Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AERIL, WAWA AJAK PEMINAT KUMPUL SAHAM AKHIRAT SEMPENA ZULHIJJAH


Jika pada bulan Ramadan, 10 malam terakhir bagi mencari Lailatul Qadar merupakan tempoh terbaik untuk beramal ibadat.  Sekarang ini apabila munculnya bulan Zulhijjah, umat Islam digalakkan beramal pada 10 hari pertama sehingga tibanya Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji.

Ya bulan Zulhijjah merupakan bulan yang  penuh dengan kelebihan bagi sesiapa yang beramal khususnya pada 1 sehingga 10 Zulhijjah sebagaimana firman Allahdi dalam Surah Al-Fajr ayat ke 2: 'Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)'. 

Sehubungan itu, langkah yang diambil pasangan selebriti popular, Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal  yang mengajak orang ramai berkongsi saham akhirat bersama mereka sesuatu yang perlu mendapat perhatian semua.



Bagaimana?

Aeril dan Wawa yang baharu semalam melancarkan produk kecantikan terbaharu mereka, 'Bukhary' dan 'Muslim' meluahkan hajat untuk membina masjid sebagai saham akhirat untuk diri dan keluarga.


"Jadi kami mahu mengajak sesiapa yang berminat untuk beramal soleh memperoleh saham akhirat daripada usaha yang akan saya lakukan," ujar Aeril yang bercadang merobohkan masjid usang yang berada di kampung halamannya di Rengit, Johor untuk membina semula sebuah masjid baharu yang boleh memuatkan 700 jemaah bersolat sekali gus.

Mensasarkan jualan sehingga habis stok sebanyak 80,000 unit, Aeril berharap dapat memperoleh RM1.2j untuk tujuan tersebut.

"Kami tidak ambil sesen pun daripada hasil keuntungan penjualan Bukhary dan Muslim tetapi akan digunakan untuk pembinaan masjid berkenaan," harapan Aeril dan Wawa.

Set kosmetik di bawah edisi terhad 'Glam Raya' yang berharga RM79 mengandungi dua 'lipmate', dua pewangi dan sekotak set 'makeup' 3 dalam 1 yang mempunyai 'blusher', 'eye shadow' dan 'highlighter'. 



"Walau pun 'packaging' nya sama, bezanya antara 'Bukhary' dan 'Muslim' terletak pada warna dan bauan pewangi yang berlainan agar pengguna boleh membuat pilihan yang mana satu berkenan di hati," ujar Wawa.

Bercerita lanjut mengenai hasrat membina masjid, Aeril memberitahu, idea tersebut dizahirkan oleh Wawa kepadanya selepas terkesan dengan syarahan agama Ustaz Somad mengenai ganjaran di akhirat yang boleh diperoleh bagi seseorang individu yang membina masjid jika kewangan mereka kukuh dan berlebih.

"Pada asalnya, kami mahu membina sebuah banglo di Bangi sebagai kediaman baharu tetapi kami tangguhkan hasrat itu dahulu untuk fokus kepada pembinaan masjid," tambah Wawa yang sentiasa ceria serta manja di samping Aeril.

Dalam kesibukan mereka mengendalikan perniagaan di bawah syarikat Wawa Cosmetic Sdn Bhd, Wawa tidak pula melupakan industri hiburan yang mengetengahkan namanya.

"Kami baharu habis shooting sebuah telemovie bergenre islamik berjudul 'Sabda Kekasih', " ujar Wawa setelah empat. tahun tidak berlakon.

Apakah ini bermakna 'comeback' bagi Wawa?


"Dah produksi sendiri jadi berlakon sendiri lah 'save' bajet," jawab Wawa ketawa.

Sejurus kemudian, Aeril mendedahkan pula sebaris ayat yang pasti membuat peminat tertanya-tanya kebenarannya apabila dia berkata,"Wawa nak jadi penyanyi pulak..."

Mendengar usikan Aeril dengan pantas Wawa memberitahu, kemungkinan dia sendiri akan menyampaikan lagu sebagai OST 'Sabda Kekasih'.

"Entahlah sejak akhir akhir ini Wawa minat dalam muzik," akuinya.

Pun begitu, Wawa memberitahu, Aeril tidak begitu menggalakkannya aktif dalam dunia hiburan tetapi mahu Wawa tumpu kepada perniagaan dan keluarga.

Belum memutuskan syarikat tv mana yang akan menyiarkan telemovie pertama terbitan mereka itu, Wawa dan Aeril mahu terus aktif menerbitkan karya-karya menarik sebagai sumbangan mereka terhadap industri.

Aeril dan Wawa yang pada awalnya sama-sama bertemu sebagai artis naungan MIG berkahwin secara rahsia pada tahun 2013 dan kini dikurniaka seorang anak lelaki, Ahmad Fakhruddin Attar, 7, dan dua orang puteri, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayyasofya 7 bulan.
Kak Fas: Tahniah Wawa & Aeril yang bukan sahaja membina nama di dunia tetapi tidak melupakan beramal untuk akhira

Jom kita membantu dan sama-sama kumpul saham akhirat. 

Wah! Sampai ke Dubai kedua pasangan romantis ni buat penggambaran untuk teaser iklan 'Glam Raya'. 
Selamat Hari Raya Haji semua.


Cerita berkaitan sila KLIK LINK INI.

#wawacosmeticshq #wawazainal #aerilzafri #bukharymuslim #limitededition

14 ulasan:

  1. Memang bagus niat mereka berdua yang ingin membina semula masjid usang. Memang patut support bagi mereka yang mampu.

    BalasPadam
  2. Bagus inisiatif perniagaan Wawa Cosmetic ni. Mereka kreatif dan lebih mengutamakan saham akhirat. Semoga dipermudahkan urusan mereka.

    BalasPadam
  3. sukanyaa tgk couple ni. inspired nak jadi berjaya mcm mereka supaya kita pun boleh give back untuk agama. inshaAllah...

    BalasPadam
  4. Saya x kenal these two celebrity couple. Tapi saya puji apa yg mereka buat. Plus they both are beautiful couple.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah betul tuhan dah kata kalau kita ada harta lebih tu sumbanglah kepada arah saham akhirat ni kerana ia tidak merugikan dan memiskinkan kita... Bagus usaha murni macam ni...

    BalasPadam
  6. bagusnya. allah beri rezeki lebih, dia ambil pilihan utk bersedekah dan bukannya shopping handbag dan kereta baru

    BalasPadam
  7. Suka tengok pasangan romantis ni. mereka kreatif hasilkan video. Ada je idea untuk next projek bisness. Kali ni bina masjid pulak. InsyaAllah tercapai.

    BalasPadam
  8. dah tengok video diorang haritu shoot dekat masjid negeri sembilan yang viral tu. Video diorang tak pernah lah tak cantik. Semoga dipermudahkan urusan aeril & wawa untuk bina masjid baru

    BalasPadam
  9. Alhamdulilah, saham akhirat mereka tu kann..kita pun di ajak sama, anda buat anda dapat... macam nak cari pulak set kosmetik tu ...

    BalasPadam
  10. suka dengan pasangan ni..mula2 ingat masjid apa..rupanya produk..bagus juga membeli sambil salurkan pada saham akhirat

    BalasPadam
  11. Bagus betul usaha mereka berdua macam ni. Semoga apa yang mereka rancang dipermudahkan dan diberkatiNya

    BalasPadam
  12. Bagus inisiatif yang dibawa oleh wawa dan aeril ni. moga ada syarikat lain pun turut buat mcm ni. 100% tak ambil untung, memang niat untuk membantu. pembeli pon seronok keluarkan duit mcm ni

    BalasPadam
  13. bagus vibes yang dieorang bagi. so org lain boleh la follow sama :)

    BalasPadam
  14. Bagus initiative pasangan ni, walaupun berniaga kena banyak menderma juga

    BalasPadam