Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELUANG MENANGI HADIAH SAMBIL BERHIBUR BERSAMA ARTIS WARNER MUSIC ..

Dengan situasi negara sekarang ini yang dilanda  pandemik COVID-19,Warner Music Malaysia  memperkenalkan “#STAYATHOME WITH WARNER MUSIC”, iaitu persembahan secara langsung di media sosial, Instagram Live yang akan disiarkan di akaun Instagram Warner Music Malaysia Domestik @warnermusicmy  hari ini,  21 Mac 2020 pada jam 8.30 malam.

Program secara langsung selama dua jam ini akan menyaksikan artis Malaysia dan juga artis antarabangsa yang bernaung di bawah Warner Music, merangkumi 'live chat' dan persembahan menghiburkan anda.

Barisan artis berkenaan terdiri dari Aizat Amdan, Kuaimars, Bunga, Kaka Azraff dan Layla Sania manakala artis antarabangsa yang bakal muncul dalam sesi “#STAYATHOME WITH WARNER MUSIC” ini adalah JC Stewart & Griff.

KAKA dan JC Stewart (bawah), Kredit IG mereka.

Bertujuan untuk menghiburkan rakyat Malaysia dengan persembahan dan sesi 'berborak secara langsung', penonton  juga berpeluang memenangi cenderahati sekali gus mengenali dengan lebih rapat artis yang baru menyertai industri ini.

Bagi saya, di mana lagi yang kita akan berasa selesa untuk menikmati persembahan live jika bukan di bilik atau ruang kita sendiri kan? Artis kita sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada projek ini yang akan dijalankan ketika dunia menghadapi pandemik COVID-19. 

"Kami berharap agar usaha ini akan menceriakan rakyat Malaysia dengan cara menunjukkan bakat-bakat yang ada di Malaysia dan kami amat teruja apabila ada antara artis antarabangsa yang ingin melibatkan diri dalam projek ini. Ia amat bermakna untuk semua” ujar Shah Shamshiri, Pengurus Bahagian Domestik Warner Music Malaysia.

“Teknologi sudah bertambah maju dan ini membuktikan artis Malaysia boleh berganding bahu dengan artis antarabangsa melalui teknologi,” ujar pula Yee Lisan, Ketua Bahagian International Warner Music Malaysia.

Tambahnya, dengan COVID-19 yang merebak ke seluruh dunia, Warner Music  berharap agar artis-artis mereka  dapat menjadi inspirasi untuk rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Sekali lagi...penonton boleh menikmati persembahan ‘live’ “#STAYATHOME WITH WARNER MUSIC”  ini bermula jam 8.30 malam ini di akaun Instagram Warner Music Malaysia Domestik @warnermusicmy.

Kak Fas: Semoga selepas 31 Mac in keadaan akan kembali selamat agar kita boleh terus menjalankan rutin harian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan