mewah.

Siapa sangka pasangan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam  Biokimia ini beralih ke satu bidang yang menyimpang jauh daripada yang dipelajari dari UKM Bangi.

“Kepakaran kami sebenarnya dari segi pemasaran dan penjualan. Kerana itu kami juga banyak menjalankan projek usahasama dengan pihak pemaju bermula tahun 2019  malah turut bekerjasama dengan syarikat pemilik bangunan, resort percutian atau banglo tinggal yang meminta TWH menaikkan semula reputasi bangunan mereka supaya dikenali dengan konsep lebih segar dan berbeza,” ujar Muhammad Azim panjang lebar.


Tidak hairan, TWH kini antara jenama perkahwinan no.1 di Malaysia malah sebagai pelan pembangunan, syarikat mensasarkan pembukaan  50 cawangan baharu menjelang 2021.

Setekat ini melalui 7 cawangan yang dimiliki, TWH mampu mengendalikan 30 majlis sebulan yang bukan sahaja melibatkan perkahwinan tetapi pelbagai acara lain.

“Bagaimana pun, bukan kesemua premis TWH menyediakan pakej di bawah RM10,000 tetapi juga pakej yang lebih tinggi sehingga RM170,000 pun ada. Segalanya bergantung kepada kemampuan dan bajet pengguna,” jelas Idayu.

Melihat kepada kesungguhan dan wawasan kedua pasangan usahawan muda berusia 29 tahun ini ternyata mereka mempunyai visi yang tinggi dalam menggapai tangga kejayaan.

“Jika diizinkan kami mahu TWH dapat berkembang dan disenaraikan dalam bursa saham dan menjadi syarikat yang dikenali di peringkat antarabangsa,” harapan Muhammad Azim dan Idayu.

Tidak syak lagi dengan kepakaran yang dimiliki usahawan-usahawan muda ini,  tidak mustahil bagi A&A Wealth Sdn Bhd  membina empayar yang besar sekali gus mampu menterjemah dan merealisasikan  makna kekayaan (wealth)  yang terselit pada nama syarikat.

Kak Fas
Memang cantik TWH ini untuk mereka yang mahu mengadakan sebuah majlis yang boleh memuatkan 500 jemputan baik acara bertunang, akad nikah, baby shower, pelancaran produk mahu pun menganjurkan seminar atau apa sahaja waima majlis hari jadi sekali pun. Kecik tapi glam kata orang, itu yang penting.



PAKEJ harga yang disenaraikan TWH mengikut event.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan