Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SIRI THERMAL EKSKLUSIF TOKI DOKI KINI DI GUARDIAN

Jika anda pelanggan Guardian pasti tahu mengenai jenama ikonik terkenal antarabangsa yang dilancarkan Oktober tahun lalu, iaitu 'Tokidoki' kan?
Kak Fas antara salah seorang pembeli 'back pack' toki doki sebagai hadiah kepada 'cucu' yang baru memasuki alam persekolahan rendah tahun lalu.

Berikutan kejayaan Siri Kembara hasil kolaborasi dengan tokidoki, Guardian Malaysia melancarkan promosi terbaru Siri Thermal Eksklusif tokidoki.
“Kami sangat teruja untuk melancarkan promosi belian dengan belian untuk para pelanggan kami dan berdasarkan respon yang diterima daripada pelanggan untuk promosi siri kembara Guardian tokidoki yang lalu, kami percaya kolaborasi terbaru ini bakal mendapat sambutan yang lebih hangat," ujar Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Malaysia dan Singapura.
“Seperti yang anda ketahui, tokidoki adalah sebuah jenama yang telah mencapai tahap pengikut yang luar biasa dengan karakter-karakternya yang berwarna-warni, menarik, menonjol dan karya seni ini direka dan dihasilkan sendiri oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Simone Legno,” tambah Anna.
Promosi yang berlangsung sempena bulan Ramadan mulia ini bertujuan untuk menggalakkan para pelanggan menikmati makan dan minum secara sihat. 
Seperti kata pepatah ‘Kesihatan adalah kekayaan’, lebih-lebih lagi apabila kesihatan di seluruh dunia sentiasa terancam dengan penemuan virus-virus dan penyakit baru, kita perlu memberi perhatian lebih kepada apa yang kita makan agar kita dapat menguatkan ketahanan diri untuk melawannya, jelas Anna.
“Dengan Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki, para pelanggan boleh membawa bekal makanan dan minuman yang sihat dari rumah ke tempat kerja, atau untuk diberikan kepada yang tersayang. Untuk ibu bapa pula, mereka boleh memastikan anak-anak mendapat bekal yang sihat dan segar apabila ke sekolah dan bekas-bekas ini akan menjadikan makanan kekal hangat atau sejuk mengikut selera anda.”









Termos Tahan Panas dan Balang Makanan berdinding kembar ini boleh menyimpan makanan dan minuman sejuk selama 10 hingga 12 jam atau panas untuk 8 hingga 10 jam. 

Rekaannya yang hebat, ceria dan terkini pasti menawan hati para pengumpul barangan terutamanya golongan milenia
“Di tahap yang lain, Guardian sangat bangga kerana dapat memainkan peranannya dalam membantu menjaga alam sekitar dengan menggalakkan pelanggan menggunakan bekas-bekas tahan panas atau sejuk ini, seterusnya secara tidak langsung mengurangkan sisa bungkusan dan plastik daripada pembelian makanan," sambung Anna.
Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki mengandungi beg tahan panas/sejuk, Termos Tahan Panas/Sejuk (350ml) dan Balang Makanan Tahan Panas/Sejuk (500ml).
Pelanggan boleh mendapatkan set tiga barangan ini pada harga istimewa RM80 setiap set dengan pembelian RM20 dan ke atas dalam satu resit termasuk barangan jenama-jenama yang mengambil bahagian atau RM40 dan ke atas dalam satu resit sekiranya tanpa jenama-jenama yang mengambil bahagian. 
Oleh kerana Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki adalah edisi terhad, pembelian adalah di atas dasar siapa cepat dia dapat dan bakal dijual bermula 1 Mei sehingga stok masih ada di semua stor Guardian di Malaysia.
Koleksi eksklusif ini boleh juga didapati di stor dalam talian Guardian di www.guardian.com.my dan ia akan dihantar terus ke rumah.

#tokidokixguardian #guardianmalaysia #thermaleksklusifGuardian

10 ulasan:

  1. color pink tu pasti kesukaan ankmanja saya...bole la singgah guardian nanti utk dptkn set Thermal Tokidoki

    BalasPadam
  2. cantik je bekas ni, ya betul bila dah start sekolah memang rasa nak masakkan bekal untuk anak-anak. Lebih terjamin kebersihannya

    BalasPadam
  3. aida nak jengah dah kat website guardian.
    just lom decide what to buy. nak gi beli sendiri, pkp kan.
    nice. meskipun mahal, tapi rasa berbaloi sgt.

    BalasPadam
  4. comel je design, warna pink and biru oun soft je. cantik. mak2 pasti beli untuk anak2

    BalasPadam
  5. Pretty nice la collection Toki Doki Ini. Dulu Saya day beli backpack nyer. Now ada lunch box set pula. Toki Doki Kalo kat Jepun mahal giler tau harga nyer.

    BalasPadam
  6. Co el gila.. Ni nampak anam kita mesti dia nak.. Dhla dia suka unicorn.. Tapi rasa berkenan pulak. Hahaha.. Macam nak kene pergi beli jeee

    BalasPadam
  7. Sweetnya warna pink tu... ibu saya memang suka bebeno la kalau dapat yang warna pink tu... kalau saya pula, warna birulah yang paling menawan hati... maklumlah, peminat setia warna biru gitu... hehehehe... boleh dijadikan collection ni...

    BalasPadam
  8. Cantik berkenan sangat, macam nak belikan untuk anak sedara aje, sebab rumah ni takde anak kecik, kang beli simpan, sayang je tak pakai...

    BalasPadam
  9. Oh comella.. bukan saja warna-warna botol tu menarik tapi beg dia pun menarik juga.

    BalasPadam
  10. comelkannnn saya dapat warna biru..suka tengok...and nanti nak bawa bekal makanan minuman mmg senang

    BalasPadam