Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CERIA MEGASTAR SAMBUNG SIARAN IKUT SOP


'Ceria Megastar' sudah pun kembali bersiaran Sabtu lalu, 20 Jun 2020 selepas hampir 3 bulan terhenti bagi mematuhi Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) yang diwajibkan kerajaan Malaysia pada Mac lalu. 

Bagi yang dah menontonnya sudah tentu perasan siarannya kali ini mematuhi. syrat-syarat prosedure operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh phak berkuasa dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

'Ceria Megastar' diteruskan dengan rakaman awal tanpa kehadiran penonton di studio malah beberapa langkah proaktif demi memastikan keselamatan kesemua yang terlibat dalam produksi diambil.

Antaranya, seperti mensanitasi kesemua kawasan umum, bilik solekan, peralatan muzik dan sebagainya secara berkala. Pelitup muka serta pembersih tangan juga disediakan di studio.


Mengulas tentang kaedah baharu sesi rakaman bagi program Ceria Megastar, Cecilia Wong, Ketua Saluran Astro Ceria berkata,  “Kesemua peserta membuat persembahan di rumah melalui panggilan dalam talian secara langsung, manakala para juri menilai persembahan mereka di studio." 

Tambahnya, hos dan penasihat persembahan di studio juga hanya dibenarkan  berinteraksi dengan peserta melalui panggilan dalam talian.

Menggalas tugas hos bagi Ceria Megastar adalah pengacara tersohor tanah air, Nabil Ahmad. Di meja juri tetap pula adalah Ernie Zakri dan Zizan Razak, yang akan disertai seorang juri jemputan seperti Mark Adam, Ayda Jebat, Shuib Sepahtu dan Dato AC Mizal setiap minggu.

Di posisi penasihat persembahan pula adalah penyanyi dan guru vokal disegani ramai, Datuk Syafinaz Selamat, penari dan koreografer hebat, Alam Wakaka serta naib juara ‘Dansa dan Sing’, Chubb-E



Selain itu, selari dengan terma ‘norma baharu’ pasca-PKP, program dirakam terlebih dahulu.

Sesungguhnya, Astro Ceria selaku peneraju utama kandungan hiburan kanak-kanak dan keluarga tekad dalam usahanya  untuk kekal berinovasi dalam penghasilan program-program.

Format penjurian terbahagi kepada dua, di mana nasib para peserta diadili berdasarkan pemarkahan oleh barisan Juri Tetap dan undian peminat secara dalam talian. 

60 peratus keputusan ditentukan oleh juri yang menilai para peserta berdasarkan pecahan markah bagi elemen persembahan (20%), elemen kreativiti (20%), penampilan (10%) dan faktor ‘Wow’ (10%). 

Setiap minggu, pihak juri juga akan menganugerahkan ‘Star of the Week’ kepada peserta yang memperoleh markah tertinggi. 

Di samping itu, lebihan 40 peratus pula ditentukan oleh undian peminat secara dalam talian menerusi laman rasmi www.astroceria.com.my/megastar.  

Juara Ceria Megastar akan membawa pulang wang tunai bernilai RM25 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula masing-masing akan memenangi RM15 ribu dan RM10 ribu beserta trofi. 

Tempat keempat pula akan menerima hadiah saguhati bernilai RM5 ribu beserta trofi.



Minggu lalu menyaksikan  usaha kumpulan bakat lakonan Group 17 yang dianggotai pasangan adik beradik comel terhenti apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir. 

Walaupun telah membuat yang terbaik melakonkan sketsa pendek Hang Jebat dan Hang Tuah, dan menerima pujian dari juri tetap, Zizan Razak, mereka gagal untuk kekal sebagai peserta ‘Ceria Megastar’.

Kini antara Adinda, Amira, Haiwal, Ija, Kowachee, Yana dan Yashwin siapa agaknya tahun ini akan membawa gelaran Juara Megastar?

Saksikan Ceria Megastar setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) dan Ceria HD (631) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Siaran secara serentak juga akan dipancarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124).
MINGGU Ke 4 yang lalu menyaksikan Nana menerima anugerah 'Star of the Week'. Sebelum ini Nana pernah dinobatkan gelaran itu pada minggu ke-3.

#CeriaMegastar #AstroCeria #CeriaHD #NabilAhmad #ZizanRazak

10 ulasan:

  1. Bagus sebab amalkan SOP juga. The show must go on kan. Congrats adik2 yang performed well.

    BalasPadam
  2. rasanya kalau penonton tengok online tak la nervous sangat nak perform. Cuma tak meriah macam dulu lah hehe all the best semua peserta

    BalasPadam
  3. Wah!!!!!! DaH byk show kembali siaran. Bagus lah. Semoga all shows berjalan lancar. Hehehe.

    BalasPadam
  4. Banyak rancangan dah mula walaupon dalam PKPP ni kan. Bagus amalkan SOP time PKPP ni. Semoga kita sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sihat

    BalasPadam
  5. Lain dari yang lain betul, sampai kena record dari rumah. Norma baru, cara pun baru.

    BalasPadam
  6. Okla sikit2 industri dh mula start balik. Smpai bila pulak kita nk sekat kan? Malaysia pun perlukan industri lain berjalan jgk barulah ada income balik lepas dh bantu rakyat.

    BalasPadam
  7. Norma baru kan, kita kena biasakan diri dengan norma baru tak kira siapa pun apa pun yang kita buat. Nampaknya industri seni pun dah kembali beraksi. Oklah takdelah asik tengok cerita sama je hahaha. Ceria megastar ni tak pernah tengok lagi 😂

    yanmie
    http://www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  8. Baguslah kerana kepentingan mematuhi SOP dititik-beratkan... yelah kan, walau bagaimanapun, kita kena akur dan terima kenyataan bahawasanya COVID-19 ni masih ada di kalangan kita selagi vaksin belum dihasilkan... semoga semuanya baik-baik aje ye...

    BalasPadam
  9. everyone must follow the syarat-syarat prosedure operasi standard (SOP) in order to stay safe. Wish the pandemic be gone soon

    BalasPadam
  10. Best juga cerita ni, ya lah kak kita kena ikut SOP baru lah selamat and yakin.

    BalasPadam