Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AWEERA CETUSKAN 'MADEENA' BERSAMAAN 'KEMBARA NABAWI'

Majlis pelancaran produk Ali Zahraa 'Madeena'. Foto: Megat.
 


Majlis pelancaran ‘dua dalam satu’ …begitulah yang dapat disaksikan pada perasmian produk perniagaan kulit Ali Zahraa, ‘Madeena’ yang dilakukan serentak dengan pelancaran lagu ‘Kembara. Nabawi” Pelita Lusoh serta lirik video rasminya yang berlangsung di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis anjuran bersama Asia Empire Records dan Ali Zahra Holdings Sdn Bhd itu turut memeterai Memoradum Persefahaman (MoU) antara keduanya manakala Ali Zahraa juga menandatangani memorandum bersama NGO Maahad Tahfiz & Pertubuhan Amal dan Kebajikan AES LC Malaysia yang diwakili oleh Presidennya, Syed Johari Syed Salleh.



Turut hadir Mohammad Faizal Abu Bakar (Pengarah Urusan Ali Zahraa), Effendi Ghazali (CEO, Ali Zahraa), Hanif Khan Mohammed Khan (Pengarah Urusan Asia Empire Records & Pelita Lusoh Production), Aweera (Pengarah Urusan Pelita Lusoh), Dr. Hanafiah Hj. Basirun (Pakar Kesihatan Pekerjaan & Kecemasan Am Hospital Kasih Cyberjaya).

Dijemput memeriahkan majlis kelihatan barisan artis antaranya


Bagi mereka yang mungkin belum sedar mengenai kewujudan jenama Ali Zahraa ini elok teruskan pembacaan ya…

Ali Zahraa Holding Sdn. Bhd adalah satu entiti korporat pengeluar dan pemasar produk kesihatan dan kecantikan bumiputra yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang produk kesihatan semenjak tahun 1998 lagi dan kini telah mempunyai lebih daripada 300 ribu pelanggan di seluruh Malaysia.

Pembabitan Ali Zahraa mula dikenali selepas penjenamaan semula dilakukan 3 tahun lepas dengan kelahiran produk Zahra Aroma Therapy Oil, Gel Therapy dan Serum Madeena yang menjadi fenomena di Malaysia.

Dan kali ini, tahun 2020 sekali lagi Ali Zahraa Sdn. Bhd menggegarkan pasaran produk kecantikan khususnya penjagaan kulit dengan kerjasama penuh bersama Pelita Lusoh sebagai rakan kongsi  yang akan bersama melebarkan produk  ke pasaran Asia.


“Hampir setahun bersama bekerja keras maka terlahirlah produk muslim unggul Ali Zahraa “Madeena” dan ianya merupakan sesuatu yang baru bagi kami”, ujar Hanif Khan Mohammed Khan, Pengarah Urusan Asia Empire Records & Pelita Lusoh Production ketika berucap.

Bercerita lanjut, Hanif memberitahu, Idea asal kerjasama dicetuskan penyanyi  Aweera  selaku pemilik produk sewaktu PKP lalu gara-gara mempunyai masalah kulit muka.

Korang kenal kan


iya, disebabkan mahu memiliki kulit muka yang bersih, Aweera mendapat khidmat nasihat Dr. Hanafiah di mana lahirnya produk khusus penjagaan kulit meliputi ‘Milk Glow Soap Collagen’; Bergamot Natural Soap, Serum dan Serum Terapi Kulit.

Diperbuat daripada bahan semulajadi mengandungi vitamin-C dan vitamin-E khususnya bagi penjagaan muka produk-produk buatan Ali Zahraa dijamin tanpa bahan kimia yang boleh merosakkan kulit.


Terkini, bersama dengan produk Ali Zahraa “Madeena”, sebuah lagu gubahan sepenuhnya Pelita Lusoh berjudul “Kembara Nabawi” turut dilancarkan.


Lagu ditulis oleh FJ Muzik yang menceritakan tentang perjuangan dan kehidupan Rasullullah S.A.W. di mana rakaman serta adunan sepenuhnya dilakukan di studio Asia Empire Records turut melibatkan pemuzik jemputan  seperti Daus dari Kumpulan Drama Band sebagai pemain bass & Rudy dari Kumpulan Nastia untuk bunyian strings.


Jika korang nak dengar dan tonton video rasmi lirik “Kembara Nabawi” Pelita Lusoh ini boleh layari  Youtube di bawah ini.

Untuk rekod, Asia Empire Records dan Pelita Lusoh Production telah dua tahun beroperasi, mempunyai studio rakaman, pengurusan artis, produksi muzik video, artis naungan dan terbaharu dalam perancangan menghasilkan sebuah filem serta drama bersiri.

Maklumat lanjut boleh layari laman facebook dan Instagram @pelitalusoh




Kak Fas: Tahniah. Belum cuba produk ni. Akan try kut kut serasi. Tapi khabarnya, mereka sasarkan jualan mencapai RM50j dalam tempoh sehingga akhir tahun ini.


#Madeena #PelitaLusoh #AliZahraa #Aweera #KembaraNabawi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan