Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BUTTONSCARVES X ELFIRA LOY PERKENAL 'THE MAHARANI'


Sejak berkahwin dan kini menjadi ibu kepada seorang cahaya mata, rezeki pelakon Elfira Loy tidak terhenti malah terus dicurah dengan beberapa tawaran khususnya sebagai duta produk. Itulah rezeki anak namanya.

Terbaharu, Elfira bukan sahaja menjadi rebutan jenama tempatan tetapi sayapnya kini sudah berkembang ke negara jiran apatah lagi nama dan wajah beliau bukan asing bagi warga Indonesia.

Di kepulauan Jawa itu, beliau dikenali setelah beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di sana antaranya seperti Baim Wong mahu pun Randy Pagalila.

Berita terbaharu kini, Elfira Loy mencipta sejarah tersendiri apabila disunting bekerjasama dengan jenama tudung popular, Buttonscarves yang berpangkalan di sana.

Malah lebih tepat, artis bertudung yang memiliki seramai 4.8 juta pengikut di Instagram itu menjadi artis Malaysia pertama bersatu dengan jenama dari seberang ini.

Sebagai permulaan Buttonscarves x Elfira Loy  hadir dengan sebuah koleksi istimewa dipanggil 'The Maharani Series' yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal ini.

Bercerita bagaimana tercetusnya idea kerjasama antaranya dan Buttonscarves, Elfira berkata, kerjasama mereka tercetus dengan sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan.

Apatah lagi isteri kepada  Muhammad Faris Khairol Anuar ini asalnya memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu.

Dan hari ini (24 April) menjadi titik sejarah bagi Elfira yang lebih mesra disapa El apabila koleksi 'The Maharani' dilancarkan di Indonesia sempena hari pertama seluruh umat Islam di dunia meraikan Ramadan penuh mulia.

Koleksi The Maharani Series memiliki 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen senibina di India, menggunakan fabrik jenis kapas voil dan satin silk yang selesa apabila dipakai.
TAJ MAHAL... antara  lokasi penggambaran di India.

“Pada awalnya  kami cadang untuk memulakan pelancaran selepas musim raya. Namun tanpa diduga ia dipercepatkan. Pihak mereka merancang untuk menjalankan fotografi sebuah  koleksi tudung di Jaipur, India dalam masa singkat beberapa bulan lalu.

“Ketika itu pihak mereka memikirkan perancangan itu terlalu tergesa gesa dan akan menyusahkan saya. Namun apabila saya bersetuju, mereka tidak menyangka. Akhirnya terjadilah kerjasama koleksi The Maharani Series ini," ujar   pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini.

Menurut El, buat permulaan kerjasama ini akan berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei.  

"InsyaAllah tiada aral melintang, kerjasama ini akan berpanjangan,” tambah isteri muda berusia 26 tahun ini.

Mengenang kembali,  ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan ini memberitahu, kerjasama antaranya dan Buttonscarves  bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram.

“Dari DM, kami berlanjutan ke aplikasi WhatsApp.  Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung.



“Sebenarnya sejak dua ketiga tahun lalu saya sudah menjadi peminat secara diam terahdap jenama ini. Kalau terbang ke Jakarta, pasti saya akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana materialnya cukup selesa dan kemas.

“Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani ,” cerita El.

Ditanya mengenai sambutan Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu membendung penularan wabak Covid 19, Elfira mengakui akur dengan ujian yang berlaku.

“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.

“Jadi saya memang ternanti nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bulan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih.

“Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” jawabnya.
Sementara itu, berhubung jalinan Buttonscarves X Elfira Loy,  pihak Buttonscarves melihat kerjasama yang dijalinkan dengan Elfira cukup tepat dengan personaliti, aura dan imej bertudung dimiliki pelakon itu.

“Ini juga kerjasama perdana dan sulung kami dengan artis dari negara lain. Cita cita itu sudah lama dan akhirnya berjaya direalisasikan kini. Malaysia dan Indonesia sendiri negara serumpun yang berhubungan baik.

“Selama ini kami mencari calon yang sesuai berkolaborasi dengan Buttonscarves. Ternyata Elfira sudah menjadi seorang penggemar Buttonscarves sejak dulu. Personaliti dimilikinya juga menjadi terjemahan nuansa fesyen kami.

“Setelah berbincang kami pun memutuskan untuk menjalinkan kerjasama  khusus di bulan Ramadan ini. Kami juga merancang untuk membuka premis jenama tudung ini di tiga pusat beli belah di Malaysia termasuk Avenue K kelak,” ungkap Linda Anggrea selaku Pengarah Kreatif Buttonscarves.

Kata Linda lagi, koleksi ini dinamakan Maharani kerana gelaran itu di India diberikan kepada pemimpin wanita. 

Dalam bahasa sanskrit India, erti nama Maharani merupakan gabungan dari kata Maha yang bererti Agung dan Rani yang dimaksudkan sebagi Ratu, jelas Linda. 

Koleksi ini diilhamkan dari istana di Jaipur, India yang merupakan destinasi terbaru Buttonscarves ketika sesi fotografi diadakan. 

“India merupakan destinasi yang masih tergolong unik dan patut diteroka kerana banyak menonjolkan keunikan seni bina, motif, dan budaya,” tambah Linda.


The Maharani Series boleh dibeli di laman sesawang, www.buttonscarves.com. Malah ia juga boleh dibeli di aplikasi Buttonscarves. 

Sempena pelancaran, pihak Buttonscarves turut memberi diskaun 'free shipping'  kepada pelanggan dengan pembelian RM200 ke atas.

Harga jualan bermula dari RM125 hingga ke atas.

Ketika ini jenama yang bermula sejak 2016 itu terus sukses bukan hanya di Indonesia malah di pasaran Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam hingga sempat bertandang ke negara Uncle Sam.

Lebih menariknya, hasil penjualan koleksi tudung The Maharani Series ini akan digunakan untuk membantu mangsa wabak Covid-19 di Indonesia dan Malaysia.

Jadi sambil membeli kita turut beramal pada bulan Ramadan ini ya tak?

Info lanjut layari laman web rasminya di www.buttonscarves.com atau melalui
Instagram: @buttonscarves.




#buttonscarvesxelfiraloy #buttonscarves #elfiraloy #Indonesia #India

19 ulasan:

  1. Koleksi ni mmg nampak esklusif. Suka tengok rekaan yang diperkenalkan. Cantek

    BalasPadam
  2. Aaaaaaa semua warna cantik! kalau pakai mesti nampak elegan. sesuai buat tudung raya ni :D

    BalasPadam
  3. cantik2 kan koleksi dia.. bergayalah kita nanti bila beraya tahun ni hihi... tak sabar nak tengok full collection.warna2 pastel kesukaan za...

    BalasPadam
  4. Elfira Loy ni manis je orangnya. Memang best tengok perkembangan karier dia. Saya suka cara dia. Bersih je dari memacam isu. Hehehe. Ni tudung pun buat kerjasama. Memang pilihan tepat.

    BalasPadam
  5. Cantik koleksi Maharani ni, nampak lembut je. Kalau dapat satu ni syiok gak ni kan..:D

    BalasPadam
  6. Cantik cantik design Shawl The Maharani Series ni tambah lagi Elfira Loy yang jadi pakai..Kolaborasi yang menarik antara dua Negara :)

    BalasPadam
  7. Koleksi nampak sangat cantik. Minat yang ada bunga-bunga. Sesuai je Elfira jadi duta buttonscarves ni.

    BalasPadam
  8. Cantik betul koleksi shawl kali ni. nak pulak duta dia Elfira kan. memang kolaborasi yang sangat menarik.

    BalasPadam
  9. Nice one Elfira. Alhamdulilah rezki beliau semakin melimpah dan I have to say - cantik warna scarves dia. Once again, congrats Elfira

    BalasPadam
  10. Dah berapa hari nak bukak web dia macam ada prob sikit...nanti try lagi, sebab berkenan gan koleksi Elfira ni laaa.

    BalasPadam
  11. cantik design koleksi ni. warna pun semua soft je. sesuai untuk wanita feminis. banyak gak warna pilihn ye

    BalasPadam
  12. cantik designnya. Kalau beli & hadiahkan dekat buah hati mesti dia suka. Okay nnti nak usharlah

    BalasPadam
  13. Makin lama tengok, makin pekenan mudah tergoda dengan design tudung Elfira pakai nih, design tu nampak kelembutan pada si pemakai

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah rezeki Elfira sejak dapat anak
    . Dapat berkolaborasi dengan buttercarves. Makin berkenan dan jatuh suka pulak dengan tuudng butterscarves yang Elfira ni pakai. Warna dan designnya cantik. Soft saja.

    BalasPadam
  15. cantik2 design dia, saya suka bawal. insyaAllah bolehlah beli nanti

    BalasPadam
  16. terbaik. El kerjasama dgn company Indon.
    design pun cantik. bidang besar nampaknya kan.
    maka, tudung kita boleh dilabuhkan. ciri tu la wajib ada.
    terbaik la. cantik warna. materialnya pun nampak bagus.

    BalasPadam
  17. Cantik pulak tgk design button scarves ni. Boleh la usha usha sikit. Mana tau ada design berkenan untuk raya tahun ni kan. Hehehe

    BalasPadam
  18. cantik-cantik designyer, saya suka yang biru tuh

    BalasPadam
  19. Corak bangunan dan silk macam ni selalu evergreen! Boleh pakai tak jemu2~

    BalasPadam