Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MAK CIK KIAH, PAK LONG DAH BOLEH JUAL KE?


Carousell, sebuah platform jual beli dalam talian terbesar mengumumkan pelancaran kempen ‘Ramadan #TetapBuka sekali gus memberi peluang pada para peniaga untuk terus menjual makanan  mereka semasa tempoh PKP ini.

Seperti yang semua maklum, Kerajaan baru-baru ini telah membuat keputusan tidak membenarkan sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan dalam bentuk pandu lalu serta tempah dan ambil dibenarkan sama sekali.

Ekoran itu, sudah tentu ramai peniaga yang terpaksa akur dengan keputusan berkenaan sedikit sebanyak merasa hampa kerana tidak lagi mampu memperoleh keuntungan daripada pendapatan harian seperti tahun-tahun sebelumnya.


Apa pun yang lebih utama, tempoh PKP yang dilaksanakan adalah demi kepentingan dan keselamatan rakyat agar tidak menjadi mangsa Covid-19 yang kini sedang bermaharajalela di seluruh dunia.

Pun begitu, kita harus positif bahawa setiap kejadian ada hikmahnya. Dan apa yang dilaksanakan oleh Carousell melalui kempen Ramadan #TetapAda ini barangkali hikmah yang dinanti-nantikan para peniaga kecil  pemakanan.

Bagaimana caranya?

Dengan kerjasama Unilever Food Solutions, selaku pembekal perkhidmatan makanan utama negara, proses onboarding akan memastikan bahawa pemilik perniagaan yang belum pernah mengalami operasi dalam talian mampu disenaraikan dalam Carousell supaya lebih diketahui orang awam.

Menggunakan penyaringan yang tersedia dalam aplikasi Carousell, selepas disenaraipendekkan, pengguna dapat mencari penjual makanan yang berdekatan dengan lokasi mereka dalam jarak 10 kilometer.

Dan melalui  penyenaraian Carousell, pemilik F&B akan dapat menyediakan perkhidmatan bungkus ‘take-away’ atas permintaan tanpa perlu membayar premium atau caj komisen yang dikenakan oleh vendor luar. 

Secara tidak langsung, Carousellers akan dapat menyokong pertubuhan F&B tempatan yang berdekatan.

Kempen Ramadan #TetapBuka adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan antara Carousell dan Unilever untuk menyokong pertubuhan F&B tempatan semasa PKP yang akan berlangsung sehingga 12 Mei.

“Dalam waktu sukar dan tidak menentu ini, kami di Carousell tekad untuk bersama dengan komuniti Carousellers bagi membantu para peniaga seperti Mak Cik Kiah menjual hidangan istimewa ciptaan masing-masing kepada khalayak ramai dengan semangat #kitajagakita,” ujar Tang Siew Wai, Pengurus Negara (Malaysia), Carousell.


Kenyataan beliau turut disokong oleh rakan seperjuangannya,  Pengarah Urusan Unilever Food Solutions Malaysia & SIngapura, Ivan Lu, yang berharap melalui kolaborasi itu, ia dapat mewujudkan peluang perniagaan bagi penjual F&B di bulan Ramadan ini.

“Kami akan berkongsi kepakaran mengenai keselamatan makanan, penghantaran, perlindungan, keuntungan dan menu peningkatan imuniti dengan semua penjual makanan tempatan. Kami sangat gembira dapat memberikan peluang ini secara unik tahun ini,” jelas Ivan Lu.

Pendekata,  kempen Ramadan #TetapBuka dianjurkan bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyokong pertubuhan F&B yang lebih kecil di kawasan mereka, terutama sekali ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana penjual tidak dapat membuka gerai fizikal di Bazar Ramadan.

Jadi apa lagi Mak Cik Mak Cik Kiah atau pun Pak Long Pak Long di luar sana, jika mahu terus berniaga melalui platform e-dagang ini boleh layari laman web Carousell di platform https://my.carousell.com.

12 ulasan:

  1. Betul tu, tengah PKP ni pun boleh terus menjual, banyak platform apps dan juga perkhidmatan menjual ada kan...Sis pun banyak gak donlod memacam hahahaha

    BalasPadam
  2. dah lama tak bukak carousell. ada jual makanan rupanya. terima kasih atas makluman. biasa beli baju je

    BalasPadam
  3. Bagus ada platform macam carousell ni. Bukak peluang pada mak cik kiah nk berniaga jualannya time PKP ni. Hehe.

    BalasPadam
  4. Aiseyymennn.... Baru tahu dekat carousell ada jual food. Usahawan kena pandai rebut peluang dan ruang yang ada untuk jana pendapatan.

    BalasPadam
  5. Family za pun meniaga air cendol, baru discover carousel ada buat e-ramadan bazar juga.. Byk juga org order alhamdulillah.

    BalasPadam
  6. baru tahu kat varousell ada bazaar..agak menarik juga...bagus juga bila ada platform mcm ni

    BalasPadam
  7. Wah menarik ni, carousel ada buat e-ramadan bazar? memang x pernah sangka bnda ni akan happen. tapi menarik sangat.

    BalasPadam
  8. tak sangka carousell masih ada. ingat lagi beberap tahun lepas saya ada guna carousell utk cari barangan. semoga carousel menjadi pilihan ramai.

    BalasPadam
  9. Bagusnya ada platform macam ni. Senang nak berurusan uyk dapatkan makanan. Musim PKP ni mmg perlu ada sistem macam ni.

    BalasPadam
  10. sebenarnya saya seronok je bila ada jualan online camni.. hee~ zaman serba semua di hujung jari kan..

    BalasPadam
  11. Lama dah tak bukak carousel sebab tak ada benda nak cari, tapi seriuslah dah ada jual makanan dekat web tu nanti nak tengoklah.. tq info

    BalasPadam
  12. lama gak tak tengok carousel. banyak juga benda boleh beli disana rupanya

    BalasPadam