Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SITI KHADIJAH SUMBANG TELEKUNG TERPAKAI

B
FOTO: Kredit IG Telekung.Sitikhadijah.
Peneraju  rekaan  telekung  berinovasi,  Siti  Khadijah Apparel  Sdn  Bhd  (Siti  Khadijah) menyumbang  sebanyak  600  pasang  telekung trade-in Siti  Khadijah  kepada  barisan  hadapan  yang  bertungkus-lumus  menjalankan tanggung   jawab   bagi   mengekang   wabak   Covid-19   di   Malaysia. 

Sumbangan   telekung   SK   merupakan   hasil   pembelian   &   pemberian pelanggan-pelanggan   SK   (#FamiliSK)   menerusi Kempen  Trade-In  Telekung  SK  yang telah   dijalankan   sejak   tahun   lepas. 

Secara   tidak   langsung,   #FamiliSK   turut  menjadi penyumbang   utama   dalam   memanfaatkan   projek   CSR   Siti   Khadijah   di   kala   krisis penularan   wabak   Covid-19   yang   sedang   berlaku. 

Siti   Khadijah   bekerjasama   dengan   NGO,   Angkatan   Sukarelawan   Asas   Sejahtera (ASAS)  bagi  sumbangan  telekung  ke  dua  buah  hospital,  iaitu  Hospital  Kuala  Lumpur dan  Hospital  Sungai  Buloh. 

Telekung  terpakai  yang  masih  elok  dan  telah  dibersihkan telah   diberikan   kepada   kakitangan   hospital   yang   memerlukan.  

Selain daripada  itu,  Siti  Khadijah  juga  turut  menyumbang  sejumlah  130  helai  tudung  sarung untuk   kegunaan  barisan  hadapan.  

Sebagai  syarikat  pembuatan  yang  turut  terjejas dengan   krisis   ini   di   mana   keseluruhan   operasi   kilang   jahitan   ditutup,   Siti   Khadijah berharap   agar   sumbangan   kecil   daripada   Siti   Khadijah   ini   mampu   menyuntik semangat  dan  motivasi  kepada  barisan  hadapan  dalam  menjalankan  amanah tugasan   yang   sangat   mencabar   ini. 



Bagi pihak rakyat Malaysia, SK turut menyampaikan segulung  penghargaan  dan  ucapan  jutaan  terima  kasih kepada   barisan   hadapan   yang   bertugas   dalam   menangani   wabak   Covid-19   ini.

Rakyat   Malaysia   akan   terus   berdoa   agar   penularan   wabak   Covid-19   ini   dapat dibendung   sepenuhnya. 

Dalam pada itu, Siti Khadijah turut membuka tabung kepada   #FamiliSK   yang   ingin   menyumbang   seikhlas  hati di mana mereka  boleh  berbuat  demikian dengan   memasukkan   sumbangan ke  Maybank:   5628   3460   9847 atas nama  akaun: Siti   Khadijah   Apparel   Sdn   Bhd.

Bagi setiap sumbangan yang mencukupi RM50, sepasang telekung Sitii Khadijah akan diberikan kepada barisan hadapan yang memerlukan.

Bantu  selagi  kita  mampu ya! 

Kak Fas: Doakan segalanya berakhir dengan baik semoga kita dapat menjalani Ramadan dengan sempurna.


 #SitiKhadijah #TelekungSitiKhadijah #Sumbangan #TradeIn #Covid-19 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan