Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELBAGAI PROGRAM MENARIK DI RTM SEPANJANG RAMADAN


Bagaimana rutin harian anda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa ke-3?

Jika dilihat melalui media masa,rakyat Malaysia cukup kreatif. Pelbagai aktiviti dilakukan bagi mengisi masa lapang masing-masing malah tidak kurang juga yang rajin memuat naik memes yang agak melucukan seperti tarian rap 'Ke Sana Ke Sini' yang merujuk kepada ucapan PM kita.

Apa pun tidak dinafikan sebahagian daripada masa kita tidak kurang diisi dengan menonton tv apatah lagi hampir semua stesen tv berbayar menyalurkan siaran percuma bagi beberapa salurannya seperti Astro, Unifi mahu pun platform e-digital seperti Iflix dan Netflix.

Sepanjang Ramadan ini seperti biasa sudah tentu ada rancangan-rancangan khas yang sudah disediakan terlebih awal di mana RTM sebagai stesen televisyen rasmi negara tidak kurang melipatgandakan program-program istemewa.

Baharu sahaja meraian ulang tahun ke-74 pada 1 April lalu, RTM berkongsi pengisian terbaik sepanjang bulan mulia ini dengan menyalurkan program yang sarat dengan mesej positif kebersamaan dalam menghadapi dan menyakini saat genting sebegini pasti akan berlalu.

Jadi sepanjang tempoh  Ramadan Al-Mubarak ini, RTM meneruskan kempen mempromosikan program terbaik menerusi setiap platform saluran TV1, TV2, TV Okey dan radio terbitannya merangkumi pelbagai program berbentuk keagamaan, telemovie, drama bersiri, dokumentari, majalah dan masakan tontonan seisi keluarga.

TV1

TV1 saluran utama maklumat COVID-19 terus membawakan informasi terkini perkembangan terbaharu setiap hari kepada orang ramai. 

Begitu pun sepanjang Ramadan ini pengikut saluran TV1 masih dapat menonton drama bersiri 30 episod terbaharu bertajuk “Korban Kasih” lakonan Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Dynas Mokhtar, Ummi Nazeera dan ramai lagi. 

Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya yang belajar di sekolah berasrama penuh. 

Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. 

Ia disiarkan mulai 24 April, setiap hari, 7.00 malam.

Pilihan telemovie khas terbaik disiarkan mengisi slot Panggung RTM, setiap Sabtu, 10.00 malam bermula ‘Kembara Cinta’ (25 April), ‘Waiduri di Sebalik Pintu’ (2 Mei), ‘Nurul Najwa’ (9 Mei), dan ‘Cikgu Amy’ (16 Mei). 

Nabila & Nazim dlm 'Ttatea Bulan'.
Empat lagi telemovie dalam Panggung 1, setiap Ahad, 10.00 malam bertajuk “Ttatea Bulan” (26 April), “Kerana Mencintaimu” (3 Mei), “Sahabat Ke Syurga” (10 Mei) dan “Anak-Anak Tamar” (17 Mei).

Diikuti program animasi kanak-kanak “Kembara Farha”, “Dekorasi Berinspirasi”, “Mukjizat & Sains”, “Tamadun yang Hilang” juga majalah inspirasi kejayaan anak Melayu di luar negara bertajuk “Disapora Melayu”.

TV2

Sepanjang Ramadan ini, pelbagai menu masakan dibawakan kepada penonton dari seluruh benua Eropah menerusi program “Sudip Pusing Dunia” mulai 24 April ini, setiap hari, 5.00 petang. 

Menyusul 30 episod drama adaptasi novel ‘Di Hujung Ranting’ mulai 24 April ini, setiap hari, 5.30 petang lakonan Nad Zainal, Shukri Yahya, Dayang Areeda, Amar Asyraf, Ummar Dzariff, Afzan A Rahman dan Silfeny Osman. 

Ceritanya berkisar Hakim yang telah bercerai dengan Fatin. Semasa dalam edah, ibu Hakim telah memperkenalkan Hakim kepada Mawardah lalu mereka berkahwin. Malangnya pada malam perkahwinan tersebut Hakim telah rujuk kembali dengan Fatin dan Mawardah telah menjadi isteri kedua dan diabaikan. 

Pengajaran kepada yang suka membazir dalam telemovie “Kambing Golek Ramadan” pada 23 Mei, 9.30 malam diikuti “Bila Mawar Kembali Berbunga” (1 Mei, 3.00 petang), “Bila Larut Malam” (1 Mei, 9.30 malam), “Halilintar” (15 Mei, 9.30 malam), “Kemelut Impian” (2 Mei, 9.30 malam), “Pelangi Petang” (9 Mei, 9.30 malam), dan “Jalan Lain Ke Sekolah” (16 Mei, 10.30 malam).
  
Turut disiarkan drama bersiri “Fajar di Bukhara”, “Tolong Aku Doktor Cinta” dan “Kampung Semarah Padi”. Diikuti majalah masakan “Resipi VIP Glamour” dan “Konsert Minggu Ini”. 

TV OKEY

Sementara itu, saluran TV Okey juga memperkenalkan lapan program terbaharu termasuklah 20 episod “Eksplorasa Thai Jogja” mulai 4 Mei, setiap hari, 2.30 petang bersama-sama Syafie Naswip dan Fizo Omar menjelajah ke Thailand dan Jogja berkongsi pelbagai resipi menarik dan unik masyarakat tempatan. 

Juga program “Biscotti musim ke-4” mulai 26 April, Jumaat hingga Ahad, 10.30 pagi yang disertakan dengan pelbagai resipi dan informasi menarik mengenai kaedah serta tip penyediaan makanan. 

Gandingan pelakon Riena Diana dan Dini Schatzmann membintangi 30 episod drama bersiri “Leon Zalika” mulai 24 April, setiap hari, 10.00 malam mengisahkan Zalika yang berkahwin dengan pilihan keluarganya bernama Leon tiga hari sebelum Ramadan. Zalika anak seorang jutawan yang hidup huru-hara tanpa panduan ilmu agama manakala Leon seorang baik walaupun tinggal di London. 

Membariskan pelakon terkenal tanah air dengan plot cerita yang menyuntik keinsafan, saksikan lima telemovie ditayangkan setiap Sabtu, 8.00 malam iaitu “7 Langkah” (25 April) gandingan pelakon Faizal Hussein dan Mimi Ernida, “Wasiat Untuk Harlina” (2 Mei) pelakon utama Puteri Sarah Liyana dan Raja Afiq, “Reda Ku” (9 Mei) dibintangi Zahiril Adzim dan Reen Rahim, juga “10 Malam Terakhir” (16 Mei) lakonan Syafie Naswip dan Aedy Ashraf. 

Gandingan Ris Ismail dan Ruhainies muncul dalam “Ustaz Rock” disiarkan pada 26 April, 3.00 petang. 



RADIO RTM 

Menerusi platform radio pula, RTM menerusi NASIONALfm menerbitkan kandungan program menyentuh isu semasa iaitu berpuasa di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu “Raudhah Edisi Khas Ramadan : Bersediakah Kita?”, setiap hari, 6.30 petang, sketsa Ramadan “Kita Jaga Kita”, Isnin hingga Jumaat, 10.15 pagi, 3.30 petang dan 1.30 pagi, juga “Refleksi Bersama Datuk Prof Muhaya Mohamad”, Isnin hingga Jumaat, 2.30 petang. 

Sementara radio berbahasa Inggeris RTM, TRAXXfm mengambil pendekatan dengan menyiarkan ceramah berkaitan Ramadan oleh Dr. Shaikh Mohd Saifudden bin Shaikh Mohd Salleh dengan tajuk “Reflection Ramadan” (5 minit), mulai 24 April, 7.45 malam.

Begitu juga saluran AiFM menghayati amalan dan makna bulan Ramadan dengan program bicarawara menggalakkan pendengar berpuasa dalam “Ai Ceria”, interaksi berkaitan amalan ibadah puasa vs wabak COVID-19 dalam “Ai Aksi” dan sketsa “Kasih Sayang di 893”. 

Saluran radio ASYIKfm yang majoriti pendengarnya terdiri daripada kaum orang Asli tampil dengan program “Tazkirah Suci Henum @ Suci Hati” disiarkan setiap hari sebelum berbuka puasa yang diterbitkan oleh JAKIM.

Radio Klasik pula memperkenalkan program ceramah pendek yang diselangi dengan lagu ketuhanan dalam “Safeenatur Ramadan”, soal jawab agama dalam “Nur D’Klasik” dan “Resepi Warisan” yang menjemput chef selebriti terkenal berkongsi resepi untuk sahur dan berbuka puasa. Turut menghiburkan lagu-lagu dakwah dan ketuhanan disiarkan 1 Ramadan. 

KLfm menyantuni pendengarnya dengan dua program bicarawara “Jom Tanya Doktor” sepanjang Ramadan, setiap Rabu, 9.00 pagi, dan “Khusnul Ramadan”, Isnin dan Rabu, 5.30 petang, interaksi DJ bersama-sama personaliti agama mengenai amalan sunah di bulan Ramadan dalam konteks kekeluargaan.  

Selain daripada itu, radio-radio negeri juga turut menyediakan program-program khas masing-masing sepanjang Ramadan ini.

BARISAN Pelakon 'Anak-anak Tamar'.
Kak Fas: Banyak tu kan... tepuk dada tanya hati yang mana saluran pilihan hati. Tak gitu?

#RTM #Ramadan2020 #TV1 #TV2 #TVOkey #RadioRTM #KeSanaKeSini


19 ulasan:

  1. Telemovie tu macam menarik, sebab kita suka pelakonnya tu..kena set dalam hp ni datenya, kalau tak lupa...makanya PKP ke tak PKP ni, elok juga duduk rumah je, banyak rancangan menarikkan...

    BalasPadam
  2. suka layan drama kat rtm ni, sebab dramanya banyak unsur nasihat. terbaik rtm

    BalasPadam
  3. Macam-macam program yang menarik di sajikan untuk kita. Tapi artis2 dan production kena pandai promote jugak cerita dan program mereka. Lagi2 sekarang ni ramai penonton ada masa selalu tengok social media macam instagram. Promote la kat situ kan. Hehehe

    BalasPadam
  4. tahun ni ketuk2 ramadan ada tak? boleh la cuba resepi tuk berbuka. sure bulan puasa tahun ni banyak spend masa tengok tv je sebab nak keluar rumah pergi bazar pun tak boleh kan

    BalasPadam
  5. TV Okey ni anak selalu menonton TV Pendidikan. Cikgu sekolah galakkan tengok kat TV Okey ni. Banyak juga cerita menarik ye?. Sis jarang la menonton TV sekarang ni.

    BalasPadam
  6. saya jarang tengok TV, biasa tengok pun youtube atau tonton. sebab masa free memalam je masa nak tido. siang siang ni tak sempat nak tengok tv

    BalasPadam
  7. nak puasa dah kan next friday. terasa cepat masa berlalu plak.
    dah nak Ramadhan.
    kalau pkp disambung, boleh la dgn aman folo drama Ramadhan kat tv.
    menarik pelakonnya. mantap.
    kalau bekerja, tak dpt la nak bersenang lenang! masa pack.

    BalasPadam
  8. Tengok berita je kat RTM sekarang ni, kalau tak dapat kat anak tengok kartun diorang.hehe.. tpi cerita Nabila tu macam best lah..suka Nabila berlakon, selalu mesti best.

    BalasPadam
  9. Banyak rancangan tv yang menarik ya. Tak sabar nak tunggu. Kebetulan pula masih dalam tempoh PKP. Apa pun bolehlah tengok sambil-sambil lakukan aktiviti yang lain.

    BalasPadam
  10. Thanks for sharing! How I wish I have extra TV, most of the time was using by my little daughter & parents. Haha! If I have the chance I will quickly watch ! Haha!

    BalasPadam
  11. banyak jugak ya rancangan menarik. kalau sebelum2 ni jarang tengok tv masa ramadhan sbb sibuk kerjaz bolehlah tahun ni tonton rtm

    BalasPadam
  12. Kalau Bella memang akan tengok rancangan memasak la. Kalau drama menarik, yes kita follow tonton. Tak lama dah nak puasa ni. Then malam tgk live dr Mekah kan. Selamat berpuasa ya buat semua.

    BalasPadam
  13. Dah lama x tgk tv1.. jadi rindu pula nk dengar berita

    BalasPadam
  14. wow macam rancangan ye di tv1.. tapi tu la za tak berapa sangat nak layan drama melayu cinta cintun .. ada ke tak eh rancangan drama lawak macam kampung people tu... yang tu sumpah best sbb mmg lawak sangat...

    BalasPadam
  15. Jarang dah tengok tv1, tv2 semua.. Banyak rancangan menarik bulan puasa ni.. Boleh la tengok nanti. Ingtkan tv1, tv2 ni takde rancangan best

    BalasPadam
  16. alhamdulillah semuanya menarik2. jangan lupa duduk di rumah, jangan ke sana ke mari ke sana ke mari

    BalasPadam
  17. Banyak rancangan utk bln Ramadan, jrg tgk tv tp sejak PKP ni dah rajin tgk berita psl covid19, tak miss tgk setiap berita terbaru..kalaux mmg xtgk tv.. haaa

    BalasPadam
  18. Wah banyaknya rancangan semua.. Sempat ke tak ntah nak tengok? Time PKP ni saya macam lagi sibuk sebab anak-anak selalu ada. Diorang je yang selalu tengok Nickelodeon. Ibu bapa, berita je. Adoi.

    BalasPadam
  19. Indeed. There are really a lot of good dramas at our disposal right during this time.

    BalasPadam