Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PAKEJ HAJI RAWDAH FELDA TRAVEL TAWAR KESELESAAN PESAKIT LUTUT

PAKEJ FELDA Travel sesuai dinikmati jemaah sakit lutut atau kaki.
Pejam celik, pejam celik, tak lama lagi  pada akhir Julai dah musim Haji. 
Kak Fas percaya  di antara 31,600 bakal jemaah haji yang dilaporkan telah mendapat tawaran daripada Lembaga Tabung Haji untuk mengerjakan Haji tahun ini (1441H/2020M) tentu ada yang rasa kecewa tidak disenaraikan.
Walaupun masih terbuka pintu rayuan namun peratusan itu terletak pada rezeki masing-masing. Hanya ALLAH SWT yang maha mengetahui siapa yang sudah sampai serunya.
Pun begitu, usah kecewa kerana jika ada SERU dan REZEKI peluang untuk anda mengerjakan HAJI masih ada.
Di sini Kak Fas ingin berkongsi di mana peluang itu berada cuma setelah membacanya nanti anda perlu bertindak pantas kerana melalui pakej yang dikendalikan Felda Travel yang  Kak Fas akan ceritakan lebih lanjut, cuma tinggal 11 lagi kekosongan yang tersedia daripada jumlah yang diterhadkan sebanyaj 45 jemaah sahaja.
 Ya.. Felda Travel menyediakan pakej Haji Rawdah premium di mana peluang untuk anda naik haji sudah berada pada tahap 90% jika cepat terutama bagi mereka yang gagal pada peringkat rayuan dari Lembaga Tabung Haji atau mana-mana pengendali pakej Haji lainnya.

“Jika anda telah daftar haji tahun 2015 ke bawah (2015, 2014, etc), Inshaallah kami akan bantu supaya anda dapat naik haji tahun ini,” ujar Mohd Azahari Mohd Roslan selaku Pegawai Bahagian Pemasaran Felda Travel Sdn Bhd.
Menurut beliau, tahun ini Felda Travel mengehadkan bilangan  jemaah bagi Pakej Rawdah pada 45 orang sahaja iaitu cukup-cukup muat untuk sebuah bas.
“Ini bagi menjaminkan para jemaah mendapat kualiti perkidmatan dan bimbingan ibadah  haji yang terbaik dan setekat 20 Mac lalu, 34 bakal jemaah haji telah mendaftar, jadi hanya ada 11 slot kekosongan sahaja lagi,” tambah Mohd Azahari.
Lebih menarik, mereka yang membuat pendaftaran awal iaitu sebelum 25 Mac 2020 dapat menikmati promosi istimewa. Ada tawaran potongan harga tau!

Apa yang istimewanya itu, sebaiknya anda berkunjung ke Felda Travel beralamat di Tingkat 4, Balai Felda, 54000 Kuala Lumpur atau hubungi terlebih dahulu talian 03-26983833 untuk info lanjut.
Sementara itu apa yang Kak Fas boleh nyatakan ada banyak  sebab lain kenapa ramai memilih pakej Haji Rawdah yang dikendalikan Feldra Travel.
Lazimnya selain daripada memikirkan soal penginapan dan lain-lain kemudahan, yang sering menjadi keutamaan pemilihan sudah tentu siapa pembimbing di sebalik ibadah haji yang akan dilaksanakan.
Bagi yang pertama kali menunaikan Haji sudah tentu mahu seorang pembimbing yang berpengalaman ya tak?
Menurut Mohd Azahari, ibadah Haji tahun ini akan dibimbing oleh Prof. Dr Mohamad Khadafi Rofie, seorang pembimbing ibadah haji bertauliah yang cukup berpengalaman.
“Jadi anda tak perlu risau tentang masalah hukum hakam dan ibadah sepanjang menunaikan rukun kelima itu,” tambah Mohd Azahari.


Selain itu, melalui pakej Haji Rawdah yang bermula dari RM69,990 (bagi 4 orang sebilik), sebaik sahaja tiba dengan penerbangan business class Saudia Airlines terus ke Jeddah, anda akan dibawa menginap di hotel 5 bintang, Al Safwah Royal Orchid Hotel tanpa transit dahulu di kawasan Aziziah sehingga 15 Zulhijah seperti pakej-pakej lain.

Menurut Azahari, ramai yang tidak tahu perkara ni waima jika mengambil  pakej yang harganya mungkin lebih murah, jemaah akan dibawa transit menginap di Aziziah dahulu untuk jimatkan kos sebab harga hotel di Mekah sangat mahal ketika waktu kemuncak haji (25 Zulkaedah - 15 Zulhijjah).
“Jemaah hanya dibawa berpindah ke hotel di Mekah selepas 15 Zulhijah. Memang dapat jimatkan kos, tapi jemaah mungkin tidak dapat pergi ke Masjidil Haram setiap hari kerana kawasan Aziziah jaraknya 4.5km dari Masjidil Haram dan jalan sangat sesak ketika musim haji,” jelas Azahari.
JIka korang pernah menunaikan umrah ke Mekah sudah tentu maklum mengenai hotel Al Safwah Royah Orchid  yang bersambung dengan dataran Masjidil Haram. 

Kak Fas percaya semua yang pernah menjejakkan kaki ke tanah suci mengetahui kedudukam Al Safwah yang berhampiran jam besar ini, di mana di bawah hotel ini juga terdapatnya kedai-kedai serta paling utama ada food court yang menempatkan Restoran Felda D’Salji di situ.
Di sinilah Kak Fas makan roti canai dan minum teh tarik setiap petang sebelum menanti Maghrib. Memang strategik kedudukan Hotel Safwah Royal Orchid ini apatah lagi lokasinya cuma 50 meter jauhnya dari pintu menuju ke Kaabah.

Melihat dan membaca pengalaman jemaah haji yang pernah memilih Felda Travel, Kak Fas pun rasa teruja dan terus berdoa moga dibukakan pintu rezeki untuk berpeluang menikmati pengalaman tunaikan Haji dengan Felda Travel ini.
Walau pun harga pakej haji Rawdah agak berganda-ganda daripada RM9,980 seorang yang ditawarkan oleh Lembaga Tabung Haji untuk yang pertama kali  menunaikan haji manakala RM22,900 untuk haji berulang, namun Kak Fas percaya harga yang dibayar pelanggan Felda Tracel berbaloi dengan keselesaan yang diterima. 

Felda Travel menjanjikan anda dapat beribadah dengan lebih selesa di khemah khas yang disediakan ketika di Mina, dengan jarak kurang dari 800m untuk melontar (bukan 3.5km seperti pakej biasa atau muasasah). 
“Sangat sesuai jika anda ada sakit kaki dan lutut sebab anda akan pergi melontar jamrah hingga 4 hari,” yakin Mohd Azahari.
Jadi jika tahun ini anda bukan daripada jumlah 31,600  bakal jemaah haji yang terpilih (jumlah ini belum termasuk bilangan yang berjaya dalam rayuan) oleh Lembaga Tabung Haji, barangkali boleh beralih ke Felda Travel.

Untuk info lanjut atau tempahan sila berhubung melalui whatsapp ke Puan Shidah di talian +60192010843
 atau Hj Rizal di talian +60192637028
 atau layangkan emel  ke salam@feldatravel.com.my. 
Anda juga boleh layari laman web rasmi www.feldatravel.com.my/haji2020 mahu pun berkunjung ke laman facebook @feldatravel atau Instagram @feldatravel. Nak lebih mudah klik LINK INI.
Apa pun harga pakej untuk Haji Rawdah selama 25 hingga 30 hari adalah seperti dalam poster di bawah ini ya bahkan anda juga boleh memilih pakej ekonomi Rayhan yang bermula dari RM36,990 untuk 40 hingga 45 hari.




Kak Fas: Sudah terasa kelesaan yang bakal dirasai jemaah pakej Haji Rawdah ini mula dari penerbangan yang selesa hingga ke menunaikan rukun kelima itu. Semoga ada rezeki! Allahu Akbar! Labbaikallahumalabaik...Lambaikalasyarikalakalabaik.. Innalhamda... Walnikmati. Lakawalmudh.. Laasyarikallak

#feldatravel #pakejhaji #pakejhaji2020 #haji2020 #panggilanhaji2020

14 ulasan:

  1. Mudah-mudah tahun ini jemaah dapat menunaikan haji..
    Untung juga ikut pakej haji travel macam ni kann, tengok aja pakej yang di tawarkan, semuanya layan kelas pertama..puashati ..

    BalasPadam
  2. Bagusnya pakej ni.. ada tawarkan keselesaan untuk warga tua yang sakit lutut tu.. senang lah makcik-pakcik yang berniat nak ke tanah suci tapi keadaan kesihatan fizikal tak mengizinkan bukan lagi masalah dah..

    BalasPadam
  3. Sebak plak hati ni tgk post kak fas sbb teringat kat Tanah Suci sekarang kena kuarantin , tak de sapa boleh tunaikan haji ke umrah buat sementara waktu... semoga covid cepat berakhir...nnt ada rezeki za nak bawak mak la ikut pakej felda travel ni..

    BalasPadam
  4. Bestnya kalau dapat pergi menunaikan haji dan umrah lagi2 bila dapat bwk mama dan semua ahli keluarga pergi sekali..pakej ni nampak bagus dan menarik..nnt bila ada rezeki boleh tgk2 lagi..

    BalasPadam
  5. seronok tengok pakej ni dengan pelbagai kemudahan yang disediakan//dan kalau dapat pergi bawa mak ayah ..mesti diaorang happy kan

    BalasPadam
  6. Bestnya pakej yang ditawarkan dari felda travel ni.senang hati buat ibadah kat sana nanti.

    BalasPadam
  7. Boleh Qiss pertimbangkan pakej Felda Travel ni nanti. Bagus sebab banyak kemudagan yang disediakan. Inshaa Allah ada rezeki nanti nak pi tunaikan haji

    BalasPadam
  8. Oh! This is a good package by Felda. Thank you for sharing. Have a good day.

    BalasPadam
  9. Harap2 tahun nie umat islam dapat menunaikan ibadah haji dengan selesa. Bila peluang tiba pakej dari agensi yg memang terbukti berpengalaman dan terbaik harus di jadikan pilihan

    BalasPadam
  10. Bestnya kalau dapat pi tunaikan Haji ambil pakej dari Felda Travel. Saya suka semua tip top. so saya boleh fokus ibadat. Nanti nak menabung lah utk dapat kan pakej Rawdah atay Rayhan. Hehee

    BalasPadam
  11. Terima kasih atas perkongsian kak..Boleh la iena suggest dekat mak ambil pakej felda travel nanti :)

    BalasPadam

  12. Wow. Penerbangan Business Class dan hotel yang sangat dekat - insyaAllah akan memudahkan ibadah kelak kan. Better cari yang sahih dari dapat yang murah tetapi kemudiannya kena tipu kan

    BalasPadam
  13. bestnya kalau bisnes class tu dengan hotel sgt dkat. selesa mesti selesa kan.

    BalasPadam
  14. Best juga ya Felda Travel ni. Sedap nama pakej. Raudah & Rayhan. Moga dapat merasa pergi tanah suci Mekah dgn pakej best macam ni. Dapat fokus beribadat kan...

    BalasPadam