Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HABIB JEWELS TAWAR HADIAH RM10,000!


Alhamdullilah! Kita sudah pun memasuki bulan yang mulia bulan Ramadan. Dan dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan hingga 12 Mei sudah tentu pergerakan kita pun terbatas.

Tiada lagi suasana riang ria membeli-belah baju Raya di kedai-kedai mahu pun bebas berbuka puasa di mana mana yang selera ingin dibawa.

Inilah suatu perjalanan baharu bagi tahun Wawasan 2020 ini tetapi kita harus pasrah dengan aturan Allah. Sudah tentu ada hikmah di sebaliknya.

Apa pun kita harus bersyukur masih boleh keluar membeli barang-barang keperluan khususnya makanan dan bukannya Perintah Berkurung. 

Namun yang lebih utama kita harus bersyukur masih boleh membeli-belah dalam talian apabila sebahagian besar daripada perniagaan kini telah beralih ke platform e-dagang.

Dengan itu kita sudah boleh melayari platfom digital untuk membeli-belah apa sahaja yang berkenan di hati.

Bagi kaum wanita, setiap kali menjelang Hari Raya selain pakaian sudah tentu perhiasan diri menjadi keutamaan. Bagi yang berduit memilih bertukar ganti barangan kemas namun bagi yang sederhana harus tahu ukur baju di badan kan?

Apa pun sekiranya ada yang masih memilih untuk mencari koleksi terbaharu dari jenama popular, Habib Jewels, tahun ini pengeluar barang kemas terkenal itu seperti kebiasaannya pada musim perayaan memperkenalkan kempen meraikan kedatangan Syawal.

Memilih ‘tradisi’ sebagai temanya, Habib menampilkan lima wajah selebriti menghiasi kempen Raya Habib meliputi pasangan suami isteri bersama anak mereka, Rozita Che Wan & Zain Saidin dan Aishah Dhia Rana. Mereka turut diiringi pelakon Hannah Delisha dan Ramona Zamzam.



Khabarnya mereka dipilih bukan kerana menggemari barangan kemas tetapi juga merupakan pelanggan Habib sendiri.

Dan istimewanya tahun ini, mereka memperkenalkan koleksi untuk semua lapisan usia terdiri daripada Koleksi Oro Italia 916, dibawa khas dari Itali dengan menggunakan teknologi ‘ice cutting’ dan ‘laser soldering’ dalam pelbagai rekaan berbeza menggabungkan pelbagai warna emas daripada emas kuning, emas putih, emas merah jambu dan emas hitam.

Selain itu, Koleksi Aura menampilkan rekaan-rekaan yang bersesuaian untuk wanita yang berhijab mahupun mereka yang gemar memakai rantai panjang. 

Tidak ketinggalan koleksi untuk kaum Adam, set butang Baju Melayu dan koleksi cincin lelaki yang disemat dengan butiran berlian serta batu permata pastinya sesuai dipadankan dengan Baju Melayu mereka. 

Lebih menarik sepanjang kempen ‘Rantaian Kasih’ Habib  menganjurkan beberapa peraduan seperti “Kongsikan tradisi Raya anda” dan gunakan #HabibRayaTradisi untuk berpeluang memenangi barangan kemas Habib bernilai RM 10,000! 

Wow! Banyak tu, untunglah siapa pemenangnnya kelak.

Selain itu, Habib menerima banyak penyertaan daripada orang ramai melalui peraduan mingguan yang dijalankan di media sosial. Dua pemenang akan dipilih untuk setiap peraduan. 

Kempen Rantaian Kasih bermula dari 24 April sehingga 22 Jun 2020 dan sekiranya anda mahu melihat lebih lanjut koleksi terbaharu Habib boleh muat naik e-brosur Rantaian Kasih  yang disediakan.

Maklumat lanjut layari laman sosial Facebook Habib Jewels atau Instagram @habibjewelsofficial.


#HabibJewels #RantaianKasih #KoleksiOroItalia #KoleksiAura

17 ulasan:

  1. wah.cantiknya. Dah lama tak singgah habib jewels ni. Suka design-design barang kemas die. Boleh la nanti jenguk2 untuk raya nanti

    BalasPadam
  2. Habib ni barang kemasnya moden-moden. Suka je tengok. Harganya pun berperingkat-peringkat untuk semua usia.

    BalasPadam
  3. Wow RM10,000 bukan sikit tu kak. Memang bestkalau dapat ni. Bagus betul marketing Habib ni.

    BalasPadam
  4. Haperrr soploh ribu? Waaa kaya kaya kaya hahahaha..
    Boleh cuba ni, hajat hati nak gak sauk satu cincin, tapi PKP ni kedai pun tak bukak...nanti bileh tengok online Habib ni..

    BalasPadam
  5. so fast bulan Ramadan is here! Nice that Habib Jewel having such contest for ppl to win amazing prizes! Good job to them

    BalasPadam
  6. such a huge amount. suka design habib simple tapi cantik. boleh la grab melalui contest ni

    BalasPadam
  7. sebenarnya, dah plan, raya ni nak beli gelang baru.
    apakan daya, pkp berlanjutan. raya pun nanti tak berape meriah, kan.
    so tangguh la raya thn depan.
    tau dah yg habib ada offer ari tu. tak sempat nak survey :)

    BalasPadam
  8. Koleksi barang kemas dari Habib Jewel memng tak oernah mengecewakan. Semua nampak cantik dan eksklusif. Okay ada contest, bolehlah join. Mana tahu ada rezeki nanti

    BalasPadam
  9. Bestnya kalau menang, RM10k bukan sikit tu, bagai memenangi durian runtuh. Tapi koleksi Habib memang cecantik, tak pernah mengecewakan lagi. Good luck siapa yang join.

    BalasPadam
  10. Huhu,,, buntang mata tengok RM10k. Bukan calang-calang. Tak pernah merasa lagi koleksi Habib ni. Moga ada rezeki, dapat cincin pun jadilah. Hee~

    BalasPadam
  11. Barang kema habib jewels memang cantik2 belaka memang dah terkenal lagi dulu dan sekarang dah ada koleksi terbaru jd sapa2 yg minat tu blhlah mula membeli

    BalasPadam
  12. Cantik koleksi raya habib jewels ni.. Siapa berminat boleh tambah koleksi ekslusif ni kan.. Za suka brooch dia..

    BalasPadam
  13. This is so beautiful! I believe kalau raya pakai mcm ni, sure a lot of people notice.

    BalasPadam
  14. Wah banyaknya RM10,000. Menarik ni. Koleksi-koleksi Habib pun cantik cantik.Siapa minat barang-barang kemas tu boleh lah grab peluang ni :D

    BalasPadam
  15. Habib ni memang fav saya utk pi sebelum raya. beli hadiah utk mak. pagi raya pakaikan kat dia. rindu plak raya camtu. huhu.

    BalasPadam
  16. Cantiknya koleksi Habih Jewels ini.
    Tapi masih belum mampu nak beli lagi.
    Insyaallah satu hari nanti boleh cuba.
    Koleksi paling menawan untuk hariraya nanti.

    BalasPadam
  17. Memang setiap Raya Habib akan tawaran banyak promo and contest, all the best to the participants.

    BalasPadam