Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BERSIHKAN KEDIAMAN, NYAHKAN KUMAN. GUNA KLEENSO KILLS GERMS DISINFEKTAN


KUMAN… namanya sahaja sudah menggerunkan! 

Iya lah…bakteria mikroskopik atau pun virus, kulat dan protozoa ini bukannya nampak jelas dengan mata kasar.

Bayangkan jika mata kita pun mampu melihatnya sudah tentu setiap hari kita berdepan dengan ‘perang kuman’ bagi membasminhya. Aduh! Memang tak boleh bayangkan.

Jadi Kak Fas harus berterima kasih kepada pembuat produk yang mampu membasmi kuman sehingga 99.9% yang dinamakan ‘KLEENSO KILLS GERMS DISINFEKTAN’.  

Ini antara produk HARUS berada di rumah apatah lagi ketika wabak COVID-19 sedang menyerang seluruh dunia… lagilah PANIK kan? 

Hendak-hendak pula apabila  ada  kanak-kanak atau bayi di dalam rumah. Anti-bodi mereka masih lemah dan mudah diserang penyakit kan? Jadi bila ruang rumah diselubungi kuman, pasti tidak sihat bagi mereka.

Dengan adanya KLEENSO ini rasa terjamin waima kaedah menggunakan penyelesaian fizikal atau kimia untuk menghilangkan kebanykan patogen dan mikro organisma penyebab  penyakit ini mampu membantu.



Rasa konfiden itu timbul lebih lebih lagi apabila Kak Fas membaca ujian makmal luaran yang dilakukan pada Kleenso Kills Germs Disinfektan ini mendedahkan  bahawa apabila ia digunakan pada permukaan yang mengandungi 94 kumpulan kuman berlainan, ia berjaya menghilanghkan semua kuman tersebut.  

Pendekata, ia membuktikan keberkesanan pembasmi kuman KLEENSO.

Wow! Baru tahu kita diselubungi 94 jenis kuman. Bahaya tu… nasib ada KLEENSO. Apa agaknya kandungannya yang mujarab tu?

Kleenso Membunuh Kuman Disinfektan diformulasikan untuk membunuh 99.9% kuman. Ia dikembangkan dengan menggunakan sebatian netral pH, sehingga cocok digunakan di permukaan dapur dan ruang makan.

Eh! Tak bahaya ke nak sembur di ruang makan?

Memakai Kleenso Membunuh Kuman Disinfektan pada permukaan makanan tidak bahaya dan cara penggunaannya hendaklah  dengan menggunakan kain atau span, kemudian bilas disinfektan dari permukaan dengan air yang boleh diminum.

Tetapi ada juga tempat di mana KLEENSO ini tidak boleh digunakan tau?

KLEENSO ini tidak disyorkan untuk digunakan pada vinil lembut, permukaan varnis atau aluminium. Malah untuk penggunaan pada cat disarankan agar disinfektan diuji dengan mengaplikasikannya pada kawasan kecil cat terlebih dahulu. 

Sebenarnya, ada beberapa cara untuk menggunakan Kleenso Kills Germs Disinfektan ini mengikut situasi:

1. PEMBERSIHAN UMUM:
Sapukan Kleenso Kills Germs Disinfektan dengan kain atau span secara langsung di permukaan yang dimaksudkan atau semburkan pembasmi kuman di permukaan. Biarkan permukaan terkena selama sepuluh minit, kemudian lap permukaan dengan kain lembap yang bersih.

2. UNTUK PERMUKAAN YANG MUNGKIN BERHUBUNG DENGAN MAKANAN:
Memakai Kleenso Membunuh Kuman Disinfektan pada permukaan yang dimaksudkan dengan kain atau span, kemudian bilas disinfektan dari permukaan dengan air yang boleh diminum.

3. MEMBERSIH LANTAI:
Campurkan 1 cawan Kleenso Kills Germs Disinfektan hingga 4 liter air dan sapukan larutan ke lantai dengan mop.

4. MENCUCI TANDAS:

Tuangkan ½ cawan Kleenso Membunuh Kuman Disinfektan pada bahagian dalam tandas dan tepian mangkuk tandas. Kemudian gosokkam kawasan dengan bersih sebelum mengepam air.

5. UNTUK MEMBASMI KUMAN PADA PAKAIAN:

Masukka  2 penutup Kleenso Kills Germs Disinfektan ke 2 liter air. Rendam kain dalam larutan selama 3 minit. Kemudian, bilas dengan air dan biarkan hingga kering pada suhu bilik.

Jadi korang boleh bayangkanlah dengan satu produk  korang boleh melakukan pembersihan pada apa sahaja dan jika nak. jimat elok beli KLEENSO dalam kandumgan 4 liter dan apabila botol 500 ml dah habis bolehlah mengisinya kembali. Jimat kan?





Untuk pengetahuan korang lagi, Kleenso Kills Germs Disinfektan ini menggunakan Benzalkonium Chloride, sebatian kimia yang terbukti sangat berkesan terhadap semua jenis bakteria seperti E. Coli, Salmonella dan Listeria, serta kebanyakan virus termasuk campak, influenza dan rabies. 

Benzalkonium Chloride digunakan sebagai bahan aktif dalam penyelesaian pembersih permukaan yang dikembangkan oleh kebanyakan jenama komersial di seluruh dunia,

Lebih selamat apabila pembasmi kuman Kleenso ini  tidak mengandungi alkohol waima umum mengetahui  bahawa tahap alkohol yang tinggi dapat membunuh kuman dan virus.

Jadi tentu korang terfikirkan sejauh manakah keberkesanan pembasmi kuman ini?

Sebenarnya, pembasmi kuman dengan kandungan alkohol tinggi dikeluarkan hanya untuk digunakan di kawasan kritikal seperti hospital oleh kakitangan terlatih dengan memakai peralatan pelindung seperti sarung tangan. 

Lagi pun  pembasmi kuman  beralkohol tinggi leih mahal harganya malah dan dilarang dijual dalam talian kerana sangat mudah terbakar.

Berlainan dengan Kleenso Kills Germs Disinfektan,  ia direka untuk kegunaan umum dan harian malah selamat dan berpatutan, menjadikannya sesuai untuk digunakan di kawasan awam dan umum, lebih-lebih lagi di kediaman.


Bagi Kak Fas, sebagai bekas wartawan dan kini penulis blog dan portal sambilan, sebaik sahaja terima bungkusan KLEENSO Kills Germs Disinfektan, Kak Fas memberikan perhatian pertama pada meja tugasan.


 





















Di sinilah semburan pertama hinggap, sambil memberisih meja turut membersih bahagian atas laptop dan dalaman dengan menggunakan kain. 

Selepas itu barulah Kak Fas beralih ke bahagian lain seperti makan makan, cermin dan sebagainya terutama tombol  pintu yang kita selalu pegang kan?

Memandangkan ramai cucu-cucu di rumah dengan adanya disinfektan ini, Kak Fas rasa lebih selamat malah Kak Fas syorkan pembantu rumah umtuk menggunakan cecair ini apabila dia melakukan kerja membersih lantai setiap pagi.

Jadi jika korang rasa teruja dengan ceritera Kak Fas ini korang pun boleh menjaga kebersihan rumah dan nyahkan kuman yang terselindung dengan semburan KLEENSO Kills Germs Disinfektan ini. 

Mudah aje nak mendapatkannya. Korang cuma perlu membelinya secara dalam talian di https://www.kleenso.my atau melalui hypermarket berdekatan seperti Parkson. MR DIY, TF Mart dan Family Store.

Jika nak lebih mudah sila KLIK SINI dan SINI.

Kak Fas: Yakin pembelian anda  amat berbaloi dengan wang ringgit yang dibelanjakan. Tak rugi demi kesihatan keluarga gitu!

#KleensoKillsGermsDisinfectant #Kleenso #NyahKuman #KlensoKillsGerms

10 ulasan:

  1. Rawlins hari tu guna untuk disinfect permukaan dalam pejabat - masa first day masuk office selepas MCO. Baru tenang jiwa raga nak bekerja pastu.

    BalasPadam
  2. Memang tak lekang Klensoo ni kat dapor, sentiasa guna untuk kerja pembersihan..dah terbiasa, so bila tak guna rasa lain plak rasa...

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian bermanfaat mi. Skrg ni kita semua mmg kena lebihkan daam oenjagaan kebersihan diri..

    BalasPadam
  4. memang wajib ada satu dalam rumah, spray BBL tinggal sikit lagi..next week la refill. kita geng la guna produk kleenso ni

    BalasPadam
  5. pertama kali dengar brand kleenso ni. Wangi tak? itu perkara terpenting selepas anti kuman. hehe bau-bauan yang harum akan buatkan kita jadi bersemangat

    BalasPadam
  6. Selalu guna Kleenso ni. Memang mudah all in one. Biasa la mak mak memang suka bahan pencuci dan sanitasi. Hehehe.

    BalasPadam
  7. Eh mcm2 boleh guna ye. Tak tahu pulak kain pon boleh. All in one ni. Jimat masa dan wang. Lagi ada ank dalam rumah ni kena sentiasa mengelap permukaan. Kenala jugak stndby beli

    BalasPadam
  8. ramai yg dah guna..and mmg dowang bagi feedback best..nanti nak cuba sendiri la..menarik

    BalasPadam
  9. Ramai dah yang guna produk Kleenso ni mmg bagus saya pun guna gak produk ni utk nyah kuman

    BalasPadam
  10. produk kleenso ni memang dah terbukti terbabik. mmg perlu ada dalam setiap rumah. barulah selamat dan bersih rumahnya. :)

    BalasPadam