'DUP DUP' KARYA TERBAHARU SUMBANGAN AIZAT
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu ternyata sedikit sebanyak membataskan aktiviti seni para penyanyi antaranya Aizat Amdan.
Pun begitu, Aizat menggunakan masa yang terluang ini untuk mencipta lagu dan melangsaikan kerja-kerja pasca-produksi untuk albumnya akan datang.
Tidak pernah lupa menjalankan tanggungjawab sosialnya sebagai rakyat Malaysia dan artis berpengaruh, menerusi laman media sosialnya Aizat berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai wabak COVID-19, mengingatkan rakyat kepatuhan kepada arahan Kerajaan serta berkempen memohon sumbangan untuk Dana Pandemik COVID-19 MERCY Malaysia.
Kini, bagi menceriakan suasana suram yang dialami negara dalam tempoh ketidaktentuan COVID-19 dan PKP ini, Aizat tampil dengan karya terbaharunya yang berjudul “DUP DUP”.
Lagu ini turut menampilkan rapper wanita, Bunga. “DUP DUP” merupakan lagu ciptaan Aizat sendiri bersama komposer yang semakin meningkat naik, Mel Ramlan.
Mengulas tentang lagu ini, Aizat berkata:
“Saya berharap agar lagu Dup Dup ini bukan saja diterima baik oleh peminat malah dapat memberikan aura positif kepada pendengar muzik tempatan. Walaupun dalam tempoh ini kita harus menjarakkan diri antara satu sama lain, namun lagu ini boleh menjadi penghubung antara kita dengan yang tersayang."
Aizat turut terlibat dalam Konsert #WONDAdirumah, sebuah konsert dari rumah pertama di Malaysia yang menyaksikan Aizat bersiaran secara langsung dari rumahnya dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Ria dan laman IGTV ERA FM.
‘DUP DUP’ merupakan terbitan Kasi Gegar Entertainment dengan kerjasama Warner Music Malaysia.
Single ini boleh didapati dikesemua pelantar digital bermula 3 APRIL 2020 manakala lirik video “DUP DUP” boleh ditonton di saluran Youtube Aizat Amdan.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.theaizatamdan.com.
Sementara itu sila layan lagu terbaharu Aizat ini ya...
#DupDup #AizatAmdan #CintaSyriaMalaysia #WONDAdiRumah #COVID-19
Tiada ulasan:
Catat Ulasan