SINARKAN SYAWAL CERIA DI RUMAH @RTM
Raya dah nak dekat. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kan?
Meskipun tiada budaya kunjung mengunjungi pada sambutan Aidilfitri tahun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV1, TV2, TV Okey dan radio terbitannya terus singgah di hati seluruh rakyat Malaysia bersama-sama memahatkan kenangan Syawal setahun sekali dengan program terbaik siarannya.
Rayakan Syawal di RTM bersama-sama yang tersayang dengan pelbagai pilihan program terbaik antaranya telefilem hebat khas sempena Aidilfitri, drama rantaian, variasi filem pecah panggung dalam dan luar negara, program bual bicara dan majalah serta program radio yang mampu menceriakan seisi keluarga.
Tahun ini, RTM tampil dengan tema “Sinarkan Syawal Ceria di Rumah @ RTM”. Dan sekiranya korang penonton setia RTM dan mahu mengetahui apa rancangan menarik dan istimewa sempena Raya tahun ini jom baca di bawah ini ya:
TV1/TV2:
Menerusi saluran TV1 himpunan telemovie bermula kisah komedi watak Ain Edruce dan Hafeez Adam dalam “Jodoh Lebaran” (24 Mei, 9.00 malam), diikuti “Syawal Yang Datang” (24 Mei, 3.05 petang) lakonan Syafie Naswip dan Amar Asyraf, “Romeo Gagap” (25 Mei, 3.05 petang) dibintangi Ungku Haris, Eyka Farhana, Hafeez Mikail, juga “Takbir Dari Belantara” (26 Mei, 3.05 petang) lakonan mantap Faizal Hussein, Badrul Muhayat, Puteri Sarah Liyana, dan Idris Mat Diah.
Slot popular Widuri pula menayangkan drama bersiri “Memoir Karmila” arahan Bahri Umar lakonan Aedy Ashraf, Atikah Suhaime, Fahad Iman, Ikmal Amry, dan ramai lagi. Drama 13 episod ini menemui penonton mulai 28 Mei ini, setiap Khamis hingga Ahad, pukul 7.00 malam yang mengisahkan tentang Karmila yang berkawan rapat dengan Naim membuat keputusan menerima pinangan bekas kekasihnya, Isham dan meninggalkan Naim atas sebab tertentu. Namun bahagiakah Karmila menjadi isteri Isham?
Bergelak ketawa dengan sitkom raya terbitan Unit Drama TV RTM diberi tajuk “Bujang Beraya Bersama” pada 24 Mei, pukul 2.30 petang mengisahkan empat orang bujang yang terpaksa beraya di rumah sewa dan tidak dapat pulang ke kampung kerana menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Pelakon terlibat dalam sitkom ini Amar Asyraf, Pablo Amirul, Khatijah Tan dan Dayang Areeda.
Seterusnya bual bicara “Forum Perdana Ehwal Islam”, (28 Mei, 9.00 malam) dengan tajuk “Hari Kemenangan”bersama panel jemputan Ustaz Haji Ehsan Mohd Hosni, Imam Besar Masjid Negara, dan Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh.
Manakala tajuk “Raya Dua Zaman” pada 4 Jun ini bersama Ustaz Zaidi bin Ramli, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati, Pensyarah Kanan Universiti Malaya.
Hiburan Konsert Minggu Ini, disiarkan pukul 12.30 tengah malam iaitu “Otai Lejen” (24 Mei), “U.Ks Reunion” (25 Mei), “Ruffedge & 4U2C” (26 Mei), “Ikhlas Tapi Jauh” (28 Mei), “Exist Reunion” (29 Mei) dan “Ratu 2.0” (30 Mei).
TV2
Saluran TV2 berkongsi tayangan telemovie terbaharu bertemakan Syawal iaitu “Ketot Nak Raya Kat Kampung” (24 Mei, 4.30 petang) membariskan pelakon Nik Adam Mika, Watie Sadali dan Joey Daud, “Besan Sebantal” (26 Mei, 1.00 tengah hari) lakonan Dato’ Fizz Fairuz, Mimi Ernida dan Fauziah Nawi, “Kambing Golek Ramadhan” (26 Mei, 11.30 malam) watak oleh Tasha Shila dan Zain Hamid, “Man Santan” pada (27 Mei, 1.00 tengah hari) gandingan Azam Pitt dan Sissy Iman, serta “Puteri Buluh Lemang” (29 Mei, 9.30 malam) lakonan Johan As’ari dan Atikah Suhaime.
Kemudiannya berhibur dengan konsert menyatukan Datuk Ramli Sarip dan Tomok dalam “Blues di Aidilfitri” (24 Mei, 8.30 pagi), muzikal “Dari Rumah Lejen” (24 Mei, 9.00 malam) menampilkan artis Wings dan Erra Fazira, “Konsert Wings and Superfriends” (24 Mei, 11.30 malam), dan “Konsert Duo Lagenda” (25 Mei, 4.00 petang).
Nantikan tayangan filem tempatan dan antarabangsa seperti filem “Suamiku Encik Perfect 10” (24 Mei, 2.00 petang), “Adiwira ku” (24 Mei, 9.30 malam), “My Spy” (25 Mei, 1.00 tengah hari), “Berangkat” (26 Mei, 4.00 petang), “Transformers : The Last Knight” (26 Mei, 8.30 malam), “Ombak Rindu” (27 Mei, 3.30 petang), “Zero” (27 Mei, 8.30 malam), “Operation Mekong” (28 Mei, 8.30 malam), “Haji Backpackers” (29 Jun, 3.00 petang), “Koki-Koki Cilik” (30 Mei, 9.30 malam), dan “Pannaiyarum Padminium” (31 Mei, 9.30 pagi).
TV OKEY
Lapan telemovie baharu disiarkan saluran TV Okey iaitu “Pen Merah Pen Biru” (23 Mei, 8.00 malam) lakonan Azrel Ismail dan Azar Azmi, “Maaf Zahir Batin… Tak Jadi” (24 Mei, 3.00 petang) gandingan Idris Khan dan Octovia Manrose, “Tuhan Lebih Tahu Aku” (28 Mei, 8.00 malam) mempertemukan Janna Nick dan Redza Rosli, dan “Istidraj” (29 Mei, 8.00 malam) lakonan Mustafa Kamal dan Mimi Ernida.
Seterusnya telemovie “Madu” (2 Jun, 8.00 malam) lakonan Amerul Affendi dan Norkhiriah, “Salam Buat Ibu” (3 Jun, 8.00 malam) pula menampilkan Amar Asyraf dan Aishah Azman, “Ustazah Express” (5 Jun, 8.00 malam) lakonan bersama Isyariana dan Ashraf Muslim juga “Misi Santan Kampung Semangkuk” (6 Jun, 8.00 malam) lakonan Datin Nina Juren, Aleza Shadan dan ramai lagi.
Kak Fas: Selamat Hari Raya Maaf Dzahir Batin!
#RTM #SinarkanSyawalCeriaDiRumah@RTM #TVOkey #TV2
Nampak gaya begini la norma baru Rawlins di pagi Raya nie kelak - duk depan TV layan movies sambil makan biskut dan rendang serta lemang sendirian. Haha.
BalasPadamTakpe, tahun depan kita boleh balas dendam beraya all out kan
Memandangkan PKP ini tidak boleh balik kampung jadi elok lah duk ruma menghadap program program tv yang menarik di RTM ni.
BalasPadamtq kak sharing info rancangan ni semua, saya memang suka giler tengok drama melayu. Dah tak ke mana pun raya ni, memang tengok Tv jela kita
BalasPadamdah tak boleh balik kampung ni syukur rtm pun cite best2. kalau tak mereput lah dirumah haha
BalasPadamTahun ni alang alang dah tak boleh ziarah duduk rumah jelah tengok tv. Hahaha. Raya tahun 2020 depan tv lah jawabnya. Kuih raya pun tak bersemangat nak buat.
BalasPadamWah byk cerita.menarik.. oada syawal ni..takdelah bosan sgt duduk rumah
BalasPadamEh dah lama tunggu movie Haji Backpackers tu. Thanks RTM masukkan movie ni untuk raya nanti. Tak sabar nak tengok. Movie Berangkat tu macam best & kelakar je. Nak tengok jugak lah nanti
BalasPadambanyak rupanya cerita menarik, takdela sempat boring raya di rumah
BalasPadamWaaa banyaklah drama raya ni, best laaa duduk rumah aje nanti, lapar makan, then tidur, tengok tv, makan dan ulang-ulang lee lagi hehehehe
BalasPadamIt's good information you have shared here. we can stay home and watch TV with our loved ones in holiday
BalasPadamTahun ni memang melekat depan TV jela tak dapat nak berjalan raya kan hehe :)
BalasPadamWow.. macam-macamlah program raya tahun ni kat RTM. Memang confirm melekat depan TV je la tahun ni
BalasPadamwah banyak yer rancangan menarik kat RTM. thanks sharing, nnt boleh layan time beraya dalam rumah. hehe
BalasPadamLama dah tak tengok tv kak. nampak gaya nak dapat feel raya tahun ni kena la tengok rtm ni.
BalasPadamYesss! RTM is still going strong and entertain all Malaysians, keep it up.
BalasPadamAJO_QQ poker
BalasPadamkami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
- play aduQ
- bandar poker
- play bandarQ
- capsa sunsun
- play domino
- play poker
- sakong
-bandar 66
-perang baccarat (new game )
Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
PROMO MENARIK
di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
Permanent (acak) |
Whatshapp : +855969190856