Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

APA LUAHAN SITI NURHALIZA MELALUI 'MANIFESTASITI2020'?


Selepas 3 tahun tanpa album melainkan single sahaja, tertunai sudah janji yang pernah dilafazkan penyanyi tersohor, Dato Sri Siti Nurhaliza dengan munculnya buah tangan terbaharu, album solonya 'ManifestaSITI2020' baru-baru ini.

Melihat pada judulnya sahaja sudah dapat membayangkan maksud tersurat serta tersirat yang disampaikan oleh Bintang Paling Popular tujuh kali pada Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH ini.

"Album ini adalah satu terjemahan emosi dan juga suara hati saya kepada semua peminat selain ingin mencatat kenangan peribadi pada tahun yang bukan sahaja unik dari segi angkanya tetapi juga bakal diabadikan dalam lipatan sejarah dunia," ujar Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti.


Almaklumlah apabila berdepan dengan pelbagai kekangan seperti penularan wabak COVID-19 yang membuatkan pembikinan album turut tertangguh, kemunculan album 'ManifestaSITI2020' yang dilancarkan bersama iringan air mata sudah pasti mengundang rasa sebak dihati semua yang hadir pada majlis pelancarannya.

"Saya rasa amat gembira kerana dapat bertemu semua dalam majlis pelancaran ini selepas lebih 3 bulan terkurung disebabkan COVID-19," ujar Siti sebelum meneruskan nyanyian secara 'live' memperkenalkan beberapa buah lagu yang dimuatkan dalam albumnya.

Menurutnya, 'ManifestaSITI2020' adalah buah tangannya pada tahun 2020 yang sudah tentu diabadikan sebagai produk yang cukup istimewa sempena kedatangan tahun yang mempunyai sejarah tersendiri kepada dunia.

"Saya hanya mahukan pencinta muzik, peminat dan penggemar lagu-lagu saya, bersama-sama di dalam manifestasi yang saya lakukan ini. Bagi saya, berkarya sudah menjadi tanggungjawab dan saya tidak mahu hanya menyanyi semata-mata tetapi biarlah karya saya itu mampu memberi manfaat dan juga membuka mata orang," tambah Tok Ti.



Istimewanya, walaupun ada yagn mengatakan penjualan album fizikal pada tahun Wawasan 2020 ini agak lembab namun Siti membuktikan sebaliknya apabila  dalam masa beberapa jam sahaja tempahan dibuka pada 29 Jun lalu, sebanyak 1,500 buah album habis dijual.

Ekoran itu, memaksa pihak penerbit, Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd menambah lagi stok cakera padat bagi memenuhi permintaan peminat.

Bagi yang belum berjaya memperolehnya boleh mendapatkannya  di platform SNP On Pay dengan harga RM46.90 manakala penghantaran juga boleh dibuat sehingga ke Singapura, Brunei dan Indonesia.

Dalam perkembangan lain, mereka yang berminat untuk mendapatkan album ManifestaSITI2020 Edisi Khas yang mengandungi pelbagai barangan cenderahati bolehlah menempahnya di platform SNP On Pay sekarang.

Artikel berkaitan boleh klik LINK INI.



Kak Fas: Suka dengar lagu '7 Nasihat' yang turut dimuatnaik dalam album 'ManifestaSITI2020',  sebuah kolaborasi Siti Nurhaliza bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta. Tahniah Tok Ti yang tidak ketinggalan mengikuti muzik dalam arena arus perdana khususnya 'rap'.

#SitiNurhaliza #ManifestaSITI2020 #UniversalMusic #KitaReporters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan