Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FAITH FLEUR BIKIN ERRA JATUH CINTA LAGI... SIAPA BUAH HATINYA?


Dah lama Kak Fas tidak bertemu dengan artis yang mendapat jolokan Primadona Filem Melayu ini... siapa lagi jika bukan Erra Fazira atau pemilik nama sebenar, Fazira Wan Chek, 46, ini.

Hampir tiga dekad bergelar anak seni Kak Fas percaya nama Erra tetap di hati peminat malah masih relevan serta ampuh di liganya yang tersendiri.

Baru-baru ini atas undangan rakan media yang menguruskan jemputan, Kak Fas berpeluang hadir ke sebuah majis pelancaran di mana  Erra dilamar jenama set penjagaan rambut,'Faith Fleur' sebagai dutanya.

Tentu sekali Kak Fas menerima jemputan tersebut apatah lagi sejak PKP pada bulan Mac lalu dah lama tidak ke mana-mana majlis media apatah lagi bertemu pemenang trofi Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH sebanyak tujuh kali sejak 1994 ini.

Nak tahu juga lah kan kenapa Erra sanggup menjadi duta kepada sebuah jenama tempatan yang baharu tiga tahun berada di pasaran berbanding jenama antarabangsa yang lebih popular?

"Saya tidak memilih jenama samada tempatan ke atau yang terkenal tetapi lebih pentingkan kesesuaian dan kesannya selepas digunakan," ujar Erra ketika ditemui pada majlis pelancaran memperkenalkan dirinya sebagai wajah produk 'Faith Fleur' di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kontrak setahun dengan pilihan setahun lagi itu bermula Jun lalu dipersetujui ibu kepada Engku Aleesya ini selepas meyakini keberkesanan jenama berkenaan.


“Saat kali pertama diberi tempoh percubaan menggunakan rangkaian produk ini awal Jun lalu, saya rasa seperti jatuh cinta lagi.

“Ramuan dan baunya yang wangi terus menambat hati saya. Dua kali menggunakan rangkaian produk terdiri daripada tonik, serum, pewangi dan pelembap rambut, syampu ini saya sudah dapat merasai perbezaan ketara.

“Paling utama ialah rambut saya sejak kebelakangan ini yang kerap gugur kerana beberapa faktor seperti usia dan bertudung sudah mula berkurangan. 

“Dulu kalau mencuci rambut dengan syampu rambut memang akan penuh di lantai bilik mandi. Begitu juga di sikat rambut akan penuh rambut gugur terkumpul. Tapi sekarang saya tidak risau lagi dengan ada Faith Fleur di sisi,” katanya.

Bagi pelantun lagu Hanya Di Mata ini, dia percaya dan optimis rangkaian produk Faith Fleur ini akan terus terbang tinggi dengan kualiti dimiliki.

Apatah lagi jenama berkenaan juga berani menyunting Erra menjadi duta pertama di kalangan artis untuk wakilan produk mereka.

“Sesuatu yang saya sendiri bangga terhadap produk ini ialah ia buatan Malaysia dan dihasilkan bumiputera.

“Malah saya diberitahu mereka juga akan terus menerbitkan pelbagai rangkaian produk lain pada masa akan datang.

“Faith Fleur sudah ada kelompok peminatnya selama ini. Moga dengan pelantikan saya ini sebagai duta mereka akan terus membuatkan jenama ini melebarkan pengaruhnya dengan lebih luas,” kata Erra.

Mesti korang nak tahu kan apa maksud di sebalik nama 'Faith Fleur' ini?

Maksud Faith ialah kesetiaan manakala Fleur diambil dari perkataan Perancis yang bermaksud bunga.  Wah! Bunga Setia gitu...





Untuk rekod, 'Faith Fleur' merupakam  produk penjagaan rambut  keluaran Ctymary Resources Sdn Bhd yang  diusahakan pasangan suami isteri, Siti Mariam Abd Samad  (pengasas) dan Halim Bahadorisam (pengasas bersama).

Syarikat ini ditubuhkan pada 10 Februari 2017, bertempat di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor manakala satu lagi cawangan berada di Bintulu, Sarawak pada awal bulan September 2018. 

Kembali kepada soal  pelantikannya, pengacara program bual bicara Mingguan Wanita di Astro ini percaya rezeki itu tidak pernah salah alamat.

“Pada akhirnya saya percaya ia berbalik kepada soal rezeki. Soal aktif atau tidak atau persaingan dengan artis generasi baru itu semuanya bersifat subjektif.

“Apabila rezeki berpihak kepada kita, maka disambut dengan hati yang terbuka. Sekaligus mensyukuri nikmat diberi," tambah Erra.

Dalam ucapan ringkasnya, Erra seterusnya melahirkan rasa teruja kerana masih dipandang relevan sehingga diberi kesempatan menjadi wakil jenama produk,” katanya.



Pelakon filem 'Polis EVO 2' ini ketika ini hanya memenuhi komitmen mengacara.

“Saya masih mengacara di Mingguan Wanita untuk musim kedua. Macam kerja lakonan semua dapat diselesaikan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan lagi.

“Jika ada tawaran berlakon yang kena dengan waktu dan bersesuaian kelak, saya sedia mempertimbangkannya lagi. Selebihnya masa saya banyak bersama anak di rumah ,” katanya.

Faith Fleur merupakan syarikat yang khusus dalam pengeluaran produk penjagaan rambut yang terdiri daripada syampu, pelembab rambut, serum, pewangi rambut dan tonik.
ANTARA produk Faith Fluer berharga antara RM20 hingga RM65 

Seperti yang diketahui umum, rambut merupakan aset penting bagi setiap manusia. Oleh itu, ia memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti. 

Formula produk Faith Fleur sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki dan wanita malah dijamin Halal dan Mesra Wuduk. 

Selain itu, produk ini dapat menghapuskan kutu, melembutkan rambut, membaiki rambut rosak, bebas kimia berbahaya seperti Paraben, SLS & dan Sabun serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Pemilihan Erra Fazira sebagai duta baharu dilihat mampu mengangkat jenama Faith Fleur ke peringkat lebih tinggi. 

“Beliau sememangnya seorang yang dikenali ramai dan mempunyai kredibiliti terutamanya dalam penggunaan produk yang dipakainya. Persetujuan Erra  mewakili jenama ini setelah beliau merasai sendiri perbezaan dalam menggunakan rangkaian produk ini,” kata Siti Mariam Abd Samad yang juga anak didik mentor keusahawanan Dr Azizan Osman.

Menurut Siti Mariam selain berada di Malaysia, Singapura dan Brunei, ada perancangan untuk melebarkan jualannya ke Indonesia.

Sehingga kini Faith Fleur khabarnya sudah melahirkan lima jutawan daripada lebih 2,000 jumlah pengedar yang ada malah syarikat masih membukakan peluang untuk sesiapa yang berminat menjadi pengedar.


Maklumat lanjut serta pembelian produk boleh didapati di laman web https://www.faithfleur.my/ ataupun menghubungi pengedar berdaftar di Facebook faithfleurhq dan Instagram @faithfleurhq. Lebih memudahkan boleh KLIK SINI.

Sebarang pertanyaan boleh juga menghubungi talian 03 5103 0515.

Berita berkaitan baca melalui LINK INI.

#FaithFleur #ErraFazira #PenjagaanRambut #FaithFleurHq #EngkuEmran

14 ulasan:

  1. 1st time Sal dengar produk ni . Harga sure berbaloi dan mampu milik .Ada rezeki nak try. Kebetulan set penjagaan rambut pun dah habis ni . Makin cantik la Erra ..

    BalasPadam
  2. Memang bagus la wujud produk penjagaan rambut mcm ni. sebab sekarang ramai wanita bertudung concern pasal kesihatan dan kecantikan rambut juga . Rasa lebih yakin lah kalau rambut sihat dan segar walaupun bertudung.

    BalasPadam
  3. Ia produk yang baharu di Malaysia atau dah lama bertapak di Malaysia? Naim harap ia akan terus mendapat sambutan dar rakyat Malaysia..

    BalasPadam
  4. Marina pakai faith fleur ni. Memang wangi. Suka pakai sebab tak berminyak. Anak pon suka pakai

    BalasPadam
  5. Wah dah lama tak nampak Erra fazira. masih cantik seperti dulu. Semoga produk ini akan berjaya di masa akan datang. :)

    BalasPadam
  6. Tahniah sis Erra kerana telah dilantik sebagai duta. Apparently, she is still relevant and she is beautiful. Bestnya Kak Faz dapat bergambar dengan Erra

    BalasPadam
  7. Erra still looks good in person. And congrats for the products launching. Jealous can take photo with Erra.

    BalasPadam
  8. Ooo produk rambut...mesti wangi ni sebab level artis ni, tapi best kalau wangi, kita pun yang bertudung ni rasa segar kann..nak try laaa

    BalasPadam
  9. hihi tahu fleur tu bunga sebab baru je baca sebab ada yang guna word tu. Cantik la Erra ni. Bagusnya dah primadona pun tak memilih dan mesra dengan orang lain

    BalasPadam
  10. Cantiknya Erra Fazira kak oi. Muda sentiasa. Senyum aje dah buat kita selesa. Tahniah Erra jadi duta produk.

    BalasPadam
  11. Ingstkan perfume tadi, rupa-rupanya produk penjagaan rambut . Btw harga dia murah sangat ni. boleh la usha tgok kot.

    BalasPadam
  12. Bukan calang2 Ratu cantik Malaysia yang guna ni. Produk level artis mi mesti bagus Lagi2 berhijab

    BalasPadam
  13. makin cantik erra fazira ni. sesuai sangat dia jadi duta produk ni

    BalasPadam
  14. Laaa set penjagaan rambut rupanya. Ingat apa la tadi. Cantik sangat nama produk pun.

    BalasPadam