Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SELEPAS JANTUNG BER...'DUP DUP' AIZAT PILIH ARTIS INDONESIA. SIAPA TU?

AIZAT Amdan dan Hanin Dhiya. 
Jika rapper Bunga menjadi pilihan penyanyi Aizat Amdan untuk berduet dalam lagu singlenya terdahulu, ‘Dup Dup’,  terbaharu beliau mahukan pula penyanyi Indonesia, Hanin Dhiya sebagai rakan duet dalam lagu, ‘Ku Mau’.

Siapa Hanin?

Beliau merupakan bekas peserta akhir rancangan realiti Rising Star Indonesia beberapa tahun lalu.  Jadi kiranya  bekas peserta realiti Malaysia di mana Aizat juga adalah peserta rancangan realiti Akademi Fantasia bertemu bekas peserta program realiti Indonesia lah ni kan? 

Sudah tentu Aizat mahukan Hanin disebabkan suaranya sangat merdu dan serasi dengan gaya vokal Aizat ya tak?

“Sebagai penyanyi dan penulis lagu, saya memang mengimpikan untuk mengembangkan karya saya dan berkolaborasi demi mendekati pendengar seluruh dunia.,” kata Aizat.

‘KU MAU’ merupakan langkah pertama gabungan Aizat bersama penulis Sweden Melanie Wehbe (komposer), Elias Naslin (penerbit/jurutera/komposer), Indonesia Yeshua Abraham (penulis lirik bahasa Indonesia) dan Malaysia Anas Amdan (produser/komposer) untuk Aizat melebarkan lagi kariernya sebagai penyanyi dan komposer. 

Mengisahkan tentang dua insan yang bercinta pada jarak jauh. Walaupun berbeza negara, namun jejaka itu sanggup datang untuk menemui dan melamar kekasihnya. 

‘KU MAU’ juga menerapkan kesungguhan pasangan ini untuk menjayakan kisah cinta mereka. Rentaknya bersahaja, sesuai buat semua golongan muda atau tua. 

“Lagu ini berkonsepkan cinta yang luas dengan bait-bait lirik jenaka dan serius serta romantis dalam masa yang sama. Membuatkan ia sesuai untuk segala keadaan “good vibes”. Saya sangat gembira apabila Hanin Dhiya sudi menjadi teman duet justeru menaikkan lagi taraf lagu ini dengan vokal beliau yang merdu,” ujar Aizat.

Menurutnya, keserasian di antaranya dan Hanin yang bersahaja membuatkan lagu tersebut lebih berwarna- warni.

“Saya harap pendengar akan jatuh cinta dengan lagu ini dan mampu menujukan lagu ini kepada orang tersayang.” harapan komposer muda ini.

Apa pula komen Hanin?

“Ini kali pertama bagi saya  menyanyikan single yang ceritanya bukan lagi tentang patah hati. Dari pertama kali saya diberi untuk mendengar lagu ini oleh Aizat Amdan ketika beliau di Sweden, saya sudah jatuh cinta dengan rentaknya. Asalnya lagu ini berbahasa Inggeris dan saya tidak menyangka yang lagu ini boleh diadaptasikan kepada Bahasa Malaysia / Indonesia dan dijadikan single duet untuk saya dan Aizat Amdan. 
“Saya berharap agar para pendengar dapat tersenyum ketika mendengar bait-bait lirik ‘KU MAU’,” sambung Hanin Dhiya.

Menurut Hanin, pengalaman berduet bersama Aizat Amdan amat disenangi kerana beliau seorang yang baik dan peramah. 

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang meluangkan masa untuk mendengar cerita saya dan Aizat Amdan. Ku mau kita semua sehat-sehat terus, ya!” tambahnya.

Sementara. itu Shah Shamshiri selaku Pengurus Bahagian Domestik Warner Music Malaysia melahirkan rasa teruja dengan kolaborasi bersama rakan-rakannya  di Warner Musif Indonesia.

“Gabungan vokal mantap Aizat Amdan dan juga Hanin Dhiya pasti akan membawa satu kelainan dan mengeratkan lagi hubungan muzik di antara Malaysia dan Indonesia," ujar Shah.

‘KU MAU’ yang merupakan terbitan Kasi Gegar Entertainment dan edaran Warner Music Malaysia boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes.



#KuMau #AizatAmdan #HaninDhiya #WarnerMusicMalaysia #WarnerMusicIndonesia 

1 ulasan: