FILEM INDON CIPTA SEJARAH DARI PAWAGAM KE KACA TV
Memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa dan semua pawagam juga tidak beroperasi, Astro Shaw mengambil langkah pertama membawa filem yang sepatutnya ditayangkan di layar perak ke saluran kaca tv.
Ya... sebuah filem yang menjadi fenomena besar di Indonesia berjudul 'Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini' akan dibawa terus ke rumah anda di saluran Astro First bermula 23 April ini, tanpa ditayangkan di pawagam.
Berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 2.2 juta penonton, ia menjadi filem genre drama keluarga nombor 1 terlaris di Indonesia malah turut menerima pujian daripada pengkritik dan peminat filem di sana.
Menurut Ketua, Naib Presiden Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, apabila rakyat Malaysia dinasihatkan untuk duduk di rumah bagi memutuskan rantaian Covid-19, Astro Shaw tidak teragak-agak untuk menyajikan penonton dengan mempersembahkan filem yang berkualiti.
"Jadi, kami bawakan secara eksklusif buat pertama kali filem yang masih belum ditayang di pawagam tempatan terus ke rumah anda," tambah Raja Jastina.
Filem NKCTHI pada awalnya dijadualkan untuk ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan April ini dan ia adalah sebuah filem yang sarat dengan mesej kekeluargaan dan sangat dekat dengan masyarakat di Malaysia.
"Dalam situasi PKP sekarang, filem ini dapat membawa kita kenal lebih dekat dengan ahli keluarga. Mungkin sebelum ini kita terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga nilai kasih sayang antara keluarga itu kurang. Semoga dengan kehadiran filem ini, ia dapat mencambah kembali nilai kasih sayang di dalam sebuah keluarga dan penonton dapat terus kekal di rumah," sambunh Raja Jastina.
Perjalanan cerita NKCTHI berkisar tentang setiap ahli keluarga yang mempunyai karenah masing- masing.
Karekter yang penuh warna, emosi yang pelbagai dan juga impian yang berbeza-beza ini dapat dilihat melalui filem yang melihat kehidupan keluarga Narendra bersama 3 orang anak Angkasa, Aurora dan Awan.
Amat menarik filem ini diadaptasi dari buku penjualan terbaik tahun 2018 di Indonesia dengan judul yang sama, ‘Nanti Kita Cerita Tentang Hari’ (NKCTHI).
Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Penerbit Visinema Pictures, Anggia Kharisma berkata, “Kisah ini sangat dekat dengan kisah kehidupan kita sebagai anak, sama ada menjadi kakak, anak tengah, atau anak bongsu. Filem ini juga mengungkapkan batasan sebagai ibu bapa untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak dan keluarga. Semoga dapat menghangatkan hati keluarga anda dan menjadi pengalaman yang membuat kita mengasihi diri sendiri dan keluarga kita lebih baik di tengah- tengah wabak sekarang.”
Penonton bakal menyelami setiap karakter NKCTHI menerusi lakonan hebat oleh pelakon dari filem Dua Garis Biru, Rachel Amanda, Rio Dewanto (Gundala), Oka Antara (The Raid 2), Sheila Dara (Ratu Ilmu Hitam), Chicco Jerikho (Felosofi Kopi), Susan Bachtiar (Surat Kecil Untuk Tuhan), dan ramai lagi.
Lebih menarik, naskhah ini adalah hasil garapan dari Jenny Jusuf, pemenang penulis skrip Piala Citra Felosofi Kopi, dan sutradara Angga Dwimas Sasongko pemenang pengarah terbaik di dua festival Indonesia, Piala Citra dan Piala Maya menerusi filem ‘Cahaya Dari Timur': Beta Maluku’.
“Dalam budaya cerita, Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak kesamaan. Atas sebab ini, Visinema sangat bersemangat menayangkan NKCTHI di Malaysia melalui platform Astro First. Kisah hubungan ibu bapa dan anak yang tidak sempurna tetapi berusaha mencari ruang bahagia dengan apa yang ada, adalah kisah universal. Mudah-mudahan dengan NKCTHI dinikmati di Malaysia, kita bukan sahaja mengukuhkan jambatan sekutu dengan berkongsi cerita, tetapi juga bertukar inspirasi dalam situasi krisis seperti hari ini,” ujar pengarah Angga Dwimas Sasongko.
Jangan lupa untuk sewa NKCTHI, buat pertama kalinya ditayangkan terus ke pawagam Astro First rumah anda di saluran 480 bermula 23 April 2020.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton NKCTHI selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
#NKCTHI #AstroFirst #FilemIndonesia #AstroShaw #Fenomena #Covid-19
wahh dok rumah je tengok wayang! Good idea. Murah pulak tu. Tapi takde astro pulak. hukhuk
BalasPadamNampak macam best cerita nih. Boleh nnt tgk bersama family.
BalasPadamAlaaa takde Astro, sedihnyaa huhuhu kenalah tunggu masuk Netflix ke mana ke...mesti best cite ni...
BalasPadamCite ni nampak macam best. Plot cerita pun nampak menarik. Musim PKP ni mmg best lah tgk sbb byk masa terluang
BalasPadamNampak menarik juga jalan ceritanya. Masa terluang waktu malam bolehlah dimanfaatkan tengok. Sis suka juga cerita kekeluargaan. Tengok gambar first tu ingatkan Erra Fazira. Ada iras la.
BalasPadampertama kali filem di pawangam akan ditayangkan trus ke tv sbb skarang tgh musim PKP ye..yela nk kuar tgk wyg tk bole...janji dpt tgk di astro first..lama tk tgk filem indonesia
BalasPadam23 april ni ye. okey mommy dah set time dah. boleh layan bersama keluarga. cuti-cuti pkp ni, memang layan tengok tv je lagi dah
BalasPadamI used enjoyed watching Indonesian movies masa zaman Nicholas Saputra and Samuel Reza tengah hot. Movies Indonesian memang best2. I paling suka is their fashion.
BalasPadamindonesia movies ni memang banyak best2. saya paling suka reza rahadian. nanti nak tengok lah cite ni
BalasPadamdi rumah pun saya kadang2 tinton filem dari indonesia. ada yg bagus juga. btw saya merasakan tajuk dengan perkataan "indon" agak kurang sesuai mungkin boleh tulis nama negara mereka dengan penuh. 😊
BalasPadamBagusla dia tayangkan dekat tv, dri pawgam takde siapa tengok baik dletak dekat tv kan..bagus idea ni..Jarang tengok crita Indonesia..cerita ni macam menarik je
BalasPadamBagusnya astro tayangbdi television dan boleh bayar hanya RM15 dan tayangan sehingga 2 hari. Jalan cerita movie ni nampak best tapi rugilah saya tak boleh tengok sebab rumah tak guna astro.
BalasPadamoo best ye citer ni. ok nanti saya boleh cuba tonton dengan family. thanks info
BalasPadamMacam ni lah business, bila plan A xboleh jalan, kena cepat2 implement plan B! Good job astro shaw! boleh lah kami nonton ;p
BalasPadamBagus inisiatif yang mereka lakukan. Bukan senang untuk buat keputusan begitu. Kita di rumah boleh nikmati filem baru di tv. Best best.
BalasPadamBagusnya! Cerita ni nampak family based yang sesuai di tonton seisi keluarga. Kalau ada astro memang nak tengok ni
BalasPadamMesti cerita ni best. Tengok pemain-pemainnlayar semuanya mmg agak.popular
BalasPadammcm menarik. tapi tu la, lambat lg aida dpt tonton, tidak langgan astro first.
BalasPadamcerita nyer nampak santai, kan.
tentang keluarga. baca sinopsip nyer pun dah terpikat utk menonton.
Cerita ni macam best, sometimes I like to watch Indonesia movies also plus during MCO memang cari movie or drama to watch.
BalasPadam